ANIS membuka mata yang terasa berat. Dia bangun dan duduk di atas katil. Dia merasa sungguh pelik apabila melihat badannya hanya diliputi dengan selimut tebal tanpa ada pakaian di badannya. Dia semakin terkejut apabila menyedari yang ini bukan biliknya. Ini bilik….!
“Argh!” jerit Anis kecil sambil turun dari katil sambil menarik selimut menutupi badannya. Anis memandang Aiman Daniel yang sedang lena di atas katil. Keadaan lelaki itu juga sama sepertinya. Anis menarik nafas panjang. Cuba mengingati kembali kejadian semalam tetapi kabur. Dia hanya mengingati membawa Aiman Daniel masuk kebiliknya. Selepas itu ingatannya terasa gelap. Kenapa perkara ini boleh terjadi?
“Apa bising-bising ni?!” Aiman Daniel membuka mata dan duduk di atas katil. Wajahnya tegang kerana tidurnya diganggu. Mata Aiman Daniel membulat apabila melihat keadaan Anis dan sendu di wajah Anis. Kemuadian dia melihat dirinya semula. Lama-kelamaan dia mulai mengerti apa yang sedang berlaku. Senyum sinis mula terukir di wajahnya.
“Ala, ini pun nak bising ke? Rileks la,” kata Aiman Daniel selamba. Anis menjeling Aiman Daniel tajam. Setelah apa yang telah dilakukanya, dia boleh berkata sebegitu?
“Sekarang, kau keluar dari bilik aku. Aku nak sambung tidur. Ingat, kalau kau begitau mama aku atau sesiapa pun, nahas kau,” Aiman Daniel memberi amaran. Anis memandang ke dinding kaca. Masih gelap lagi walaupun jam sudah menunjukkan angka enam pagi. Anis memandang tajam Aiman Daniel. Masih tidak berpuas hati. Macam mana dia mahu berkahwin kelak? Dia sudah kotor.
“Encik tak patut buat saya begini. Apa salah saya?” tanya Anis sambil menahan sendu. Aiman Daniel ketawa sinis.
“Apa yang aku dah buat? Kau sama je macam perempuan-perempuan lain. Tak ada bezanya. Hm, mungkin kau lebih selekeh dari perempuan-perempuan aku. Yelah, aku bukannya sengaja,” kata Aiman Daniel sinis. Anis mengetap bibirnya agar air matanya tidak mengalir keluar.
“Encik dah musnahkan masa depan saya,” kata Anis sedikit terjerit. Sekali lagi ketawa sinis keluar dari bibir merah Aiman Daniel.
“Aku? Musnahkan masa depan kau? Kenapa pulak. Aku bukan buat apa-apa pun. Hm, kalau aku betul-betul musnahkan masa depan kau pun, aku tak peduli sebab kau hanya orang gaji. Orang gaji!” kata Aiman Daniel tanpa memperdulikan perasaan Anis. Anis memalingkan wajahnya.
“Sudah, jangan nak menangis dalam bilik aku. Pergi ke bilik kau sendiri. Ingat, kalau kau bocorkan semua ni, nahas kau!” ujar Aiman Daniel keras lalu membaringkan badannya semula ke atas kati. Anis mengutip pakaiannya yang berterabur di atas katil dengan linangan air mata.
**********************************************
“Ayah, Anis nak balik. Anis tak nak kerja kat sini lagi,” rayu Anis. Dia menyeka air matanya yang tumpah.
“Kau gila? Susah payah aku carikan kerja itu, kau nak berhenti? Mahal gajinya!” marah ayahnya di corong telefon. Anis menggeleng.
“Tak nak, ayah. Anis nak balik kampung,” rayu Anis lagi. Dia sudah tidak mahu bekerja di rumah besar itu setelah apa yang telah dilakukan Aiman Daniel padanya.
“Tak boleh! Kalau aku kata tak boleh, maknanya tak boleh. Kau tetap kena kerja kat situ. Kalau kau berhenti, jangan balik rumah lagi!” tengking ayahnya. Anis menangis. Dia kemudian meletak ganggang kembali pada tempatnya. Nampaknya dia terpaksa meneruskan kerjanya di situ. Air matanya kembali mengalir.
