BAB 1

Romance Completed 8918

?Betulkah ni? ?,terduduk Ariff setelah mendengar berita itu.

?Tapi macam mana boleh jadi macamni mak cik?kenapa Syira tak pernah bagitau saya makcik! 2 tahun makcik?2 tahun!!saya cari makcik sekeluarga lepas tamat sekolah, saya tak pernah langsung berhenti daripada mencari korang semua?..?gumam Ariff

?Bersabarlah Ariff?ini semua permintaan Syira..makcik tak mampu untuk menolak permintaan dia.?, ujar Puan Zaiton.

2 tahun yang lalu?.

?Tumpang tanya..ada orang tak kat tepi awak??,tanya Ariana. Syira menggelengkan kepalanya sebagai jawapan pertanyaan Ariana tadi.?Boleh saya duduk??,tanya Ariana. Syira menganggukkan kepalanya. ?ish..minah ni..bisu ke?dari tadi lagi aku tanya tapi dia langsung tak jawap apa ? apa??, bisik hati kecil Ariana. Ariana berasa agak janggal duduk di sebelah Syira kerana Syira hanya diam sejak tadi. Langsung dia tak bertegur sapa dengan Ariana. ?sombong..?,getus Ariana?

Loceng rehat telah pun berbunyi. Para pelajar 5 Sains 1 berpusu ?pusu keluar dari kelas untuk ke kantin. ?hai..saya Ariff?jom kita rehat sama ? sama..boleh saya tunjukkan awak kawasan di sekitar sekolah ni ?.?pelawa Ariff sambil tersenyum manis ke arah Ariana?Ariff boleh dikategorikan sebagai pelajar yang popular di SMK Cempaka tersebut. Hal ini kerana, Ariff mempunyai pakej lelaki idaman bagi setiap wanita. Dia juga merupakan kapten bola sepak di sekolah. Syira menjeling sekilas ke arah Ariff. Ariff yang tidak perasan akan Syira itu terus keluar bersama Ariana?.

?Maaf saya tak sengaja??kata Ariff sambil membantu pelajar perempuan yang dilanggarnya itu mengutip buku. Rupa ? rupanya pelajar perempuan itu ialah Syira. Jam seakan terhenti berputar..satu saat?dua saat?tiga saat?empat saat..lima saat?Syira terus bangun dan lari dari situ?.Dia tidak mampu untuk bertentang mata dengan Ariff. Ariff hanya mampu melihat langkah kaki Syira yang semakin menjauh darinya. ?kenapa kau lari daripada aku Syira?keluh Ariff.Dia tak mampu untuk mengejar Syira kerana dia tahu yang Syira akan terus lari daripadanya. Dia juga tidak tahu kenapa semakin hari Syira semakin jauh daripanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience