Di kawasan ladang kebun getah Kampung Paku Panjang, beberapa orang penduduk kampung yang mengerumuni tempat kejadian kes di mana seorang pemuda dari kampung mereka mati dalam keadaan yang penuh misteri.
Penduduk kampung itu hanya mampu melihat dari jarak jauh kerana mereka bersempadankan dengan pita plastik amaran serta dua orang polis yang ditugaskan mengawal berada di situ bagi mengelak orang ramai masuk ke tapak kejadiaan. Beberapa pengawai forensik ditugaskan untuk mengkaji dan mengambil sampel di sekeliling mayat serta beberapa orang lagi pegawai polis mengambil keterangan saksi kejadian.
Keadaan mayat pucat dan kering kerana kehabisan darah. Di leher mayat tersebut mempunyai kesan lebam kebiruan dan mempunyai dua lubang seperti kesan gigitan.
"Habis la.. kampung kita diserang pontianak" jerit seorang lelaki tua berumur dalam lingkungan 70an.
Suasana berubah menjadi kecoh sebaik saja orang tua itu mula bersuara. Ada yang mula merasa ketakutan tambahan pula bagi kaum wanita yang berada di situ.
Kampung Paku Panjang mempunyai sejarah dan kisah berkaitan dengan mahkluk penghisap darah atau dikenali sebagai pontianak. Cerita mengenai pontianak diceritakan oleh nenek moyang penduduk kampung tersebut sejak dari turun temurun. Malah ada yang pernah terserempak dengan mahkluk tersebut berterbangan di atas dahan pokok getah.
Kedengaran bunyi siren ambulan datang menjemput mayat tersebut untuk dibawa ke hospital untuk melakukan bedah siasat yang terperinci.
"Tuan Yusuf, kejadian yang sama pernah berlaku pada dua minggu yang lepas,"
" Punca kesan dua gigitan di leher?" soalnya
"Puncanya masih belum diketahui Tuan, tapi penduduk di sini heboh pasal pontianak Tuan"
"Karut, mana ada hantu di zaman ni."
"Tapi tuan.."
"Tiada tapi-tapi, sebagai anggota polis kita kena siasat perkara ini dengan betul-betul, ini mesti perbuatan manusia, siasat secepat mungkin sebelum terjadi lagi kejadian yang tidak diingini belaku." Bebel Inspektor Yusuf kepada orang bawahannya. Pegawai tersebut terpaksa akur arahan.
Hari semakin gelap, matahari mula terbenam pelahan-lahan dari ufuk barat, langit yang membiru bertukar menjadi jingga. Peduduk kampung yang berada di situ bergegas pulang sebaik sahaja ambulan mula bergegas ke hospital.
Tempat itu mula merasa sunyi dan suram, beberapa anggota polis dan pegawai forensik mula meninggalkan tempat kejadian.
Inspektor Yusuf yang masih di situ melihat sekeliling kawasan ladang pokok getah lalu terus ke kenderaannya. Tiba-tiba kelibat bayangan hitam di sebalik pokok getah bergerak laju menyebabkan Inspektor dan orang bawahanya tersebut sedikit terkejut.
Bulu romanya mula meremang bila teringat kata-kata orang bawahannya bahawa ada pontianak di kampung ini. Dengan pantas dia menutup pintu kereta dan menyuruh pemandunya cepat beredar dari situ.
Tanpa disedari, mereka diperhatikan oleh lembaga yang berada di atas pohon pokok getah. Adakah hebohan orang kampung tentang pontianak benar-benar wujud atau khayalan semata-mata.
Selang beberapa hari kemudian kejadian sama berlaku. Tapi kini meragut nyawa pekerja buruh asing dan keadaan bertambah buruk. Pegawai siasatan polis menjadi buntu serta kejadian kes tersebut masih menjadi misteri dan menyukarkan mereka untuk menyiasat.
Share this novel