BAB 4

Short Story Series 1140

(jom pergi makan dekat tempat biasa??)

aku pelik dengan massage yang dihantar oleh Aisyah. baru je beberapa jam tadi dia kata tak nak makan. ni pula nak pergi ajak makan.

'ehh budak ni. tadi tak nak makan ni nak makan pula. mood dah baik ke? jangan ada ribut taufan sudah nanti' bebel aku seorang diri.
tengah aku membetulkan rambut aku yang smart ni ada satu massage timbul. dari Aisyah.

(kau lambat kita tak payah makan sampai bila-bila)
aku lagi pelik baca massage ni.
'dia ni sihat ke tak. tak pernah pon macam ni'
selepas tu aku terus mencapai phone dan wallet terus pergi ke rumah Aishah yang hanya depan rumah aku je.

'ASSALAMUALIKUM. AISYAH OO AISYAH'
aku menguatkam sikit suara aku. saja bagi dia sakit hati. selalu nya dia suka kacau orang. hah meh hari ni aku kacau dia kaw kaw punya.

tak sempat aku nak panggil nama Aisyah lagi sekali dia dah keluat dengan muka masam kelat. tak nampak manis lansung. aku memberikan senyuman yang paling menawan untuk Aisyah. senyuman tu yang akan menyakitkan hati dia.

'kenapa tak jerit lagi kuat. bagi taman depan tu boleh dengar. kalau tak kuat lagi biar sampai taman dekat belakang tu boleh dengar suara kau tu' sindir Aisyah. tapi aku tetap cool dengan mnunjukkan senyuman aku yang menawan ni.
aku jalan bersebelahan aisyah untuk pergi ke kedai makan.

'kau nak tau tak. tadi kan ade sorang ni massage aku pesan jangan ajak dia pergi makan lepastu tiba-tiba dia ajak aku pergi makan. siap ugut pula tu. ajak orang tapi dia yang keluar lambat. kau tau tak siapa dia?' aku mengutuk Aisyah depan-depan.
tiba-tiba aku terasa pedih di bahagian pinggang aku. rupanya ketam Aisyah dah berjalan sampai ke pinggang aku. dia punya pulas. pedih woo. boleh tercabut aku punya kulit. kalau biar lagi lama mau ya daging-daging aku sekali tertanggal. bukab boleh percaya Aisyah ni. terus aku mencapai tangan aisyah yang sibuk mencubit aku. terlepas juga cubitan dia bila aku memegang tangan Aisyah.

'auchhhh ape ni.' aku menggosok-gosok pinggang aku yang pedih.
'haaa kutuk aku lagi. tu makan diaa. geram aku tau tak'
'kau ni sejak bila pandai main cubit-cubit ni. selalunya perempuan je main cubit mencubit ni.'aku masih menggosok di tempat yang sakit.
'habistu aku ni bukan perempuan lah?' merah muka Aisyah
'kau perempuan ke?' lurus je soalan keluar dari mulut aku. soalan yang membuatkan Aisyah lagi geram dengan aku. serentak tu dia memukul lengan aku. comel pula aku tengok. terus aku memandang mata Aisyah. kami bertentangan mata seketika. cair sekejapp.

'sakit lagi ke?' lembut je dia tanya. muka Aisyah merah tahan malu aku rasa. tak pernah aku dengar suara dia selembut ni bila cakap dengan aku.
'sakit laaa' aku sambung menggosok di pinggang aku.
'haa tu la siapa suruh buat aku geram. meh sini aku gosok. '
terus aisyah mengambil alih menggosok pinggang aku. terkedu aku sekejap.
kami berdua berjalan beriringan sambil Aisah menggosok pinggang aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience