Get the app for full experience
MENGHEMPAS tubuh ke tilam, nafas dihela kasar. entah kenapa, fikirannya benar-benar terganggu dengan kewujudan Asyraf. entah kenapa juga, hatinya sangat terusik dengan hadirnya lelaki itu. berharap supaya lelaki itu tiada dimajlis minggu depan, tetapi disudut hati yang psling dalam terselit satu pengharapan supaya lelaki itu turut serta bersama. apa dia gila, kerana masih berharap pada yang tak pernah sudikannya? entah juga! gangguan hari ini, membuat tubuhnya yang letih tak mampu untuk direhatkan. mata mengantuk, tetapi tak boleh lelap. fikirnya... saat Asyraf professional saja dia buat Aireen tak professional. ternyata.... Bila Asyraf tak professional lebih mendatangkan keburukan padanya. berterabur segala wibawa ...