Nama aku Siti Aisyah . Nama gelaran aku yang digelar oleh rakan-rakanku adalah Chä . Aku mula mempunyai handphone sewaktu umurku 10 tahun . Ketika itu aku masih bersekolah di sekolah rendah . Namun begitu , aku sudah mempunyai 1 social media di saat umur aku 9 tahun . Ketika itu pada tahun 2011 . Ramai rakan-rakan ku ketika itu masih tidak tahu apa itu Fac dan apa kegunaanya . Disebabkan oleh kakak-kakak dan abang-abangku sudah dewasa , merekalah yang mula mengajar aku tentang Fac . Along yang mula create account fac aku . Aku teruja , kerana aku dapat main fac seawal umurku 10 tahun . Banyak kenalan di fac aku yang tidak aku kenali . Aku berkawan dengan mereka di chat sahaja . Saat-saat mula berlalu dengan pantas . Aku terleka dengan khayalan dunia social mediaku hinggakan aku terlupa aku masih seorang pelajar sekolah . Aku harus belajar . Peranan aku adalah belajar untuk berjaya seperti kakak & abangku . Ops aku terlupa , aku mempunyai 2 orang abang dan 3 orang kakak . Aku anak ke 6 daripada mereka . Kian lama , pelajaranku semakin merosot . Malah aku tidak pergi ke sekolah agama selama setahun sehingga membuatkan rakan-rakan sekolahku marah padaku . Mungkin cerita ini tidak berapa best , sebab aku baru mula belajar mengarang . Sejujurnya , dahulu aku adalah seorang yang bijak . Aku tidak pernah turun dari kelas no 1 dan 2 . Disaat itu , ibu berbangga dengan aku yang sentiasa belajar di rumah .
Setahun Kemudian . . .
Aku sudah berumur 11 tahun . Aku mula mengenali istilah " COUPLE " daripada rakan fac aku . Sewaktu itu , aku masih tidak berakal lagi kerana aku masih kecil . Aku masih tidak mengerti ape itu " COUPLE " . Aku mula ada boyfriend yang bernama Sheikh Muhammad Hail . Nama gelaran dia adalah hail tiger . boyfriend aku tu mase tu 12 tahun . Dia ni memang baik tapi ada buruknya jugak . Kadang-kadang aku rase nak sepak je muke die sebab dia selalu cakap " Iloveyou " hahahah . Aku ni pun bukan lah baik sangat . Dekat sekolah pun gangster . Waktu tu aku kirenye sayang la dekat dia ni . Maklumlah zaman budak-budak .
2 Tahun Kemudian . . .
Aku naik ke tingkatan satu di sekolah menengah ( Nama dirahsiakan ) dan sewaktu itu aku masih bersama hail tiger . Namun hubungan kami tidak kekal lama . Kerana aku mula mengenali rakan-rakan baharu yang mengajar aku erti sebenar kehidupan dan seronoknya belajar . Aku putus kerana salah faham . Lagipun sebenarnya aku bukan suke dia pun . Aku couple dengan dia pun sebab aku main2 je . Hahaha .
Share this novel