Part 4

Short Story Series 10573

Dyan memandang susuk tubuh kakaknya Dyana yang sedang sibuk bermain dengan Faqira Tihani anak sulung kakaknya yang sudah berusia 3tahun. Perut kakaknya juga sudah kelihatan makin memboyot maklumlah sudah menginjak 8 bulan dan tidak lama lagi wanita itu bakal melahirkan bayi laki-laki.

Teringat kata-kata baba agar dia dan Rayha perlu bertemu pada temu janji pertama mereka. Dia hanya mengenali Rayha hanya pada sebaris nama tapi bukan orangnya. Pada mulanya dia agak malas untuk bertemu janji bagai tapi setelah ibu nya memujuk agar mengikuti arahan baba baru lah dia menerima.

"Pak!" Satu tepukan agak memedihkan singgah di paha miliknya.

"Jauh kau termenung Dyan.. teringat kan buah hati ke apa?" Tegur Dyana setelah dia perasan adiknya itu jauh termenung sedangkan dia panggil si Dyan sampai kering air liur.

"Haihh kesitu pula kak Yana ni. Takde maknanya adik akak ni nak fikirkan buah hati semua tu. Macam akak tak kenal Dyan ni macam mana."

"Habis tu kau teringat kan apa benda dik. Akak panggil kau pun kau still tak dengar. Sampaikan anak akak dah pergi dekat walid dia tu."

Betul juga kata-kata kakaknya itu. Baru dia perasan yang Faqira sudah tiada diruang tamu itu. Dyan melepaskan keluhan. Sungguh dia tertekan dengan keadaan dia sekarang. Kebebasan dia diragut macam tu saja disebabkan berita palsu itu. Kemana-mana dia pergi dia harus berpakaian seperti seorang artis.

"Aku stress kak.. tadi aku keluar kejap je ke Pavillion untuk beli something tapi malangnya entah macam mana ada wartawan datang kejar aku. Aku ni dah macam artis kpop terkejar sana sini." Adu Dyan kepada kakaknya itu.

"Sabarlah Dyan.. lepas kau kahwin nanti Insyaallah akak yakin kau akan bebas dari semua masalah ni. Mungkin ada seseorang berdendam dengan kau kut sampaikan dia sanggup sebarkan fitnah sebegini pada kau.." ujar Dyana sambil menggosok bahu adiknya itu. Mahu dipeluk perutnya pula yang boyot dengan kandungannya itu.

"Satu masalah lagi hal kahwin. Aku tak kenal sape perempuan yang baba nak sangat tu. Baik ke dia? Boleh ke dia terima aku dan kekurangan aku? Boleh ke dia terima aku yang dituduh gay ni?" Bertubi-tubi persoalan keluar dari bibirnya.

"Itu hanya baba saja yang tahu. Kalau kau tanya kakak jawapan akak langsung tak kenal siapa calon isteri kau tu. Kau jumpa je la dia, mana tahu pilihan baba adalah yang terbaik untuk kau? Lagipun kau tu umur dah 27tahun sepatutnya kau dah cukup semuanya pada usia kau tu. Kerjaya dah ada, syarikat pun dah ada cuma satu je kau belum ada lagi kalau bukan isteri.." tazkirah Dyana kepada adiknya. Biar Dyan tahu yang isteri adalah kepentingan dalam hidupnya.

Dyan terdiam seribu bahasa apabila diceramahi oleh kakaknya itu. Dia teringat kejadian tadi, buat pertama kali dia bergaduh dengan perempuan hanya disebabkan perlanggaran antara mereka berdua. Silapnya juga main langgar je orang depan mata lepastu boleh pula jari dia gatal naik menutupi bibir gadis itu mana tidak mengamuknya perempuan tu.

Tiba-tiba bibirnya naik tersengih.. comel saja wajah kemerahan gadis itu memarahinya. Entah lah dia rasa tertarik dengan mata hazel gadis itu. Ada sesuatu yang ada pada gadis itu buatkan dia tertarik sampai kan tak sedar dengan tindakan tak masuk akalnya itu. Satu masalah dia buat bila dia tarik gadis itu bersamanya menyorok dari wartawan. Sedangkan semua nya alasan saja jika gadis itu dibiarkan begitu.

"DYAN!!!" Tempik Dyana ditepi telinga adiknya itu. Gila ke si Dyan ni.. dia panggil tak menyahut lepastu boleh tersengih macam orang gila bayang.

Terkejut Dyan bila telinganya ditempik sebegitu rupa oleh kakaknya. Mahu pecah gegendang telinganya.

"Kak kenapa terjerit jerit dekat telinga Dyan kuat gila? Dah macam orang meroyan akak jerit tadi. Satu hal ni telinga Dyan rasa berdenyut je disebabkan suara akak.." tegur Dyan dengan sikap kakaknya itu.

"Ehh akak pula yang salah. Kau tu kenapa Dyan? Dah biul ke? Tersengih sorang-sorang, bukan ke kakak ceramah kau ke?" Bebel Dyana memarahi Dyan.

"Sorry la kak aku tersilap berangan teringat kejadian dekat mall tadi, sampai lupa kau ada kat sebelah."

"Kau teringat hal apa sampai macam tu sekali kau sengih?" Soal Dyana kepada adiknya.

"Takde pape lah.. biasalah hal adik sikit. Aku naik dulu ehh nak rehat." Elak Dyan dari soalan KBAT Dyana tu.

"Ehh kau jangan nak lari jawab dulu soalan kakak ni.." kalut Dyana ingin menggapai lengan Dyan namun lelaki itu pantas melarikan diri sebelum Dyana mencapainya.

Tergeleng kepala Dyana dengan sikap Dyan. Adalah tu yang disorokkan darinya. Lantas dia bangun untuk masuk bilik. Yang lain semua sibuk jadi dia dengan Dyan saja kat luar tadi. Suaminya mengajak Faqira masuk bilik ada sesuatu mahu ditunjukkan kepada anaknya itu.

***

2hari kemudian..

Rayha bersiap untuk ke pasaraya membeli barang basah. Hari ni dia menyuruh cik Romlah cuti kerana dia ingin makan tengah hari dirumah uncle Zahid seperti yang dijanjikan. Rumah dikunci sebelum dia menuju kearah kereta.

Suasana pasaraya Tesco agak ramai dengan manusia yang sedang membeli barang dapur. Mungkin mahu memasak ye la hari kerja kan.

Rayha mencapai sawi dan kubis. Tidak lupa bunga kubis dan lobak merah. Kemudian ke arah tomato dan brokoli. Di bahagian barangan basah. Rayha memilih ayam dua ekor, udang sekilo, sotong sekilo dan ikan siakap 2ekor.

Rayha beli bahan-bahan untuk tomyam, ikan siakap 3rasa dan perencah ayam goreng berempah. Tidak lupa perencah maggi secukup rasa untuk goreng sayur campur.

Setelah puas hati baru lah dia pergi kearah barangan lain. Seperti biskut, roti dan kek pisang. Dia mengambil satu set buah-buahan dan juga makanan ringan untuk dibawa kerumah Uncle Zahid. Satu kapit beras, gula dan sebotol minyak masak saiz 5kg, perisa ribena dan sunquick saiz besar.

Rayha menolak troli miliknya ke kaunter bayaran sebelum keluar dari pasaraya itu. Semasa beratur untuk pembayaran riuh dikaunter bila seorang makcik lupa bawa purse miliknya. Wajah gelisah wanita itu buatkan Rayha tercuit ingin menolong.

Laju Rayha tinggalkan troli nya dibelakang dan kedepan untuk tolong bayarkan barangan makcik itu. Sesetengah orang yang beratur mula tunjukkan wajah kurang menyenangkan.

'Korang ni hati busuk sikit pun tak boleh nak tolong orang.. bukan nya suruh orang lain.'

"Kak biar saya bayarkan untuk auntie ni.. berapa ye semua?" Tegur Rayha kepada cashier yang menjaga kaunter bayaran.

"Rm356.85 semuanya kak.." ujar penjaga kaunter itu.

Wajah terkejut wanita itu dibiarkan dahulu. Dia mengeluarkan kad atm miliknya sebelum dihulurkan kepada penjaga cashier.

Setelah selesai pembayaran barulah semua disitu berhenti berbisik-bisik.

"Terima kasih nak sebab tolong auntie bayarkan barang. Auntie terlupa bawa beg duit tak tahu lah macam mana boleh tertukar beg tangan dekat rumah tadi." Ujar Puan Rafikah berterima kasih kepada gadis muda yang menolongnya tadi.

"Sama-sama auntie.. alah sedikit je ni. Hari ini saya tolong auntie manatahu esok lusa auntie pula tolong saya." Balas Rayha dengan senyuman.

"Bagi nombor telefon kamu.. auntie nak bayar semula duit kamu tu. Dah la banyak barang yang auntie beli tadi.." pinta Puan Rafikah.. mengikuti langkah Rayha yang sedang beratur.

"Baik lah auntie.. 019++++++++ okey dah.. auntie save nama saya Rayha je. Nama saya Rayha Farzana. Auntie?"

"Baik lah Rayha.. ermm nama Auntie Rafikah.. kamu panggil je auntie Ibu Fika.. senang sikit takde lah kamu kekok nak panggil Ibu.." kenal Puan Rafikah selesa dipanggil Ibu.

"Ehh auntie.. segan lah saya."

"Tengok tu.. panggil Ibu ye.. senang sikit. Kalau ada masa lapang Ibu boleh ajak kamu datang ke rumah.." ajak Puan Rafikah senang hati.

"Okey la bu.. terima kasih izinkan Rayha panggil Ibu.."

"Sama-sama sayang.. Ibu pergi dulu ye. Nanti ibu call kamu untuk minta no akaun.. senang ibu transfer duit ganti barang tadi. Assalamualaikum.." pamit Puan Rafikah menolak troli barangannya keluar dari pasaraya.

Rayha tersenyum dengan karenah wanita itu. Mungkin sebaya arwah mamanya. Tak sangka ada juga wanita yang sudi membahasakan dirinya Ibu. Sudah lama dia rindukan panggilan itu walaupun mama sudah lama pergi.

Sampai gilirannya dia mengeluarkan barang dari troli dan membayar semuanya. Lebih kurang juga barang yang dia beli hampir semuanya lengkap 300ringgit.

***

Rayha gembira dapat jumpa Auntie Pia. Hazeeq dan Dahlia pun kemain ajak dia berbual. Tak sangka abang Hazeeq dah matang.. dulu lelaki itu sering membulinya memandangkan Dahlia lebih senang bermain dengan nya. Kata Dahlia abang Hazeeq dah ada calon tunggu masa je nak bawa datang jumpa auntie Pia dan uncle Zahid. Gamat suara Hazeeq dan Dahlia yang bergaduh mulut sampai auntie Pia pening kepala melihat tingkah anak-anaknya dihadapan Rayha.

    Seharian dia berada di rumah Uncle Zahid menemani Dahlia dan auntie Pia dirumah. Manakala uncle Zahid dan Hazeeq masing-masing sibuk berkerja.

     Boleh pula uncle Zahid memintanya untuk bermalam dirumah mereka risau biarkan dirinya balik sendirian kerana waktu sudah larut malam.

    Rayha ikutkan saja arahan uncle Zahid. Kemain bersorak Dahlia bila ada geng malam itu. Hazeeq hanya menggeleng kepala dengan tingkah kebudakan si Dahlia ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience