Prolog

Fantasy Series 667

"Huh...huh...huh..." Nafas aku lemah tubuh kau terbaring lemah akibat terlalu kelaparan. Di sekelilingku bertempiaran jasad rakan-rakanku yang telah tewas akibat tidak lagi mampu bertahan.

"Nak bangun nak..." Hidung runcingnya mengusap-usap wajahku sambil lidahnya menjilat-jilat bulu pada tubuhku. Mata aku di buka namun sosok Sigma dihadapan aku tidak jelas kelihatan namun aku masih mampu mengecam bau hormon yang keluar dari tubuhnya.

"Madam Lin..." Kata aku lemah.

"Ambil makanan ini dan pergi dari sini cepat." Kakinya menolakkan ketulan daging mentah kearah aku.

"Omega tidak layak menerima makan ini." Aku tidak mahu mengambilnya sudah dalam kitaran hidup kami omega tidak boleh makan selagi Alpha tidak mengeluarkan arahan.

"Kamu perlu makan untuk survive kalau tidak kamu akan mati ambil makan ini dan lari keluar dari kawanan ini." Arah Madam Lin sang Sigma.

"Tapi kalau mereka tahu?"

"Aku tangung risikonya. Cepat lari dari sini." Hidung runcingnya menolok-nolak tubuh aku.

Saat itu tubuh coklat gelap bersama beberapa anak buahnya berlari menghampiri kami.

"Lihat siapa yang cuba curi makan dari high rankings." Kata sang Kappa.

"Kau sebagai kappa kau patut pastikan mereka semua cukup dapatkan makan bukan biarkan mereka mati kebuluran macam ni." Kata Madam Lin tidak puas hati.

"Kau hanya Sigma kau tidak layak menyoalkan kelas lagi tinggi dari kau. Lagi pun mereka hanya Omega dan Omega tidak sepenuhnya telibat dalam kawanan."

"Tugas aku untuk mengajar apa yang betul dan apa yang salah! kau tak patut berkata bergitu pada aku . Walaupun kedudukan aku rendah namun pengetahuan aku lebih luas dari kau mahupun sang Alpha."

"Kau pasti cukup tahu bilangan mangsa serta sumber makan sekitar sudah mula berkurang dan tidak cukup untuk menampung seluruh kawanan jadi untuk itu mereka dari kelas rendah harus berkorban."

"Jadi kau fikir kami dari kelas bawahan ini harus mati begitu sahaja? Ada cara lain yang boleh di buat untuk tangani masalah ini jangan buat keputusan tanpa mencari jalan penyelesain terbaik"

"Arghh... Cukup dengan ceramah kau serahkan sang Omega itu pada kami."

"Tidak akan aku benarkan kau menyentuh dia lagi pun dia masih kecil untuk di cederakan."

"Lari ...." Madam Lin menorak tubuh aku memaksa aku lari.

Kedengaran deraman kuat dari sang kappa dan bawahanya serta madam Lin juga berderam kuat tanda bersedia untuk bertarung.

Aku mengunakan sepenuh tenaga yang tersisa untuk melarikan diri kedalam hutan. Aku sempat menoleh kebelakang kelihatan Madam Lin sedang cuba bertarung sebaik mungkin bagi meastikan aku mampu lepas dari kawanan mereka.

***

(7 tahun kemuduan.)

Akira POV

"Werewolf sifatnya sama seperti serigala biasa umunnya. Sama seperti Serigala mereka hidup mengikut 'hierarchy' dalam kawanan mereka. Hierarchy itu di pecah kepada tiga bahagian higher,mindle and lower ranking" Jelas lelaki berambut merah yang merupakan prof itu.

"Jadi prof mereka yang berada di lower class di kira lemah ke?" Budak lelaki berkaca mata itu menyoal .

"Hmmm... Tidak jugak mereka nampak lemah sebabnya mereka terikat dengan peraturan kawanan mereka namun walau bagaimana pun mereka perlu patuh pada Alpha kerana mereka hidup bergantung pada kawanan mereka.

"Prof..." aku mengangkat tangan ingin menanyakan soalan.

"Ya Akira?"

"Jadi Kalau salah seorang dari lower class itu keluar dari kawannya maka dia akan terus mati sebab tak boleh survive ke?"

"Soalan yang bagus, Yup mereka akan terus mati sebab tidak mampu bergantung pada siapa-siapa namun tidak bagi Omega."

"Prof Nash , Omega itu tergolong dari kelas yang mana satu?" Seorang lagi lelaki menyoal.

"Omega tergolong dalam lower ranking namun bila dia keluar dari kawanan dia mampu survive sebagai lone wolf."

"Pelik kan Kira di angap lemah namun mampu hidup sendiri menarik." Gadis rambut perang sebelah aku bersuara. Aku hanya ketawa kecil.

"Sejujurnya Omega berada dalam kedudukan paling bawah sekali oleh itu mereka akan menjadi orang terakhir untuk makan dalam kawanannya dan kebanyakan dari mereka mati sebab kebuluran mana tidaknya kebanyakan mereka hanya mampu makan sisa dari buruan oleh itu ramai dari mereka cuba keluar dari kawanan dan keluar memburu sendiri dari situ mereka di gelar lone wolf."

Dari apa yang prof cuba sampaikan jelas menunjukkan kepentingan banyak di bahagikan kepada mereka yang berada di kelas atasan berbeza dengan kepentingan yang diberi pada golongan bawahan.

Dan bodoh bagi Omega yang masih mahu bertahan di dalam kawanan sedangkan mereka tahu mereka mungkin takkan survive.

"Kring...kring..." Loceng sudah berbunyi menandakan kelas tamat. Para pelajar sudah siap-siap kemas barang mereka.

"Ok kelas tamat di sini jagan lupa hantar assignment kumpulan yang saya dah bagi last hantar minggu depan ya." Kata-kata Prof Nash tidak di hirau para pelajar terus berderu keluar dari pintu dewan kuliah yang berada di atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience