OBSES - INTRO

Romance Series 20723

"Kau obses dengan aku?"

Dia merenung tajam pada gadis yang sedang tersandar lemah di kerusi itu. Darah pekat yang makin mengering ada dimana-mana tubuh gadis itu. Satu langkah dia menapak.

"Kau... obses dengan aku?"

Kali kedua dia bertanya. Gadis itu perlahan-lahan mendongak. Memberi tatapan kuyu pada lelaki di hadapannya. Hanya kedengaran bunyi nafas yang berat saja menjawab persoalan lelaki itu. Dua langkah ditapak.

"Macam mana boleh kau obses dengan aku?"

"Aku...," belum ayatnya habis, lelaki itu meminta dirinya diam. Kini, beberapa langkah dimajukan sehingga hampir dekat dengan gadis tersebut. Gadis itu mendongak lagi. Meneguk air liur. Memerhatikan wajah yang sekian lama dia obsesi selama ini. Namun sekarang, mungkin obsesinya itu sudah tidak tertonjol lagi kerana...

"Aku lagi obses dengan kau, sayang." Dia tersenyum. Dia membongkok, ah tidak. Dia perlahan-lahan duduk di atas riba perempuan itu. Tanpa memikirkan langsung luka di badan perempuan itu. Matanya terpejam seketika apabila adanya sentuhan hangat di antara mereka biarpun masih berlapik pakaian. Dia membuka mata semula dan menatap dalam pada gadis itu. Kedua tangannya perlahan menekup pipi gadis di hadapannya.

"Let's enjoy what'chu seeking for, my dear," dia tersenyum senget dan tanpa aba-aba, bibir mereka berdua bersatu. Tidak kasar, tidak terlalu tergesa namun cukup intimasi sehingga kedua-duanya hanyut dalam kehangatan kucupan itu. Sesekali terdengar juga hembusan dan bisikan nakal dari lelaki itu.

Gadis itu memejam rapat matanya. Saat dia sedang menikmati ciuman itu, dalam diam air matanya mengalir. Bukan kerana rasa terharu. Bahkan takut tak sama sekali. Cuma dia rasa...

Dia rasa...

saja nak test enjin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience