"ZAI?!!!Mana kau nie?Pergi sidai kain!Dah la duduk rumah sorang.Satu kerja pon tak boleh buat ke?!"Puan Qaimah menjerit ke arah Zai yang baru saja tiba di rumah setelah berjam jam duduk di dalam bas.
"Ya,ibu..Zai nak buat lah nie..."kata Zai.
"Hah..melawan aja keje kau.Ambik nie!"kata Puan Qaimah sambil membaling sebuah pasu.Zai tak perasan dan pasu tersebut terus mengenai kepalanya.
"ZAI!!!!!!"Tuan Qazri,Zahril dan Athif yang menemani Zai menaiki bas tadi menjerit terkejut melihat Zai jatuh pengsan dengan darah yang membuak buak di kepala Zai.
??----------------------------------??
Zai membuka mata.Pandangannya agak kabur sebelum kembali terang.Zai memandang kiri dan kanan nya.Wajah Zahril,Athif dan Tuan Qazri yang kerisauan menjengah pandangannya.Puan Qaimah yang berada di hujung bilik tiba-tiba mengamuk.
"Hah.Anak kesayangan awak tu dah bangun.Bukannya teruk pun.Yang awak gelabah sangat kenapa ?"Soal Puan Qaimah dengan muka tidak bersalah.
"Apa masalah awak Qaimah?Dengan anak perempuan awak tu.Awak ingat dia tu kucing nak dibaling baling barang?Mana fikiran luar biasa yang saya pernah nampak tiga belas tahun yang lepas?Mana fikiran logik tu?"Soal Tuan Qazri.
"Tengok.Sebab tu lah saya tak nak anak perempuan.Selalu sangat menyebabkan masalah.Sebab budak ni lah,awak melawan cakap saya,Qazri!"Tengking Puan Qaimah.
"Qaimah!Awak dah gila ke?Sepatutnya awak sebagai isteri yang dengar cakap saya selagi saya tak suruh awak buat benda yang tak elok!Dan saya yang putuskan sama ada awak bagus atau pun tidak.Tapi perangai awak sebaliknya.
Semakin lama Saya ikut kehendak awak,semakin besar kepala awak.Bila saya tak nak patuh arahan awak lagi,awak jadikan Zai sebagai punca saya tak nak ikut apa uang awak nak.Awak seksa dia,awak asingkan dia,awak langsung tak bagi dia makan ,minum.Saya tengok Zahril okey je layan Zai.Siap belanja baju untuk Zai lagi.Bila awak lebihkan Zahril,saya tak kesah.Jadi saya lebihkan Zai.Tapi bila saya dengar awak nak saya biar Zai tu macam anak pungut kat rumah ni,maaf Qaimah.Saya dah malas nak ikut arahan awak lagi."Marah Tuan Qazri.
"Hah!Kau dah dengarkan?Ini lah sebab nya aku tak suka kau jadi keluarga aku.Kau tu tak layak tau tak.Aku benci anak perempuan macam kau."
"Mak cik,habis tu makcik bukan perempuan ke?"Soal Athif.
"Athif....."Tegur Zai.
"Maaf Zai,tapi saya rak tahan bila mak awak sendiri hina awak macam awak ni anak luar nikah Zai.Say sayang awak sebagi kawan,jadi biar saya yang bertikam lidah dengan mak awak."Kata Athif.
"Eh,kau apahal nak masuk campur hal keluarga aku?"Soal Puan Qaimah.
"Maaf tapi biar saya cakap dan makcik sila diam.Apa masalah makcik?Kenapa makcik benci sangat dengan Zai?"Soal Athif.
"Eh.Suka hati aku la.Kau apa pasal?"
"Ini dah jadi masalah saya kalau Zai yang terlibat.Sama macam apa yang dia buat pada saya,saya akan balas balik pada dia."Zai,kita balik akademi."Kata Athif sambil mengangkat Zai.
"Eh Athif,tunggu!"terjerit Zai saat Athif mencempung badannya yang kecil itu.
Share this novel