Aku ni jenis orang yang suka bermain - main dengan kata - kata dah macam buaya dah . jadi tak hairan lah yang berminat berkawan dengan aku semuanya berumur 20 tahun dan keatas. Dalam dunia persahabatan aku tak kisah berapa pun umur mereka bagi aku yang penting dalam sesebuah persahabatan ialah sikap . Yang penting orang yang mahu berkawan dengan aku itu sentiasa positif ,bagi aku ' open minded' tu tak salah tapi haruslah kearah yang positif . Orang tu pulak harus tahu adab dan batas pergaulan .
Aku kenal pakcik ni tanpa sengaja mula - mula aku sedikit tidak peduli kerana aku anggap dia seperti kawan biasa . Sampailah aku perasan yang pakcik ni sering muncul di ruanggan komen pada setiap 'post' aku ,walaupun aku rasa 'post ' aku tu sungguh tidak penting . Aku rasa mungkin dia sengaja nak main - main dan berlawan kata aku reply semua komen darinya ,aku gunakan kemahiran yang aku ada dalam bermain kata ,hanya sekadar suka - suka.
Suatu hari aku perasan setiap komen pakcik tu walaupun di gambar berasingan seperti ada hubung kait antara satu sama lain seperti ada pesan yang terselit di dalamnya .Kadang - kadang aku hairan komen yang di lontarkan tidak ada kena mengena sekali pun dengan 'post ' aku . aku ada terfikir asal dia ni tak chat sahaja kalau nak bagi tahu apa - apa . aku cuba baca semula semua komen dari mula , ayat yang di gunakan sangat indah dengan di selitkan kiasan dan nasihat kadang - kadang sedikit tajam hingga menusuk masuk ke hati .Walaupun begitu tidak sedikit pun aku terasa.
Setiap ayat mempunyai lebih dari satu maksud . apa yang ingin disampaikan sangat berat di dalam ayat yang sukar di fahami jika di baca tanpa di hayati. Ia benar tidak lah sampai seribu maksud tetapi ia nya tidak dapat di tafsir oleh sesetengah individu yang tidak pandai menghayati .aku juga begitu pada mulanya. Aku agak hairan dengan sikap pakcik itu ,siapa dia yang sebenar ?adakah dia kenal siapa aku ? Tak mungkin dia kenal aku . sampai sekarang persoalan itu masih tidak dapat di jawab . dan kerana itu aku tertarik untuk mencari tahu tentang dirinya . Bagi aku dia sangat unik aku yakin dia bukan orang biasa . gambaran itu yang aku lihat pada setiap bicara dalam penulisanya . Siapa dia ? Siapa empunya diri yang yang bijak dalam berkata - kata ? pasti orang yang tinggi taraf ilmu pada dasarnya .
Share this novel