*********************************************
Anis menyapu halaman rumah dengan hati yang sebak. Tiba-tiba dia ternampak tuan mudanya sedang menuju ke tempat letak kereta. Anis cuba mendekati tuan mudanya itu untuk membincangkan apa yang berlaku semlam.
“Tuan muda, kita perlu bincang,”Anis bersuara. Langkah Aiman Daniel serta-merta terhenti. Dia memandang Anis dengan pandangan bosan.
“Nak bincang apa lagi?” tanya Daniel.
“Pasal malam tadi, encik..encik mesti jelaskan,” ujar Anis tergagap-gagap.
“Apa lagi yang aku nak jelaskan pada kau?” Daniel memandang ke arah lain. Berkira-kira untuk terus pergi. Dia sudah lambat untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.
“Saya tahu saya bukan siapa-siapa, encik. Tapi encik tak patut buat saya macam tu. Sekurang-kurangnya, encik mesti bertanggung jawab,” kata Anis sambil cuba mengawal air matanya daripada jatuh ke pipi. Tiba-tiba Aiman Daniel ketawa sinis.
“Aku, bertanggungjawab? Macam mana? Kahwin dengan kau? Hei, sedar diri tu sikit. kau tak sesuai dengan aku. Kau tu orang gaji yang miskin dan selekeh je. Aku tak ada selera pun tengok kau tapi semalam entah macam mana aku boleh terbabas. Entah-entah, kau memang nak perangkap aku!” kata Aiman Daniel sambil memandang jijik pada Anis. Mulut Anis terlopong apabila lelaki kacak itu berkata sebegitu. Perasaannya mulai membara.
“Saya tak perangkap encik. Saya pun tak nak perkara ni terjadi. Encik jangan nak tuduh saya atas kesalahan encik!” marah Anis kembali. Aiman Daniel mendengus kasar.
“Suka hati kaulah. Aku tak ada masa nak layan kau, orang gaji. Jangan kacau aku lagi dan jangan nak perasan aku akan kahwin dengan kau. Orang yang sesuai dengan kau, tukang kebun dan drebar kereta je. Jangan nak perasan kahwin dengan orang kaya sebab perkara kecik tu aja. Selama-lamanya kau akan jadi orang gaji,” kata Aiman Daniel kasar lalu memboloskan dirinya ke dalam kereta kesayangannya. Anis memandang kereta Aiman Daniel menghilang. Perlahan-lahan, Anis menekupkan wajahnya dengan tangan. Menahan air matanya dari terus mengalir.
**********
“ENCIK nak makan sekarang ke? Kalau encik nak makan sekarang, saya boleh panaskan,” tanya Anis tanpa memandang wajah Daniel yang sedang menonton tv di dalam biliknya.
Sejak kejadian pahit itu, Anis sedaya upaya menjauhkan diri dari majikannya itu. Tindakannya itu bukanlah kerana takut dengan Aiman Daniel tetapi kerana dia takut tidak dapat mengawal marahnya kalau melihat wajah selamba Aiman Daniel yang menyakitkan hatinya.
“Aku tak nak turun bawah. Kau bawakan makan malam aku ke sini,” arah Aiman Daniel dengan matanya masih melekap pada srin televisyen. Anis mengangguk. Dia segera turun ke bawah untuk menyediakan makan malam untuk lelaki itu. Biasanya Aiman Daniel akan makan bersama-sama dengan ibu bapanya tetapi hari in berbeza. Tuan Sri Amir dan Puan Sri Maria sedang pergi bercuti di Pulau Mauritius selama seminggu.
Lima belas minit kemudian, Anis kembali ke dalam bilik itu dengan dulang berisi makanan dan minuman untuk tuan mudanya. Kelihatan Aiman Daniel sedang sibuk dengan telefon bimbitnya.
“Ala, sayang. Esok I jumpa you. Malam ni I malas nak keluar,” kedengaran suara Aiman Daniel bercakap di telefon. Aiman Daniel memberi isyarat mata agar dulang itu diletakkan di meja sahaja. Anis menurut. Apabila dia ingin keluar, Aiman Daniel sudah meletakkan telefon bimbitnya di atas katil dan berjalan menuju padanya.
“Saya keluar dulu, encik,” kata Anis perlahan sambil menunduk. Aiman Daniel langsung tidak berkata apa-apa lalu duduk di sofa semula. Anis keluar dari bilik itu dengan perasaan yang bercampur-baur.
***************************************
“Anis tak sihat ke? Mak Timah tengok muka Anis macam pucat je,” kata Mak Timah sambil memandang prihatin padanya. Anis hanya tersenyum kelat.
“Tak ada apa-apalah, Mak Timah. Saya tak cukup tidur rasanya. Sebab itu saya pening kepala,” kata Anis. Mak Timah mengusap-usap kepalanya.
“Kalau macam tu, Anis berehatlah. Biar Mak Timah yang bagitau tuan,” ujar Mak Timah. Anis menggeleng lemah.
“Tak payahla, Mak Timah. Nanti bising pulak Puan Sri. Saya tak apa-apa. Cuma pening sikit je. Lepas ni baiklah,” pujuk Anis menenangkan Mak Timah. Dia kesian jika membiarkan Mak Timah melakukan semua kerja rumah seorang diri di rumah besar ini. Mak Timah bukannya bertenaga sangat, dia sudah tua.
“Kalau macam tu, tak apalah. Mak Timah ambilkan kamu panadol,” Mak Timah berlalu meninggalkan Anis. Tiba-tiba kepalanya terasa semakin berpusing. Anis menutup matanya untuk menghilangkan rasa peningnya.
***********************************
Pinggang yang kotor dikutip Anis. Dia menundukkan wajahnya daripada memandang wajah puan sri, tuan sri dan semestinya, Aiman Daniel. Dia membawa pinggan yang kotor itu ke sinki. Tiba-tiba, Anis merasakan pandangannya berpinar. Pinggan di tangan terlepas dan jatuh berderai di atas lantai. Anis terjatuh terduduk.
“Ya Allah, kenapa ni, Anis?” tanya Mak Timah lalu meluru ke arah Anis. Anis menekan kepalanya dengan tangan. Kepalanya masih pening.
“Kenapa ni?!” suara Puan Sri Maria kedengaran keras. Anis menundukkan wajahnya sambil memandang pinggan yang pecah berderai.
“Maaf, puan sri. Saya tak sengaja,” kata Anis sambil cuba mengutip cebisan kaca itu. Puan Sri mendengus geram.
“Pinggan tu mahal tau. Gaji kau pun tak boleh ganti balik tau!” marah puan sri. Anis semakin kecut.
“Ada apa, mama?” Aiman Daniel masuk ke dapur apabila terdengar bunyi bising. Matanya membulat melihat Anis terduduk di atas lantai dengan serpihan kaca disekelilingnya.
“Anis tak sihat, puan sri, tuan muda,” kata Mak Timah cuba membela Anis.
“Ma…” sebelum sempat Anis bertutur, tekaknya terasa mual. Segera Anis meluru ke arah sinki. Makanan yang dimakan keluar semula. Tekaknya terasa seperti dijolok-jolok, perutnya terasa sakit. Anis menekan-nekan perutnya. Mak Timah datang menggosok-gosok belakangnya. Aiman Daniel dan puan sri hanya memerhati tanpa berkata apa-apa. Cuma Aiman Daniel kelihatan sedikit terkejut melihat keadaan Anis sebegitu. Tiba-tiba, mata Anis berbalam-balam. Akhirnya dia terjelopok si tepi sinki.
***************************************
Anis membuka matanya. Dia menekan kepalanya yang terasa sakit.
“Anis, dah sedar?” tanya Mak Timah apabila Anis sudah membuka mata.
“Kenapa Anis ada di sini?” tanya Anis sambil memandang biliknya yang sempit itu. Mak Timah mengeluh.
“Anis pengsan tadi. Tuan muda dukung Anis ke sini. Teruk sakit Anis ni. Jom Mak Timah temankan Anis ke klinik. Puan Sri dah benarkan,” kata Mak Timah. Anis mengangguk perlahan. Dia cuba bangun, badannya terasa sangat lemah tetapi digagahnya juga.
Share this novel
cerita nya sangat menarik