Completed
5367
Part 14. { Emylea POV } Operasi keluar dari tempat ni berlaku sekarang. Rasa gementar pun ada. Kalau tersilap langkah, aku dan Orm boleh mati. Kami ada lagi.. Erm, 5 jam mungkin, sebelum terbit matahari dan pengawal datang. "Orm, cepatlah." Aku mendesak Orm yang sedang cuba untuk membuka kunci penjara menggunakan batang kayu dan batu nipis yang tajam. Agak pelik kan? Rasa macam takkan terbuka kunci tu pun ada. Entah macam mana dia apat benda tu pun aku tak tahu. Kata Orm, dia dan rakannya yang buat pintu besi ni. Tu yang dia reti bukak tu. Katanyalah. "Hee, sabarlah. Kau nak buat ke? Tak nak, kan? Baik kau diam." Ugut Orm. Aku diam. Eh, aku diam bukan sebab aku tak reti buat tau. Jangan salah anggap. Ktakk! Yes! Dah terbuka! Wah, tererlah Orm! Kami keluar dari penjara tu segera. Orm dihadapan manakala aku pula dibelakang. Bukannya aku tahu sangat pun pasal tempat ni. Misi pertama, selesai! Misi kedua pulak, cari dan bebaskan mama Daiyan, mummy dan Ratu Marissa. Orm bagi tahu mereka berjiran. Senanglah kerja kalau macam ni. Orm tiba - tiba berhenti membuatkan aku terkejut dan tak sempat nak tarik brake. Aku terlanggar Orm. Kami berdua terjatuh. "Aduii!" Aku mengaduh sakit apabila aku terhempap tangan sendiri. Berat jugak badan aku ni rupanya. "Shh...!!" Orm menekup mulutku menggunakan tangannya. Erk, berapa hari dia tak basuh tangan ni? Eleh, macam ada air je dalam penjara tu nak basuh tangan bagai. Kau pun dah lama tak mandi Emylea, kau diam. Aku terdiam. Rupanya Orm berhenti secara mengejut kerana di jalan seberang ada pengawal. "Mari ikut saya, perlahan." Bisik Orm perlahan kepadaku. Aku hanya mengangguk dan menurut. Jalan menuju ke penjara Ratu Marissa, mama Daiyan dan mummy memang menakutkan. Dahlah gelap! Hanya bersuluhkan lampu pelita yang macam nak tak nak je nyalanya. Jalannya juga sempit dan melekit. Ergh. Aku berhenti apabila Orm berhenti. Dah sampailah kot. "Tuanku? Tuanku masih ada di sini ke?" Soal Orm perlahan. Aku lihat muka mama Daiyan dan mummy sudah terpancul di antara palang penjara yang menghalang mereka untuk keluar. Sayu betul. Muka mereka sudah cengkung. Rambutnya kusut masai. Baju juga sudah kotor. "Siapa tu?" Soal mummy. "Tuanku jangan risau kami akan bebaskan tuanku." Orm menabur janji. Apa main tabur - tabur ni? Dia cuba untuk membuka kunci penjara itu menggunakan teknik yang digunakannya sebelum ni. Orang terer, biasalah. "Mama dan mummy okay ke?" Soalku. Merapatkan diriku ke arah mereka yang masih lagi di dalam penjara. "Emylea? Kamu ke tu? Ha, macam mana kamu boleh ada kat sini? Mana Daiyan dan Fayzal? Siapa goblin ni. Kenapa dia bantu kita?" Bertubi - tubi soalan yang keluar dari mulut mama Daiyan dan aku tak sempat nak jawab satu pun. Aku menggaru kepalaku yang sebenarnya tak rasa gatal langsung sampai tudungku sudah pun senget. Kemudian aku betulkan semula tudungku yang sudah senget berbenget. "Ya, ini sayalah. Siapa lagi yang boleh kalahkan kecantikan saya ni? Tak mandi setahun pun cantik lagi tau. Erm, jangan risau mama. Goblin ni namanya Orm. Dia kawan saya. Sejujurnya saya pun tak tahu mana Daiyan dan Fayzal pergi. Sedar - sedar dah ada kat istana." Jelasku. Orm berhenti membuat kerjanya dan memandangku menyampah. Eleh, jeleslah tu. Aku puji diri sendiri pun salah ke? Mama dan mummy tergelak apabila aku membalas pandangan menyampah Orm dengan menge'flip'kan tudungku. Haha. Ktakk! Yes! It's opened! Mama dan mummy terus memelukku apabila mereka keluar. Rindulah katakan. Aku pun membalas pelukan mama. "Mari, kita kena selamatkan Ratu Marissa pulak." Kata Orm. Eleh, sebelah je pun. Mengajaknya macam nak ke mana. Hailah, over benor si Orm ni. Kami mengikut jelah karenah si Orm ni. Kami pergi ke.. Sebelah je. Tak sampai 5 langkah pun. "Tuanku? Tuanku Ratu Marissa? Tuanku masih di dalam?" Panggil Orm. Dia sudah terkinja - kinja di depan sel penjara. Excitednya. Rasanya dia nak tengok Ratu Marissa ada ke tak kot. Sebab kan gelap. Mana nampak. Kami terdengar bunyi orang menguap. Aih, baru bangun tidur ke? Hm, tak boleh salahkan diorang jugak. Sekarang masih lagi malam yang biasanya ramai lagi orang membuta. Pintu yang berkunci berjaya dibuka. Ratu Marissa pun keluar. Kemudian dia menggeliat. Lenguh mungkin. Owh, lupa dia baru bangun tidur. Aku tak nampak sangat muka Ratu Marissa sebab cahaya pun samar - samar. Jadi tak jelas. "Mari ikut saya. Saya tahu jalan keluar." Aish, si Orm ni. Mari, mari. Ah, tak kesahlah. