Rate

cerpen : HATI INI MILIK DIA

Short Story Series 3007

Keluar sahaja dari balai ketibaan, mataku melilau mencari kelibat seseorang. Terlihat sahaja dia aku terus memanggil namanya. Seperti yang dijangka dia agak terkejut melihat aku. Langkahnya segera diatur mendekati aku. Sekajap sahaja tubuhku sudah berapa dalam dakapannya.

"Mia aku rindu kau" ujarnya sayu. Pelukan dileraikan dan kemudian tanganku menjadi sasarannya pula.

"Aku pun rindu kau rin. Rindu sangat-sangat" balasku. Tangannya juga aku genggam kemas sebelum aku lepas perlahan.

Mata rin kemudian beralih kepada anak kecil disebelahku. Senyuman manis diukir sebelum dia tunduk sedikit bagi menyamai ketinggiannya dengan anak kecil itu.

Tangan kecil itu diraih. "Hai maira, ingat aunty tak?"

Maira diam sebelum dia juga tersenyum. Mungkin memproses kembali wajah yang kelihatan dikenalinya itu.

"Mesti la maira ingat. Aunty ciat? maira rindu aunty" ujarnya sedikit pelat. Usia maira menjangkau 3 tahun namun dia sudah pandai berkata-kata.

"Aunty pun sihat dan aunty rindu maira juga"

Aku tersenyum melihat mereka.

"Anak kau comel la mia. Sama macam aqeef" Sedar akan keterlanjuran kata rin segera memohon maaf.

Aqeef. Aku rindu orang itu namun kerana ego aku larang diri untuk menemui dia buat masa sekarang.

"Its okay rin. Lagipun perkara tu dah lama". Aku tahu rin rasa bersalah.

"Jom" Ajakan dari rin aku balas lagi dengan senyuman. Troli yang berisi bagasi aku tolak menuju ke kereta milik rin.

Sebelah tanganku menggenggam tangan maira erat. Aku tidak mahu hilang satu-satunya hadiah dari dia. Walaupun dia pernah menyakiti aku tapi rasa cinta aku pada dia tidak pernah pudar. Sayang aku juga masih ada untuk dia.

××××

Aqeef terkaku di tempat dia berdiri ketika itu. Susuk tubuh yang dia rindui selama ini ada dihadapan matanya. Walaupun agak jauh dari dia, dia masih mengenali perempuan itu. Mia... panggil aqeef dalam hati.

Dia lihat mia tersenyum selepas bercakap beberapa kali bersama rin. Mia dah banyak berubah dari apa yang dia kenal 3 tahun lepas. Terutama pada cara pemakaiannya, gadis itu sudah bertudung. Dia kelihatan lebih cantik.

Kaki diatur untuk mendekati mia namun tingkah aqeef terhalang apabila kawannya, anaqi memegang bahunya. "Captain aqeef hakimi, Where are you going?"

Aqeef berdecit.

Mia semakin menjauh menyebabkan dia gelisah. Langkahnya diatur namun sekali lagi dihalang oleh anaqi.

"Apa masalah kau ni bro?" suara aqeef sedikit melenting.

"Woo.. relax la bro. Kau nak marah ni kenapa?" soal anaqi tidak berpuas hati apabila dirinya dimarahi.

Aqeef memandang anaqi dan kelibat mia silih berganti. Dia menghembus nafas perlahan apabila mia tidak lagi kelihatan. Sikit sahaja lagi mungkin dia dapat bercakap dengan mia tapi mahukah gadis itu memandang dirinya?

Sementara itu anaqi yang memahami akan situasi yang berlaku mengajak aqeef ke cafe yang mereka selalu kunjungi. Kalau betul apa yang dia jangka akan perkara yang menyebabkan aqeef berubah, dia sendiri akan kehilangan kata. Dia dah balik?

[Cyberraya Cafe]

Aqeef dan anaqi memilih meja berdekatan dengan dinding berasaskan cermin lut sinar. Topi pilot aqeef letak diatas meja. Dirinya kelihatan sedikit lemah dan fikirannya terganggu. Kehadiran mia betul-betul mengejutkan dia.

Setelah agak lama mendiamkan diri, aqeef bersuara meluahkan apa yang terbuku dihati.

"Aku nampak dia" ujar aqeef menahan sebak didada.

Anaqi yang sedar akan perkara itu mendiamkan diri. Dia membiarkan aqeef menenangkan diri terlebih dahulu dan lagipun tiada apa yang ingin dia katakan. Anaqi juga tahu aqeef menderita selepas mia tinggalkan dia 3 tahun lepas.

"Aku nampak dia masa keluar dari balai ketibaan tadi. Aku nak tegur tapi kau halang" terang aqeef. Tangannya bertaut mengenggam antara satu sama lain. Fikiran celaru memikirkan dirinya dan mia.

"Bukan kau yang halang. Allah yang halang, mungkin dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku dan mia dan mungkin juga jodoh kami sampai sini je" ujar aqeef lagi. Belum bertemu dengan tuan empunya badan dia sudah membuat spekulasi sendiri.

"Jangan la cakap macam tu qeef, kau tak sayang ke dekat isteri kau?" soal anaqi pada aqeef. Sedikit sebanyak dia merasa serba salah kerana menghalang aqeef di KLIA tadi. Kalaulah anaqi tahu, dia sendiri akan pergi memanggil mia untuk aqeef.

"Aku sayang dia. Sayang sangat-sangat. dan aku nak tahu sebab dia tinggalkan aku dulu. Bukan sekejap tapi lama, 3 tahun cukup untuk buat aku terseksa cuma aku dah tak nampak arah jodoh kami" ujar aqeef lemah.

"Stop the nonsense, aqeef hakimi. Kau jangan buat bodoh la bro. If you love her, then fight for it. Fight for your way. InsyaAllah, DIA akan izinkan."

Aqeef memandang anaqi lama. Patutkah dia mencari mia semula? Mia alysa yang dia pernah angkat sebagai isteri 3 tahun lepas. Mia alysa yang dia kahwini atas dasar cinta dan kerana Allah S.W.T .

××××

-SEMINGGU KEMUDIAN-

Pagi ini, Mia bercadang untuk berjoging di taman berdekatan dengan rumah rin. Dia mengajak anak perempuannya sekali. Minggu hadapan dia sudah memulakkan kerja. Semuanya kerana rin, gadis itu yang menolong dia mendapatkan kerja secepat ini. Arina Azzahra nama penuh dia, sungguh berdikari walaupun dia anak seorang dato'.

Setibanya di taman, dia dan maira terus memanaskan badan dan selepas itu memulakan larian secara perlahan. Larian humaira aisyah yang sedikit terkedek-kedek itu mengundang tawa mia.

"Maira hati-hati sayang" pesan mia pada anaknya.

Masuk larian kedua maira sudah kepenatan, dia sedikit tercungap-cungap. "Ibu, maira nak ayer"

"Jom kita pergi sana" Jari telunjukku menunjukkan kerusi batu yang panjang dibawah pokok. Punggung aku henyakkan diatasnya, begitu juga maira.

Botol air milik maira aku beri kepadanya. Aku juga meneguk sedikit air sebelum memulakan semula larian. Sempat aku pesan kepada maira supaya duduk ditempat yang sama agar aku mudah melihatnya.

Sampai sahaja ditempat ditempat maira duduk, sudah 5 pusingan aku lari. Sedikit sebanyak tekanan dalam diri hilang. Aku labuhkan punggung diatas kerusi. "Maira.."

Aku pandang kiri dan kanan, maira tiada. Kerisauan didada mula bersarang menyebabkan aku berdiri dan sedikit cemas. Nama maira aku jerit supaya dia dapat dengar. Terasa air hangat mula memenuhi kelopak mata. Pelbagai kutukan aku beri pada diri. Kalau jadi apa-apa pada maira aku tak akan maafkan diri sendiri.

"Maira!!!". Aku panggil lagi dengan harapan dia menyahut. Kaki tidak berhenti melangkah.

Tiba di satu kawasan permainan, aku lihat satu tubuh kecil yang sedang bermain dengan seronok memanjat sini dan sana. Terus aku meluru ke arah maira dan memeluknya erat.

"Ibu?" panggil maira hairan. Airmataku jatuh membasahi pipi.

"Jangan la nangis. Im sorry sebab tak bagitahu ibu maira pergi taman ni" airmataku dia kesat perlahan. Wajahnya disedihkan tanda dia kesal.

Aku leraikan pelukan kami dan aku pandang maira. "Lain kali jangan buat macam ni sayang. Ibu risau la"

"Ala maira kan dah besar. Nanti kalau ada orang jahat maira sepak burung dia kalau lelaki la". Katanya sambil tertawa.

Kenyataannya itu turut mengundang tawa aku. "Ye la tapi janji jangan buat macam ni lagi. Even maira dah besar sekalipun bagitahu ibu kalau pergi mana-mana. Maira satu-satunya puteri ibu, kakak dah tak ada jadi ibu hanya ada maira. Ibu sayang maira" ucapku padanya. Tangan kecil itu aku ramas perlahan.

"Ok maira janji sebab maira dah janji dengan kakak yang maira akan jaga ibu sebab kitakan belum jumpa ayah". Matanya membulat memandangku sambil tangan kanan naik berikhrar. Aku senyum tipis.

Sebab kitakan belum jumpa ayah.... Kata-kata maira yang itu membuatkan aku terdiam. Maafkan ibu maira. Hanya kata maaf yang dapat aku ucap padanya. Bukan aku tidak mahu temukan dia dengan ayahnya cuma aku belum bersedia. Kehilangan kakak dan kesakitan yang dia beri pada aku masih ada kesannya dihati. Aku takut aku hilang kawalan bila jumpa dia.

AQEEF yang lihat segala yang berlaku tadi melepaskan keluhan. Dia tahu yang maira bermain ditaman permainan. Sejak mia pulang, dia sendiri yang pergi intip mereka atau lebih tepat melindungi anak dan isterinya dalam diam.

Kenapa susah sangat awak nak jumpa saya mia? Apa salah saya pada awak sampai macam ni sekali awak lakukan. Balik la sayang, saya rindu awak. Air jernih yang turun dipipi dikesat kasar.

Bila lihat mia dan maira beredar dia turut melakukan perkara yang sama. Kereta audi a5 bersama berderum membelah jalan dengan laju. Rumah tempat dia tuju kerana rumah itu banyak kenangan dia dan mia sebelum dia ditinggalkan. Sekurang-kurangnya risau dia hilang sedikit kerana orang yang dia sayang sudah berada di dalam negara.

××××

Petang itu pula, mia mengambil keputusan untuk pulang kerumah orang tuanya di Bangi. Macam mana sekali, maira mesti jumpa dengan atuk dan nenek dia. Aku tidak memikirkan mengenai penerimaan mereka terhadap kami berdua cuma aku mahu melihat wajah itu. Sihat entah tidak. 3 tahun bukanlah sekejap, aku rindukan mereka.

Teksi yang kami naiki sampai akhirnya setelah 30 minit perjalanan. Aku dan maira turun dari teksi dan tangan kecil itu aku genggam mencari kekuatan. Agak lama aku berdiri tanpa sebarang tindakan. Tekan loceng pun tidak beri salam jauh sekali.

Aku takut jika mereka tidak dapat terima aku dan maira. Pelbagai tanggapan buruk aku berikan tanpa masuk dan bersemuka. "Ibu.. ni rumah sapa? Jom la kita masuk, panas la kat luar ni"

Bunyi pagar yang terbuka mengejutkan aku. Wajah umi aku lihat sedikit berkerut mungkin kerana cahaya matahari dan selepas itu dengar jeritan umi memanggil ayah.

"Ya Allah mia. Abang!!!"

Aku atur langkah menuju ke umi dan aku peluk tubuh itu erat. Tangisanku tidak dapat dibendung lagi. Aku terlalu rindukan wajah yang mengandung aku selama 9 bulan. Tidak lama kemudian ayah keluar dan reaksinya sama seperti umi.

Aku bersyukur kerana mereka menerima kehadiranku. Aku meleraikan pelukan. Ayah tersenyum memandang aku. "Mana anak ayah ni pergi? Kenapa lama sangat bawa diri nak."

"Mia minta maaf ayah" pintaku padanya. Dia angguk kemudian matanya beralih ke arah maira yang dari tadi bingung akan situasi yang terjadi.

"Ni mesti cucu atuk"

Sekejap sahaja maira sudah berada dalam dukungan atuknya. Umi mengajak kami masuk ke rumah membuatkan aku lega. Maira sudah terlebih dahulu masuk bersama ayahku. Susuk tubuh yang aku kenali selama ini menghentikan langkahku. Cuma tiga langkah aku berada dibelakangnya, dia duduk diatas sofa membelakangiku.

Ayah dan umi yang faham akan situasi itu terus meninggalkan kami berdua. Maira juga turut berada disitu memandangkan dia berkeras mahu bersama aku. "Duduk la dulu"

Aku hanya menurut. Tempat kosong disebelah maira aku ambil betul-betul dihadapan dia. Pandangan aku tumpu pada maira sahaja, dia sedang minum air mineral cup yang sedia ada diatas meja. Aku tidak berani untuk memandang tepat kearah mata lelaki itu dan aku dapat rasa dia memandang aku dari tadi.

"Mana awak pergi selama ni?" soalnya terlebih dahulu.

Aku hanya diam. Langsung aku tidak menjangka yang dia akan turut ada disini. Apa yang aqeef lakukan di sini?

"Dah puas lari?". Soalan itu membuatkan aku mengangkat muka dan memandang wajahnya. Aqeef juga memandang aku.

"Tu anak siapa yang kau bawa balik? Anak haram mana?".

Aku ketap bibir menyimpan rasa geram yang menebal dihati. Aku ingat aqeef nak pujuk aku tapi rupanya dia cuma tambah luka yang ada dihati.

"Kau dah tak ada mulut ke nak cakap?". Aqeef sendiri tidak mengerti apa yang dia lakukan. Dia terlalu rindu akan mia dan dia juga tahu budak kecil tu anak dia cuma apa yang dilakukan tidak langsung menampakkan yang dia menanti kehadiran wanita itu selama ni.

Kedengaran satu keluhan berat dia lepaskan. Aku langsung tiada minat untuk bersuara, biarlah dia sahaja yang bersuara. Tuduhan yang dia lemparkan pada aku dan maira sedikit sebanyak menoreh semula luka yang pada awalnya kian sembuh.

"Aku tanya anak tu anak siapa?!" suara aqeef semakin meninggi. Aku tahu dia bengang sebab aku tidak mengeluarkan sebarang suara.

Aku tidak betah untuk duduk disitu lagi. Terus aku dukung maira untuk masuk ke bilik namun tanganku dipegang menyebabkan langkah turut sama terhenti. Maira seperti tadi hanya diam, mungkin dia faham.

"Abang tak habis cakap lagi" ujar aqeef perlahan. Suaranya sedikit mengendur.

Aku turunkan maira dan menyuruhnya naik ketingkat atas mencari nenek dan atuknya. Dia menurut tanpa sebarang bantahan. Perlahan-lahan dia menaiki tangga.

"Yes mr. Aqeef hakimi. May i help you?" ujarku sinis apabila berpaling memandang dia.

"Mana awak pergi selama ni sayang?". Aku lihat matanya sudah berair

"Tempat yang lebih tenang dan tak ada gangguan" aku ukir senyuman tipis menunjukkan yang aku gembira.

Tapi semuanya palsu. Aku sendiri tidak dapat sembunyi rasa dihati. Aku rindu nak peluk dia, aqeef hakimi. Aku nak cium dan salam tangan dia memohon maaf atas apa yang aku lakukan tapi akal dan rasa sakit di hati menghalang semua itu.

"Mia tolong... Tolong balik pada abang. Kita mulakan hidup baru dengan anak kita" tangan aku cuba diraih tetapi aku tepis kasar.

"Jangan sentuh saya" ujarku dengan nada yang sedikit keras.

"Anak kita? Its not your daughter but mine. I though its still early for you to forget what you said just now. Illegal daughter, it is what you said"

Aqeef pejam matanya rapat.

Aku senyum sinis memandang wajahnya. Cukup la dengan lakonankan kau. Aqeef hakimi is so unpredictable.

"Im sorry tapi setahu abang, sayang mengandung anak kembar so where is the other one?" soal aqeef.

Aku kehilangan kata ketika ini. Kakak. Dia maksudkan anak sulung kami. Aku ketap bibir menahan rasa sedih dihati dan airmata yang ingin mengalir.

"Did you forget? You kill her. You kill my daughter and you kill Maira's sister" ujarku sarkastik. Airmata yang tadinya ditahan jatuh membasahi pipi.

Aqeef terdiam mendengar semua. Mungkin dia puas atas apa yang terjadi. Pada masa yang sama, aku tidak sedar yang aku, Mia Alysa sedang menyalahkan takdir atas kematian anak sulungku.

××××

HI GUYS! IF YOU LIKE THIS STORY, COMMENT YES ON THE COMMENT SECTION SO THAT I CAN KEEP WRITING FOR THE NEXT CHAP. DON'T FORGET TO RATE THIS STORY. THANK YOU!?

I.HANI

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience