IKHA mengambil hensetnya apabila terdengar hensetnya berbunyi. Dia memandang penghantar chat kepadanya. Farhan?? Tiba-tiba dia rasa lain macam.
Farhan: Sorry pasal semalam aku tinggal blue tick…
Terus cair hati Ikha dibuatnya apabila ada perkataan ‘sorry’.
Ikha: It’s okay. Aku tak ambik kisah pun…
Farhan: Serius? Kau tak marah aku?
Ikha: Yep!
Farhan: Tak apalah kalau macam tu…aku nak off dulu. Aku nak kena pergi makan sekarang ni! Adik aku panggil.
Ikha: Ok…
Ikha baring di atas katil. Syurganya!!! Arghhh!!!! Dia balas chat aku! Bukan senang!
SELEPAS makan, hati Farhan tergerak nak telefon Zurin. Dia ingin tahu lebih pasal Sasha.
Dia mencari nombor telefon Zurin lalu mendail. Panggilannya berjawab.
“Hello Zurin!”
“Hmmm apa hal?”
“Amboi! Garangnya!”
“Kalau tak ada apa-apa, aku end call!” ugut Zurin di talian.
“Ok, ok…sorry! Kau ni! Aku nak berlawak pun tak boleh.”
“Cakaplah apa yang kau nak?! Kalau setakat nak buat lawak kambing, baik tak payah!”
“Ok, ok. Actually aku nak tahu pasal Sasha.”
“So?”
“Aku nak tahu lebih details lah! Kau faham kan?”
“So what?”
“Isy kau ni! Langsung tak sporting lah!”
“So what?”Farhan menggigit jarinya. Geram pulak aku dengan si Zurin ni!
“Tolonglah aku!”
“Hello playboy famous! Takkan aku nak kena tolong kau! Kau kan playboy? So, kalau setakat nak tackle kacanglah! Kau tengok cerita Tundukkan Playboy Itu. Kau belajarlah dari situ!”
“Apa kena mengena?? Zurin…tolonglah aku!”
“Apa kejadahnya aku nak tolong kau hah?! Sorry lah…aku tak minat!”
“Zurin!”
“Dah! Jangan ganggu aku!” tut…tut…tut…
Eiiii! Zurin!!!! Geramnya aku! Tak habis-habis perangai sekolah rendah dia tu! Macam nak gigit je! Aipp! Anak dara orang! Hmmm…aku ada idea! Kihkihkih…dia menulis mesej untuk Zurin.
Kalau kau tak nak tolong, aku akan datang rumah
kau malam ni then aku akan jerit depan rumah parents
kau I love you! Nak?
Berani ke kau nak buat??
Kau jangan ingat aku tak berani!
Datanglah…aku tak kisah.
Kau tunggu malam ni pukul 8.30! Kau tunggu!
Alright…
Oh…kau tak kisah erkk?? Ok! Ini Farhan Hanief lah! Pantang dicabar! Kau tunggu malam ni Zurin!
TEPAT jam 8.30 malam, dia tercangak depan rumah Zurin. Hehehe…bersiap sedia Zurin!
“Zurin! Zurin!” Farhan menjerit nama Zurin. Memang cari mampuslah!
Zurin yang terdengar suara memekik diluar segera menarik tirai tingkap ke tepi. Alamak!!! Dia ni! Memang bangang betullah! Buatnya abah aku baling parang macam mana?
“Zurin! Zurin! Seperti yang aku janji Zurin! I love you!!!”
Zurin menepuk dahinya! Memang cari nahas betullah Farhan ni!!! Zurin segera keluar dari bilik dengan bertudung. Dia berlari ke ruang tamu dan…pintu sudah terbuka!!
“Hoi! Yang kau menjerit depan rumah pak cik ni kenapa?” alamak! Abah dah keluar!!!
“Errr…tak pak cik! Saya nak jumpa dengan Zurin je…”
“Lepas tu, perlu ka terpekik macam orang gila?! Siap dengan I love you lagi!”
“Tak pak cik…saya just test Zurin je pak cik…”
“Kejap! Kamu ni bukan ke budak yang kawan dengan Zurin masa sekolah rendah dulu?” abah dapat detect dah!!!
“Sayalah tu pak cik…” Farhan hanya tersengih. Kuat jugak ingatan ayah Zurin ni!
“Hoi Farhan! Kau pehal hah?” Zurin berdiri di sebelah abahnya.
“Jomlah masuk Farhan,” pelawa Encik Mukhriz.
“Eh! Tak payah! Tak payah! Kita sembang dekat luar jelah!” Zurin menarik tangan Farhan ke taman yang berdekatan.
“Isy! Kau ni memang kan?! Nak mati awal?!” marah Zurin. Mamat ni memang nak kena betullah!
“Kau yang cabar aku kan? Come on Zurin! Takkan kau tak kenal kawan kau ni lagi?” Farhan menjongket-jongket keningnya.
“Hmmm apa-apa jelah! Apahal?”
“Pasal Sasha lah!”
“Hesy! Tak ada nama lain ke hah kau nak sebut?”
“Kau pehal nak marah?” pelik pulak Farhan dibuatnya. Apasal semua nak moody dengan Sasha ni?
“Tak ada apalah! Pehal? Kau nak tahu apa?”
“Ciri-ciri dialah!”
Ciri-ciri dia? Oh please! Dahlah gedik macam sotong! Meluat aku!
“Ciri-ciri dia? Kau nak tahu apa?” Farhan mengangguk. “Sotong! Gedik! Tak ketahuan hala! Bengong! Bangang! Lembap! Bodoh! Siot! Jebon hutan!” terus Zurin blah meninggalkan Farhan.
“Woi! Kejap!” Farhan berdiri di hadapan Zurin.
“Apa lagi?!”
“Kenapa kau bagi ciri-ciri macam tu!”
“Sebab itulah the fact!!! Not fake! Harap maklum!” Zurin terus blah masuk ke dalam rumah.
Farhan hanya mengeluh. Kenapa dan ada apa sebenarnya??
“Eh? Mana Farhan?”
“Dia dah blah! Kalau dia ada lagi depan rumah, jangan jemput masuk!” tegas Zurin berkata. Pintu bilik ditutup lalu dikunci.
“Semaklah! Sasha! Sasha! Sasha! Dahlah gedik! Pikiaq semua laki suka dekat dia kot! Si mamat pun dia layan!” Zurin merebahkan dirinya di atas katil. Fuh! Rileks!
HABIS sesi persekolahan, mereka segeng berkumpul di kelas. Mereka bergosip sesam geng. Ketika itu, mereka lapar kecuali Ikha, Sasha dan Zurin. Yang lain semuanya keluar ke kantin. Zurin minta diri ke tandas. Katanya sakit perut. Yang tinggal hanya Sasha dan Ikha.
“Ikha…aku nak mintak tolong kau boleh?” pinta Sasha.
“Apa dia?”
“Aku nak kau tulis surat untuk aku boleh tak? Maksud aku kau tulis tapi berdasarkan ayat aku! Aku nak confess perasaan aku dekat Farhan. Aku nak tulis tapi tulisan hodoh. Boleh tak tolong aku?”
“Ok…” Sasha tersenyum penuh makna. Dia mengeluarkan pen dan kertas lalu dihulurkan kepada Ikha.
Ikha menulis apa yang disebut oleh Sasha. Dia tersenyum jahat. Jangan harap aku akan buat Farhan sukakan kau.
“Aku nak tanya kau satu soalan boleh?” pinta Sasha.
“Apa dia?”
“Kau sukakan Farhan?” Ikha berhenti menulis. Dia memandang Sasha sekejap lalu kembali menyambung menulis.
“Taklah…”
“Jangan tipu akulah Ikha. Aku tahu. Aku tahu dari segi pandangan kau tengok dia!”
“Apa-apa jelah…”
“Kau sukakan dia kan?”
Ikha berhenti menulis lalu memandang Sasha di hadapannya. “Kalau aku suka dia pun, kau ada masalah ke? Lagipun, kau kan sukakan dia? Aku akan back off!”
Sasha hanya mengangguk. Ok…
“Tapikan Ikha, dia playboy. Aku takut dia akan tinggalkan aku. Lagipun…huh entahlah.”
“Kalau susah sangat, back off terus!”
“Kau jeles?” Ikha tayang muka geli.
“Buat apa aku nak jeles? Lagipun aku bukan spesis kawan makan kawan! Dah! Aku dah siap tulis! Nah…” Ikha menyerahkan kertas berisi ayat jiwang kepada Sasha.
“Thanks Ikha!” Sasha tersenyum lagi.
SETELAH sampai di rumah, dia mencampak begnya di atas katil. Dia mengeluarkan segala bukunya. Namun, dia teringat surat permeberian dari Sasha petang tadi. Katanya dari Ikha. Farhan membuka zip kecil di begnya. Dia mengeluarkan kertas yang berlipat kemas itu. Dia membacanya.
Assalamualaikum…
Farhan, sebenarnya melalui surat ini saya ingin katakan yang saya memang sukakan awak Farhan. Saya suka awak dari dahulu lagi. Cuma hajat saya tidak kesampaian. Saya tahu awak ada orang lain. Mesti perempuan tu terlalu istimewa kan? Lagipun saya ni manalah cantik macam awek awak tu. Tak apa, saya faham Farhan.
“What?!” Farhan merenyuk keretas tersebut. “Dia sukakan aku?! Oh no! Tak! Aku takkan terima dia dalam hidup aku!”
“Kau ingat kau miss world ke hah? Badan pun macam badak!” Farhan mengetap bibirnya geram.
“IKHA!” jerit Farhan memanggil Ikha. Ikha menoleh. Kenapa pulak dengan Farhan ni? Mulalah nak rasa lain macam.
“Kenapa?” tiba-tiba satu sampah hinggap di mukanya iaitu satu kertas.
“Apa ni?!” geram pulak Ikha dengan kelakuan Farhan.
“Hey Ikha! Kau dengar sini erkk! Kau buang perasaan kau tu jauh-jauh! Kau jangan ingat aku akan sukakan kau! Never and ever!”
“Maksud kau?”
“Kau confess perasaan kau melalui surat kotor tu kan?! Huh! Aku tak hengenlah perempuan macam kau ni! Tengoklah body! Kalau miss world tak apa jugak!”
Ikha berasa terhina dengan kata-kata Farhan. Ikha mengambil kertas yang dibaling oleh Farhan tadi. Dia membacanya.
Ya Allah! Ini bukan ke kertas yang aku tulis untuk Sasha semalam? Maknanya…dia kenakan aku?!
“Tapi kertas ni bukan aku yang tulis!”
“Habis tu?! Sapa?!”
“Sasha!”
Farhan tersenyum sinis dengan jawapan Ikha. “Kau nak tutup malu kau tu pakai nama Sasha pulak? Oh come on girl!”
“Sumpah! Semalam Sasha suruh aku tulis surat ni tapi…kenapa?? Dia cakap dia nak confess dekat kau.”
“Bullshit lah semua ni! Kau dengan surat kau ni pergi mampos!” Farhan segera beredar.
“Kenapa ni Ikha?” Maisara, Nadrah, Hazra, Zurin dan Katrina yang sedang memerhati dari jauh segera menghampiri Ikha apabila Farhan sudah beredar.
“Mai…aku rasa terhina! Aku rasa diperbodohkan!”
“Apa kau cakap ni?” Maisarah memeluk bahu Ikha.
“Sasha kenakan aku!” air mata Ikha mengalir perlahan.
“Apa yang dia dah buat?!” soal Maisarah geram.
“Ha arr…apa yang dia dah buat?!” sampuk Nadrah pulak.
“Dia kata dia nak confess perasaan dia dekat Farhan mealui surat ni. Dia mintak tolong aku tuliskan sebab katanya tulisan dia tak cantik. Tak sangka dia akan kenakan aku macam ni…”
“Kurang ajar!” marah Katrina pula.
