Completed
432
Aku sedar aku seolah-olah mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku..
Teringin nak kahwin dengan dia, tapi aku takut Miza kecik hati pulak..
Dengan Mimi la tempat aku luahkan perasaan. Kadang-kadang gaduh, kadang
dia tercarut-carut bagai kat aku. Pastu minta maaf. Dia kata tersasul..
Tapi aku memang terhibur bila bersama dengan Mimi. Bini aku kat rumah,
dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.. Miza sedar akan
perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada perempuan lain.
Satu hari tu,dia bagitahu aku, dia izinkan kalau aku nak kahwin lagi,
tapi mesti dengan wanita yang elok, sebab dia tak mahu pelajaran wazif
terganggu. Aku pelik, apa kaitan?? Dan aku terfikir, mimi itu wanita
yang elok ke? Pakaian hari-hari kompem ketat. Makeup kat muka 2 inci
macam tidak boleh kena air, tidak ambik air sembahyang ke? tak
sembahyang ke? Ke cuti sepanjang tahun?!
So aku postpone dulu hajat nak kahwin dengan Mimi. Terfikir lepas kahwin
boleh
nasihat kot sikit-sikit, tapi time bercinta pun asyik lawan apa aku
cakap, boleh ke nanti ?? So sad!.. Ketika perkahwinan aku dengan Miza
mencecah lima tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Miza mula jatuh sakit, batuk dia makin teruk. Akhirnya dia dimasukkan ke hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Miza mengidap penyakit barah tekak.
Share this novel