"Takde papelah,nasib baik ade lebih nabati tu kalau x mati kita berjemaah"kata Nadia.Nadia adalah kawan Baik Zalikha.Nadia juga ada hati pada Hariez tapi disimpan.Maklumlah Hariez adalah seorang rupawan dan anak Dato' pulak tu mana satu sekolah giler pada nya.Zalikha kadangkala juga pelik mereka ini buta ke."Samalah ngan aku" kata Zalikha."Sibuk je nak copy paste ayat orang,takde ayat sendiri ke"kata Hariez kepada Zalikha dengan nada menyindir.
Tiba-tiba cikgu yang tidak sepatutnya masuk pada waktu itu tidak masuk.Seluruh 6 Komet sudah berasa gembira yang teramat sangat di hati kerana cikgu Laila iaitu cikgu sejarah mereka takde."Buat kerja masing-masing ye dan jangan bising"kata cikgu Nabilah yang jelitawan itu.Seluruh murid lelaki 6 Komet merenung tepat ke arah wajah cikgu Nabilah yang jelitawan itu.Cikgu Nabilah kelihatan berasa tidak selesa dengan kelakuan itu." Tolong jangan pandang saya macam tu,saya nak buat Kerja pun dah salah".kata cikgu Nabilah.Mereka terus mengalih pandangan mereka ke tempat lain."Cikgu,boleh tak kami keluar pergi ke kantin untuk makan kerana kami tak makan ketika waktu rehat tadi"dengan penuh tatabahasa dan sopan santun Hariez menyoal cikgu Nabilah."Pergilah tapi beli dan terus naik atas melainkan yang ada gastrik"kata cikgu Nabilah.Semua murid 6 Komet tiba-tiba memegang perut mereka seperti mereka yang mengalami penyakit gastrik." Jangan nak berlakon ye"kata cikgu Nabilah.Hariez dan adib memulakan shift mereka.
Share this novel