“Farhan marah kau?” soal Zurin pula. Ikha mengangguk. Farhan ni memang nak kena ‘cuci’ dengan aku ni!
Zurin menarik tangan Hazra supaya mengikut dia ke arah Farhan yang duduk lepas bersama-sama kawannya.
“Farhan!” Farhan dan geng-gengnya menoleh melihat ke arah Zurin.
“Woi Zurin! Apahal kau datang? Nak dating dengan prince charming ni ke?” usik Bob.
“Hotak kau prince charming! Kau ikut aku!” terus Zurin menarik tangan Farhan ke hujung koridor berjauhan dengan geng-geng Farhan.
“Kenapa kau datang sekolah agama ni?!” soal Zurin. Hazra pula hanya diam di belakang Zurin.
“Aku datang nak belajarlah…”
“Apa yang kau bengong sangat hah Farhan! Kau datang sini kau kata nak belajar?! Bukan sibuk nak jadi playboy?!” mata Zurin menikam mata Farhan.
“Kau mesti datang nak backup Ikha kan?”
“Yes! Perlu ke kau marah herdik dia?!” soal Zurin. Tangannya sudah digenggam penumbuk.
“She deserves it!” pang!!! Pipi Farhan ditampar kuat. Geng-geng Farhan turut terpempam melihat kelakuan Zurin yang pertama kali seumur hidup tengok Zurin menampar lelaki. Selalunya Zurin sabar je.
“You better watch out your word playboy shit! You can’t say about her too much! And now you’re too much and you deserve my slap! I’m sorry but I’ve to protect her dignity because she’s a woman also I’m too. A woman should be protecting not try to be hurt! Kau hina dia seolah-olah kau tak sayang aku!”
Zurin terus blah dengan Hazra. Panas hatinya mengenangkan perbuatan Farhan.
“Zurin!” tangannya ditarik dari belakang. Langkah Zurin terhenti.
“Apa hah?! Kau jangan nak pegang akulah!”
“Zurin…aku mintak maaflah…kau kan kawan aku yang paling memahami. Takkan kau tak faham taste aku?”
Zurin mengetap bibirnya. “Memang aku faham tapi walaupun badan dia spesis macam tu but it doesn’t mean she deserves with your shit words!”
“Ok I’m sorry…”
“Kau pergi mintak maaf dekat dia! Bukan aku!”
“Buat apa?! Kau tahu tak dia pergunakan nama Sasha untuk tutup malu dia tu?!”
“Sasha??” Zurin tertawa sinis. “Kau percayakan Sasha lebih dari Ikha?? Kau tak kenal Sasha macam mana kami kenal dia! Jom Hazra!” Zurin dengan Hazra melangkah pergi.
“Gila kau Zurin! Berani kau tampar dia?” ujar Hazra. Turut terkejut dengan perbuatan Zurin tadi.
“Memang dia layak pun!” balas Hazra.
“Kau buat apa jumpa dengan Farhan tadi?” soal Katrina.
“Aku pagi penampar dekat dia!”
“Hah?!” seluruh geng terkejut dengan perbuatan berani mati Zurin.
“Yelah! Aku bagi penampar! Asal nak terkejut sangat ni?” pelik pulak Zurin dibuatnya.
“Kau tampar dia?” soal Maisarah tak percaya. Nampaknya kesabaran Zurin sudah habis.
“Yelah! Asal korang nak pelik sangat ni?!”
“Berani kau Zurin? Aku ingatkan kau akan backup Farhan! Yelah! Kau dengan dia kan kawan dari kecik lagi.”
“So? Kalau dia hina kawan-kawan aku, aku kena gembiralah? Hello! Dia jatuhkan maruah perempuan. Are you all thinking I’ll just shut up?!”
“Ok…sorry!” mereka memuji dalam diam dengan tindakan berani mati Zurin. Dahlah si Farhan tu anak orang kaya. Buatnya birat pipi kawan tu, tak ke kena saman? Selalunya orang kaya macam nilah gayanya.
Share this novel