"nak pergi mana tu? Tak boleh duduk rumah ke?" Soal mak yang berdiri tercegat di depan pintu rumah.
"Nak pergi latihan pedang, petang ni" balasku ringkas seraya mula memasuki kereta.
"Hmm balik awal" katanya lagi.
Aku sekadar mengangguk dan mula menghidupkan kenderaan.
Dari dulu, aku memang suka dengan pedang. Malah, aku sanggup menabung semata-mata nak beli replika pedang milik Rasulullah yang kemudiannya dihadiahkan kepada menantunya, Saidina Ali. Zulfiqar nama pedangnya.
Sungguh pun Rasulullah seorang ummi, tidak tahu membaca dan menulis, tapi Rasulullah sungguh bijaksana. Design zulfiqar yang dihasilkan Rasulullah bertepatan dengan nilai kreatif dan estetik. Manakan tidak, mata pedangnya bercabang seperti lidah ular yang mana fungsinya sebagai penangkis serangan pedang musuh.
Rasulullah, satu sosok tubuh yang sangat sempurna. Ketua kepada para nabi dan Rasul sebelumnya. Bijaksana dalam segala hal hatta dalam urusan pentadbiran dan juga perdagangan.
Oleh kerana aku juga sungguh mengidolakan para khulafa' dan sahabat Rasulullah, bagiku berpedang bukan hanya sukan sunnah. Namun ianya pelengkap kepada rasa cintaku terhadap Rasulullah dan para khulafa', khususnya.
Malah, rasa sukaku kepada sukan berpedang ini semakin subur bilamana aku membaca sirah bidadari besi, Khaulah al Azwar. Skill berpedangnya setaraf dengan Saidina Khalid Al Walid yang mendapat julukan Saifullah, yakni pedang Allah.
Siapa kata, muslimah tidak boleh berpedang?
Siapa kata pergerakan niqabis sangat terbatas?
Itu semua, mengarut.
Khaulah al Azwar mengikuti tentera di bawah pimpinan Rasulullah tanpa sesiapa menyedari bahawa dia adalah seorang perempuan sehinggalah Saidina Anas menegurnya.
"Siapa kamu?"
Ana Khaulah al Azwar, balasnya ringkas yang bermaksud akulah Khaulah. Terkejutlah Saidina Anas kerana sangkaannya sosok itu lelaki. Manakan tidak, skillnya berpedang persis Saidina Khalid Al Walid, dan juga Saidina Salman Al Farisi. Sungguh hebat mujahidah yang hidup pada zaman silam.
Muslimah sekarang?
Tahunya berniqab dan mencelak mata tebal2. Ambil gambar dan post merata social media. "Hijrah" katanya. Hijrah taik kucing, kataku.
Kereta yang kupandu akhirnya tiba juga di padang latihan berpedang.
"Hah, tu Aishah" laung Muammar, yang juga merupakan seniorku ketika di sekolah dahulu.
"Aku rasa kau x payah buat latihan pedang hari ni. Aku nak upgrade kepada memanah dan berkuda. Kau dah mahir memanah, dah mahir berkuda. Cuba try combine dua2 sukan tu dalam satu masa" Raqib selaku guru yang mengajarku berpedang meluahkan pendapatnya. Raqib ni sebaya denganku. Masa sekolah, dia sekolah dekat lain. Satu sekolah dengan Anas, di Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah, Kelantan. Anas, Raqib, Arif, Muammar, semuanya boleh dikatakan professional dalam bidang memanah dan berpedang. Apatah lagi berkuda.
"Boleh ke? Aku pun x tahu aku boleh ke tak. Risau x boleh imbangkan badan, jatuh ke tanah" balasku jujur.
"Kalau kata x boleh, memang tak boleh la jawabnya. Percaya diri sendiri, cuba dulu" ujar Syurahbil, juga rakan sekelasku ketika di sekolah rendah sebelum dia melanjutkan pelajaran di MRSM yang terletak di Kuantan.
Dari jauh, kelihatan Anas sedang membawa kuda putih menuju ke arah kami.
"Wah, kuda putih" kata Muammar sedikit teruja.
"Kau x payah. Sekarang ni Aishah yang kena belajar" pangkas Anas mematikan keterujaan Muammar.
Aku yang berdebar hanya mendengar perbualan mereka.
"Ha, naik la. Tengok apa lagi" sapa Anas ketika aku hanya menyaksikan kuda putih yang dibawanya kepadaku.
"Wadau, macam mana ni?" Aku melihat Raqib.
Dia hanya mengangkat kening menandakan "cuba juga".
Aku cuba memanjat bahagian belakang kuda sebelum diserahkan kepadaku busur memanah.
Aku sudah pandai menunggang kuda, namun tidak pula aku pandai menunggang sambil memanah. Raqib juga membantuku mengendali kuda sambil memegang busur dan memanah. Agak gayat juga kerana kedua-dua tanganku tidak lagi memegang tali kuda secara berterusan kerana aku perlu menggunakan tanganku untuk melancarkan anak panah ke papan memanah. Risau tergelincir dan terjatuh.
"Slow2!" Jerit Muammar yang mungkin risau melihat keadaanku.
Empat ke lima kali percubaan, kurasakan aku sudah mampu dan terbiasa untuk mengendalikan kuda dan memanah dalam masa yang sama.
"Jom balik weh. Dah pukul 6 lebih dah. Malam ni aku kena jadi imam pulak dekat masjid" ujar Syurahbil setelah meneguk air.
"Turn kau ke? Bukan Pak Imam Kadir suruh Anas ke? Soal Muammar.
"Turn dia la. Turn aku esok" balas Anas bersahaja.
"Takpalah, aku gerak dulu" ujarku seraya melihat jam tanganku.
"Ok, baik2 drive" balas Arif yang sedari tadi hanya diam memerhati.
Sedang aku melangkah menuju ke kereta myvi milik abah yang kupandu ke sini, aku disapa seorang perempuan yang lengkap berjubah dan berpurdah hitam.
"Assalamualaikum" sapanya ringkas.
"Waalaikumsalam, ya. Ada apa?" Balasku pula.
"begini, nama sy sumayyah" ujarnya ringkas.
Aku : Oh, nama sy Aishah. Sy nak pergi kedai ni. Jomlah gerak sekali kalau awk tak kisah
Sumayyah : boleh2.
Kami bergerak dan menuju ke kereta. Lantas, kereta yang kupandu laju meluncur menuju ke kedai runcit Cik Non.
Jam menunjukkan ke angka 6:15.
Aku : awal lagi. Awk nak bincang apa2 dengan sy ke?
Sumayyah : betul. Sy ada benda nak bincang dengan awk. Kalau boleh, kita singgah kedai makan mana2 dulu. Itu pun kalau awk x kisah.
Aku : boleh je. Jom.
Aku memilih kedai kesukaanku, Kedai Soto Cik Ani. Memang kedai tu sedap. Sotonya sedap, milo aisnya sedap, nescafe aisnya sedap.
Sesampainya di kedai soto, aku melihat rakan2 juga berada di situ.
"Uishh, Ecah ada kawan perempuan la sekarang" aku diusik oleh Anas.
Aku tersengih-sengih.
Aku sebenarnya tak berapa gemar berkawan dengan perempuan atas beberapa sebab. Bukannya tak pernah ada kawan perempuan, pernah ada. Tapi ada beberapa kisah yang menyebabkan aku tawar hati dan aku lebih selesa berkawan dengan lelaki. Lebih mudah.
Aku memilih meja yang agak jauh dari kawan2ku.
Sumayyah : macam ni, tadi sy nampak awk lincah menunggang kuda. Kalau awk tak kisah, boleh la ajar sy.
Aku : oh, boleh2. In shaa Allah. Takda masalah pun. Tapi kawan2 sy lelaki semua. Awk tak kisah ke?
Sumayyah : kalau boleh, sy x nak dorang ada.
Aku : kalau macam tu, sy boleh ajar awk setiap pagi jumaat. Hari jumaat biasanya kawan2 sy sibuk kemas masjid. Jadinya dorang tak datang padang. Kalau setiap petang, sy kena berlatih dengan dorang dekat padang. Itu pun sementara dorang ada kat sini. Kawan2 sy belajar lagi. Sekarang ni kami tengah cuti sem.
Sumayyah : oh, takpa je.. hari lain pun boleh, bila2 masa awk free. Tapi hari khamis tak boleh. Sebab sy kena pergi hauzah.
Aku : hauzah?
Sumayyah : takda apalah.
Hauzah tu bukan isteri ke dalam bahasa arab? Perkataan tu macam familiar je. Tapi aku buat tak kisah je la.
Lebih kurang pukul 6:30, aku pun hantar Sumayyah balik rumah. Dari luar, aku nampak mak dia tengah jemur sesuatu. Mungkin kuih.
Ayah dia pun ada. Nampak keluarga ni macam Islamik. Aku sekadar menghadiahkan senyum sebelum minta diri balik ke rumah.
.
.
.
"Aishah, malam ni kitorang nak pergi rumah kau. Urgent" Anas menghantar sepatah ayat ke dalam group Whatsapp.
Aku : ha datanglah.
Apa la yang urgent sangat. Paling2 pun dia nak suruh buatkan homework account biar jadi tally. Memang muka aku je kena siapkan homework kawan2 yang berkait dengan maths dan account. Takda muka orang lain dah. Sepuluh kali ajar, sepuluh kali la nak kena explain part mana yang kena masuk bawah debit dan credit. Kadang2 rasa nak luku je dorang ni.
Share this novel