Orang Lama

Poetry Series 1017

Masa berlalu dan aku masih disini,
Masa berlagu dan aku masih berdiri,
Tetap Tegak tak berganjak mati,
Ibarat Kaki melekat di bumi,

Dia orang lama merenung lali,
Gigi sinisnya memprovokasi,
Mata Sindirnya takkan menyepi,
Aku pasti direntap kembali,

Orang lama mencengkam ku sepi,
Sedang ku rayu lepaskan tali,
Aku malu kau setia membayangi,
Kerna ku mahu larikan diri,

Dia orang lama hati ku benci,
Mata pejam tapi masih memerhati,
Bertapa jiwa tersiksa menanti,
Agar dia melepas ku pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience