Bab:3 Terkandas

Action Series 1127

Kini cuaca buruk telah berubah reda.Pada masa yang sama Zack terjaga di sebuah bangkai kapal terbang."Apakah????"kata-kata hati Zack terhenti apabila melihat ke sekelilingnya.Yang ada cuma hutan berserta mayat dan bagasi yang bersepah di sekelilingnya.Pada saat itu Zack memang terkejut dan mula panik. Tapi Zack belum putus asa. "Zack Never Give up" kata Zack dalam hati sambil air mata menitis dan cuba menenangkan dirinya. Zack mencari-cari makanan di dalam kapal terbang yang hancur itu.Manalah tahu ada yang tersisakan. Semasa mencari makanan, Zack terjumpa sebuah kotak besar. Di dalam kotak itu ada makanan yang banyak. Makanan itu mungkin cukup untuk seminggu dua. Itu pun kalau Zack pandai menjimatlah.Tiba-tiba, Zack terjumpa sebuah buku ihtiar hidup di hutan dan juga sebuah kapak kecemasan berdekatan dengan kokpit pesawat itu.Maka dengan panduan dan alatan yang ada dia pun mulalah membina sebuah pondok kecil yang hanya di buat daripada kayu dan daun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience