"Kelab Shwrpheroth, kelab apa tu?" tanya oleh Alberth.
Alisa pun terus terang maksud kelab tu dengan bergaya "chunibyo"... (sesetengah orang boleh tahu maksud ini)
Muka Alberth semakin pelik.
Beberapa minit selepas berbincang tentang kelab Shwrpheroth,cikgu Emma pun terus membawa kami ke bilik kelab yang ditunjukan nanti.
Setelah sampai ke bilik tersebut,cikgu Emma terus membuka pintu dan menyebut...
"Inilah kelab korang..."
"EH???!!!!, kecilnya macam rumah semut api..." Saya dengan Alisa pun terkejut.
Cikgu pun terus berfikir balik.Rupa-rupanya ini ialah stor simpanan data murid sekolah.
"Maaflah, saya terselap bilik pula.Teehee..." Cikgu Emma meminta maaf dengan membuat muka "Teehee". ( sesetengah orang yang tahu... )
By the way selepas kesilapan yang berlaku tadi, Cikgu pun memandang serius untuk mencari bilik yang kosong di sekolah.
Akhirnya jumpa juga bilik yang kosong untuk kami menubuhkan kelab baharu.
"Ini dia, korang suka tak?" tanya cikgu Emma.
"Suka."
"Mmmm...bolehlah..."
Aku dan Alisa pun bersetuju untuk mengambil bilik ini menjadi bilik kelab "Shwrpheroth" .
Cikgu Emma pun berlalu pergi setelah pintu bilik terbuka dan ia mahu berbincang dengan pengetua tentang menubuhkan kelab baru.
Alisa pun berasa lega.Aku pun ikut sekali.Dia cakap ini first-time dia menubuhkan kelab baru oleh "junior" sekolah.Kebanyakannya menubuhkan kelab baru ini dari orang atasan seperti "senior" sekolah.
Share this novel