Sampai sahaja di rumah,Zara mengetuk pintu dengan sekuat hati.Kedengaran langkah yang di susun secara tergesa-gesa dari dalam rumah.Perlahan pintu terkuak dari dalam.Mama berdiri tepat di hadapan Zara dengan kening terangkat dan muka berkerut.tanpa berkata sepatah pun,Zara terus meluru naik ke biliknya, meninggalkan mama yang terpinga-pinga di muka pintu.
Bammmmm!
Daun pintu biliknya di hempas kuat.Mama yang masih berada di hadapan pintu terkejut mendengar bunyi hempasan pintu itu yang seolah-olah boleh menggegarkan rumah dua tingkat milik suaminya.
Tanpa membuka sarung kaki sekolah sekolah ,Zara menghenyakkan tubuh ke katil empuknya .
Dadanya seperti dihempapdengan batu .sejak di sekolah tadi, zara menahan air yang ingin turun dari kelopak matanya.Dia malu sekiranya dia menagis di hadapan kawan -kawannya sewaktu di sekolah tadi.
di rumah ,zara tidak pelu malu kepada sesiap pun.kolam air matanya mula pecah.Dibenamkan mukanya ke bantal agar esakannya tidak didengari oleh mama . zara menagis sepuasnya.
Tok!Tok!Tok!tiba tiba kedengaran bunyi pintu biliknya diketuk lembut.
"sayang,mama masuk ya ?"
zara menyepi.sama sekali dia tidak menyahut.keadaan diam seketika.Dibiarkan sahaja soalan mamanya tidak terus dijawab zara yakin mamanya tidak akan berani masuk sebelum dia mengizinkannya.sifat menghormati hak orang lain itu sememangnya telah diajar oleh mamanya sejak kecil lagi.
"boleh mama masuk tak, sayang?"
suara mama yang lembut itu mengundang rasa bersalah di dalam hati Zara.Zara sebenarnya tidak sampai hati untuk menyakiti mamanya.Tetapi,dia jadi begini kerana mamanya juga.
'Tidak, aku perlu kuat.Aku perlu bercakap dengan mama !' getus hati kecil zara.
"Zara.Buka pintu ni , sayang.Mama nak cakap sikit dengan Zara." Suara mama yang lembut seperti merayu masih kedengaran di luar pintu bilik Zara.
'kenapa aku harus membencinya,padahal mama begitu baik dengan aku.'
Lihat sahaja pada ketika ini,mama tidak berani masuk ke bilik Zara tanpa diizinkan oleh Zara.Tetapi mengapa perasaan ini yang aku rasakan?
'ah,kasihan mama.aku tidak samapai hati membiarkan mama berdiri di muka pintu bilik terus menerus memanggil nama aku.Merayu kepada aku untuk ke dalam bilik ini' Hati kecilnya berbisik lagi.
"Urm. masuklah mama.pintu tak kunci."
Akhirnya Zara bersuara.
Mendengar suara anaknya itu,puan Ainul menguak daun pintu bilik zara.Langkahnya di susun dengan perlahan menghampiri Zara lalu duduk di samping zara.Tangannya membelai lembut rambut anak bongsunya dengan penuh kasih sayang.
"kenapa sayang?Zara nak berkongsi apa apa dengan mama tak ?"
Tangisan zara semakin kuat.peristiwa yang berlaku sewaktu di sekolah itu berlegar legar dimindanya. bahunya bergoncang. Hatinya perih mengingatkan peristiwa itu.
***********bersambung
Share this novel