BAB 2

Drama Completed 402

Malam itu, Zam & seorang lagi teman sebiliknya, Aris sedang membuat tugasan. Andi pula keluar menonton perlawanan bola sepak bersama-sama kawan-kawannya yang lain. Tetapi, Zam tetap tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada tugasannya. Dia asyik memikirkan mengenai Manisa & lelaki yang dilihatnya pagi tadi. Sekejap dia menggaru kepala, sekejap dia termenung. Langsung tidak dapat ditumpukan perhatiannya. Perbuatan Zam disedari oleh Aris. Aris hanya memerhatikan Zam sebelum dia menegurnya. “Woi, kau ni kenapa? Ada problem ke? Susah sangat ke assignment kau tu?” tanya Aris. “Takde ape la, Ris. Aku ok je.” Zam cuba mengelak daripada soalan Aris tadi. “Kau ingat aku ni budak sekolah rendah ke kau senang-senang nak tipu? Aku tau la kau tu ade problem. Meh la cerita ngan aku. Mane la tau kot-kot aku leh tolong. Aku ni kan pakar dalam hal-hal tolong orang ni,” kata Aris sambil merapatkan dirinya dengan Zam sambil tersengih-sengih. Zam kehairanan memerhatikan Aris. “Apasal pulak kau tersengih-sengih ni, Ris?” Tanya Zam. “Dok tunggu hang punya cerita la ni..” Zam terpaksa mengalah dengan kehendak Aris. “Ye la, aku cerita kat kau. Tapi jangan bagitau orang lain. Lagi-lagi si Andi tu. Nanti die gelakkan aku.” Zam memberi amaran kepada Aris. “Ok, aku janji. Cepat la cerita.” Zam menarik nafas sambil memikirkan sama ada wajar atau tidak tindakan dia bercerita kepada Aris. “Tapi, kurang-kurang ringan sikit kepale aku ni dari pikir sorang-sorang je dari tadi,” fikir Zam. Lalu dia pun memulakan ceritanya. “Camni, Ris. Ade sorang pompuan ni. Boleh kata aku ni minat la ngan dia. Tapi aku tak pernah cakap kat dia yang aku minat kat dia. Aku selalu usik-usik dia, peril-perli dia sebab aku segan nak cakap kat dia yang aku minat. Dia pun layan la aku macam kawan dia. Kami agak rapat jugak la. Tapi pagi tadi, aku nampak la dia dengan sorang mamat ni. Bukan main mesra lagi dia sembang. Tetiba, aku rase lain macam. Rase jealous la, marah la. Macam-macam la. Tapi aku tak tau nak buat camne sekarang ni. Nak cakap kat die, aku segan. Kau tau la camne aku ni kan?” Selesai mendengar cerita Zam, Aris tiba-tiba menepuk dahinya sambil ketawa. Zam berasa pelik dengan perbuatan tiba-tiba Ari situ. “Nape dengan kau ni, Ris? Kena sampuk ke?” Ari scuba sedaya-upaya menahan ketawanya. “La.. pasai pompuan rupenye. Awat la hang ni cokiaq sangat?? Ape susah.. pi tanye kat die betoi ke mamat tu boyfriend die. Kalau betoi, kau pi cari yang lain. Kalau bukan, cakap la kau suke kat die. Biaq die tau perasaan sebenaq kau,” kata Aris. “Kalau sesenang tu la, Ris, semalam lagi benda ni aku dah setelkan. Aku tak mau nanti lepas aku dah cakap tu, pergaulan kitorang berubah. Dah tak leh wat lawak cam dulu. Masing-masing dah tak boleh nak gurau-gurau lagi. Segan antara satu sama lain.” Aris memaut bahu Zam sambil matanya merenung tepat ke dalam mata Zam. “Zam, kau jangan pikir ape yang akan jadi lepas kau cakap tu. Sekarang ni ape yeng penting, die tau ape perasaan kau kat die. Ape yang akan terjadi tu, pikir-pikir la kemudian. Yang sekarang, pikir la sekarang. Paham??” Zam seperti tersentak dengan kata-kata Aris itu. Lantas dia mengangguk kepala & segera mengambil telefon bimbitnya. Ditulisnya mesej pendek untuk dihantar kepada Manisa . JUMPA, KAFE MUTIARA, SEKARANG. Setelah ditekannya punat send, dengan pantas Zam bangkit berdiri & menukar pakaiannya. Sebelum dia keluar dari bilik, dia menoleh kepada Aris sambil mengangkat ibu jarinya. “Doakan aku berjaya, Ris.” Aris hanya tersenyum sambil mengangguk. Lalu Zam segera berlari-lari anak menuju ke Kafe Mutiara.

Di Kafe Mutiara, Zam duduk di sebuah meja dalam keadaan janggal sekali. Dia kelihatan resah. Matanya meliar memerhati sekeliling. Dia sudah berasa menyesal dengan tindakannya itu. Entah kenapa kata-kata Aris menyebabkan dia semacam bersemangat untuk berjumpa Manisa dan meluahkan segalanya. Tetapi sekarang, dia berasa seperti telah melakukan kesilapan yang begitu besar sekali dalam hidupnya. “Aduss.. kenape la aku pi dengar cakap si Aris tu. Tak memasal la sekarang ni aku terpaksa cakap kat Chom pasal aku suka kat dia. Nanti mesti dia pandang aku lain lepas ni.” Zam asyik memikir-mikirkan kemungkinan buruk yang akan berlaku. Baru sahaja dia berfikir untuk balik semula ke biliknya. Manisa sudah sampai ke kafe itu. Dia melambai-lambai kepada Zam. Zam hanya mengangkat tangannya kaku. Manisa segera mendapatkan Zam. “Ade ape kau nak jumpa aku ni, Zam?” Zam tidak berani mengangkat mukanya memandang Manisa . Dia hanya menundukkan kepalanya merenung bawah meja. “Err, yang… yang sebenarnya, Chom. Aku..” Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, ada seseorang memanggil Manisa dari belakangnya. Zam menoleh & terlihat lelaki yang dilihatnya pagi tadi melambai ke arah Manisa & datang ke situ. “Alamak, mamat ni pulak datang. Buat spoil betol la…” Manisa berdiri apabila lelaki itu sampai ke situ. “Kak Chom buat ape kat sini?” tanya lelaki itu. Kak Chom? Terdetik persoalan dalam kepala Zam. “Jumpa kawan. Ni akak kenalkan kawan sekelas akak, Zam. Zam, ni adik aku, Johan. Dia ada kursus kat sini seminggu. Kau boleh la baik-baik dengan dia ye? Jangan buli dia pulak.” Zam hanya terkaku menghulurkan tangannya menyambut salam Johan. Dia merenung tidak percaya ke muka Johan yang sedang tersenyum itu. “Ha, ape die kau nak cakap kat aku tadi, Zam?” Bagaikan baru tersedar dari tidur, Zam terpinga-pinga mendegar pertanyaan Manisa . “Ha? Ape? Eh, takde pape la. Aku.. aku salah hantar mesej tadi kot. Aku gerak dulu ye?” Pantas Zam pergi meninggalkan dua beradik yang kehairanan memerhatikannya itu. Dia tersenyum-senyum sambil berjalan kea rah blok asrama putera. Nampaknya tidak jadilah hasratnya pada malam itu. Biarlah perasaannya pada Manisa kekal menjadi rahsia dia. Mungkin suatu hari nanti, apabila betul-betul sudah tiba masanya, segalanya akan terluah juga. Sambil dia berjalan itu, lagu Yang Sebenarnya bermain-main dalam fikirannya. Malam itu, dia akan memasang lagu tersebut hinggalah dia tertidur.

Sementara itu…

“Kenapa dengan kawan akak tu?” tanya Johan kehairanan dengan gelagat Zam. “Entah la, Johan. Dia tu memang susah akak nak paham. Tapi, dia tu memang baik.” Manisa cuba membela Zam. “Orang macam tu pun akak boleh minat? Tak paham la saya dengan akak ni. Akak dah cakap dah dengan dia yang akak minat dia?” Manisa hanya tersenyum. “Nanti la, dik. Bila tiba masanya, akak cakap la kat die. Sekarang biarkan dulu,” kata Manisa sambil kakinya melangkah kembali ke asrama puteri sambil menyanyikan lagu Yang Sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience