Series
3478
aku turun dari bot kecil sambil memandang ke laut.jauh juga aku mendarat bot kecil aku
sambil garu kepala.aku lihat keatas pokok kelapa ada di atas tempat bot aku mendarat.
aku terasa lapar tapi apa aku nak makan..aku nak panjat pokok kelapa tak pandai aku dahaga sangat.
scruuut perut aku berbunyi"!
Tiba-tiba aku teringat bekal untuk party dipulau aku ke bot keluarkan apa yang ada dalam kotak....makanan dalam tin..ikan dan daging,ayam semua ada.nak buat macam mana ni?"tak nak lauk jadi busuk..!!!" aaasrrgh!!" serabut aku cari akal tak nak ikan ,daging ,aku busuk..
aku cari kayu api untuk masak..aku cari batu buat tuku..tapi xdak periuk .susah aku dibuatnya.
aku guna tin makanan segera buat masak lauk ..aku bubuh garam ike .aku masak nasi hanya satu gepal beras sahaja
..sebelah bot aku ada batu besar..aku letak barang kotak atas tu bila fikir balik taku binatang liar datang .aku keluarkan barang dari kotak .aku heret bot kecil ke tepi batu senang untuk aku buat rumah
.aku ikat tali di pokok kelapa dan ikat di batu besar .nasib baik aku bawa tali dlm kotak tu.aku keluarkan plastik buat pelindung dari hujan.aku letak daun ,dan pokok kecil supaya plastik tak terbang .
aku dah penat aku nyalakan api ditepi batu besar untuk masak nasi hanya dengan tin makanan segera.
aku buka tin buahan jeruk nenas dia besar sikit untuk masak lauk.
jadilah asal dapat makan.stok makanan aku banyak tapi aku takut untuk tidur malam bunyi binatang buas..
tubuh aku terasa segar dan ada tenaga kerana makan nasi ,lauk aku bakar saja.aku kepantai jalan2 .aku lihat banyak serpihan kapal hanyut kat tepi pantai.aku jumpa baldi besi untuk letak ais.aku jumpa pelampung,aku jumpa raga,paling aku happy sekali aku jumpa beg pakaian ..
bila aku buka beg tu ada setengah pakaian dah basah .siap ada pakaian dalam mungkin milik salah seorang sepupu aku ni.ada jaket aku terus pakai sebab kat sini sejuk sangat angin kuat di pulau.aku seret beg buat balik di rumah pondok yang aku bina dengan daun kelapa kering ..pakaian dalam beg aku letak atas batu besar supaya cepat kering kena matahari.aku ambik raga boleh letak makanan dlm tin. alhamdulillah syukur..sambil belek pakaian aku jumpa buku ,pen ,dan radio mini dalam beg tu.aku try buka tiada siaran.
hari dah senja aku kumpul kayu2 besar letak depan pondok aku aku bakar supaya tak sejuk sangat binatang buas tak datang semua makanan letak elok dalam kotak .aku tidur dlm bot beralaskan kotak..time aku hulurkan kaki aku tersentuh beg plastik ada dibawah pat duduk bot.aku heret dan keluarkan.rupanya tilam air angin yang aidil punya.aku terus buka dan pasang angin dalam masa satu jam
aku dapat tilam angin berukuran 6 kaki ."ya allah aku bersyukur sangat bolehlah aku tidur disini.
sebelah malam tiba-tiba angin kuat serta ombak besar .habis pondok aku melayang .nasib baik aku ikat dibatu bumbung plastik aku masih elok.aku hanya berdoa agar ribut cepat berhenti.air pasang naik nak sampai di gigi pondok aku.kalau aku buat pondok tepi pantai mesti aku dah dihanyutkan ombak.setelah angin tiada aku lihat banyak buah kelapa jatuh aku happy aku kutip simpan letak kat pondok aku untuk mudah minum air..
aku bangun pagi jalan2 tepi pantai sampai ke hujung pulau.tiba-tiba aku perasan ada orang terdampar ada lekat dicelah batu..aku pergi dekat.
"ya allah aidil ",terus aku tepuk muka dia.
"aidil bangun ".aku tak larat nak angkat kau.
"aidil bangun !!aidil !!! aku laung di telinganya.
aidil buka mata terus peluk aku.
"syukurlaa kau masih hidup lily."
"jom aku pimpin kau ke pondok." dah 3 hari aku duduk seorang diri di pulau ni.
bot kita mana.?"
ada aku buat pondok dengan bot tu.."
aku dahaga sangat!"
nak air!
jalan sikit lagi di pondok ada makanan".
"tu .. pondok kita!
"alhamdulillah boleh kita berteduh.
duduk nanti aku ambik air dan makanan dalam tin yang ada.".
"lily terima kasih kerana rawat aku.
"sama-sama rawat kau boleh juga aku buat kawan.aku seorang diri di pulau takut.
"jom rehat aku tidur disebelah aidil .aidil penat sangat tidur terlalu lena.sampai keesokan pagi .
.aku bangun sambil joging di pantai kutip sisa serpihan buat bakar2 dijadikan bahan bakar untuk ungu api setiap malam.
Share this novel