Nenek Nah yang tinggal seorang diri di sebuah pondok usang tidak pernah ditemani anak-anaknya di waktu usia tuanya. Menurut Nenek Nah anaknya ramai. Namun tiada seorang pun sudi menjaganya dan melawatnya. Apatah lagi merawatnya ketika dia sakit. Nasib baik Nenek Nah selalu ditemani oleh anak kecil yang selalu mengunjungnya dan selalu pergi ke kedai membelikan barang-barang yang Nenek Nah pesan. Nenek Nah memberi budak itu upah 20 sen setiap kali membeli barang untuknya. Budak itu hanya berumur 4 tahun dan memahami kesusahan dilalui oleh Nenek Nah. Menurut masyarakat setempat semasa usia muda Nenek Nah. Dia sangat garang dengan anak-anaknya. Anak yang dia sayang sahaja dia tidak marah. Kesudahannya anak kesayangan Nenek Nah telahpun meninggalkan dia dan mengikut suaminya bertindak. Anak-anak lain yang terasa hati merajuk sehingga tidak mahu melihat muka ibu mereka. Nenek Nah yang berbunjut di kepala telahpun kembali kepada Allah dan menamatkan garis hidupnya itu.
BERSAMBUNG
Share this novel