11. Langkah kembali

Romance Completed 25949

Inspektor Firdaus berdiri di dapur, menggoreng telur selesai dari solat Jumaat.

Memasak sepatutnya menjadi terapi untuknya, tapi fikirannya masih kacau.

Gosip liar yang mengaitkan namanya terus menghantuinya.

Walaupun dia sudah cuba menjelaskan, fitnah itu tetap ada.

“Kenapa masih ada yang percaya?” bisiknya, memandang telur yang hampir hangus.

Cepat-cepat dia mengangkat telur itu ke pinggan.

Masrina semakin menjauh.

Firdaus dapat rasa dia sengaja mengelak. Mungkin malu, atau takut keadaan menjadi lebih rumit.

Firdaus faham, Masrina masih muda.

Hatinya mungkin belum cukup kuat untuk hadapi semua cakap-cakap orang.

“Kalau dia nak jauhkan diri, biarlah,” bisik Firdaus, mengeluh.

“Aku pun perlukan ruang dan masa.”

Firdaus teringat pada Fina.

Mungkin ini masa yang tepat untuk bertemu semula.

Khabar yang sampai kepadanya, Fina sudah hampir enam bulan diceraikan oleh Ziyad Al-Hakimi, bekas suaminya.

Mereka bersepakat untuk bertemu minggu depan.

Firdaus perlu mengatur semula jadual kerjanya sebelum ke Kuala Lumpur.

Sebenarnya kalau diikutkan dia masih belum bersedia berhadapan dengan Fina.

Gosip tentang dirinya masih bertebaran, dan Firdaus tahu ramai yang memandang serong.

Jika hanya dia yang terkesan, mungkin dia tak peduli. Tapi bila yang langsung tiada kaitan, turut terheret, rasa bersalah itu makin menghimpit.

Firdaus tahu, pertemuannya dengan Fina mungkin akan memburukkan lagi situasi yang sedang dihadapinya.

Fina dahlah bukan calang-calang orang—anak jutawan dan bekas isteri seorang usahawan terkenal.

"..but she's my ex-gf," bisik hatinya, "The one that got away."

Entah kenapa pertemuan yang dijadualkan minggu depan bertukar menjadi satu-satunya perkara yang dia nanti-nantikan.

Petang hari Jumaat yang sama, Aina dan Masrina sedang berlatih larian di trek sekolah bersama rakan-rakan.

Aina memerhatikan Masrina, merasa lega kerana gadis itu semakin menjauhkan diri dari Firdaus.

“Mas, semoga kita boleh kembali seperti dulu,” bisik Aina dalam hati, berharap hubungan mereka pulih.

Aina membawa bekal minuman 100 plus dan sandwich, memberanikan diri untuk mendekati Masrina.

“Eh, untuk aku?” tanya Masrina terkejut ketika Aina menghulurkan botol air dan sandwich.

“Ya, aku tahu kau suka tuna sandwich. Jom makan sama-sama?”

Masrina terdiam seketika, serba salah, namun akhirnya mengambil botol air sahaja dari tangan Aina.

“Air jer lah, aku masih kenyang,” jawab Masrina sambil membuka tutup botol dan meneguk air 100 Plus kehausan.

Jurulatih memanggil mereka untuk mengambil lorong masing-masing.

Aina berdiri di sebelah Masrina di trek, mencuri pandang ke arah gadis itu yang sedang mengikat tali kasut.

Jantung Aina berdegup lebih laju—bukan kerana latihan yang bakal bermula, tetapi kerana perasaan teruja setiap kali dia dekat dengan Masrina.

“Ready, semua!” jerit jurulatih, dan mereka mengambil posisi.

Latihan dimulakan dengan bunyi wisel, dan mereka meluru ke hadapan.

Bunyi tapak kasut menderu, tapi Aina hanya fokus pada Masrina yang memecut jauh di hadapan.

Aina cuba mengejar, namun menyedari betapa jauh lebih pantas Masrina daripadanya.

Latihan diteruskan lebih sejam. Aina dan Masrina saling bertukar senyuman dan komen kecil.

Hati Aina terasa bahagia, merasa hubungan mereka mungkin perlahan-lahan pulih.

Sebaik sesi hampir tamat, Aina mendekati Masrina.

“Mas, kau tak nak minum air kau dulu?”

“Oh, ya. Aku tak habis minum tadi. Terima kasih banyak, Aina,” jawab Masrina sambil tersenyum memandang Aina.

Mereka berdua berjalan meninggalkan trek yang semakin lengang.

Bagi Aina, petang itu adalah permulaan baru—dia merasa seperti sedang berlari kembali ke tempat asalnya di sisi Masrina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience