ALUNAN lagu My Baby you kedengaran. Lamunan Anis serta-merta terhenti. Dia segera beristighfar dalam hati. Tidak seharusnya fikirannya melayang ke masa lalu yang perit itu kenangannya itu. Perlahan-lahan, Anis mencapai telefon bimbitnya yang seakan menjerit-jerit di telinganya. “Fariq, ada apa telefon saya?” tanya Anis pada pemanggil di hujung talian. “Bila awak mula kerja?” suara garau bertanya. Anis ketawa kecil. “Kan saya dah beritahu. Esok,” jawab Anis. Tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Seorang budak lelaki menerpa ke arah Anis. “Mama, Danny nak ikut nenek,” kanak-kanak itu berbicara. “Saya call lain kali ya. Danny ni,” kata Anis. Selepas itu dia memutuskan talian. Anis ...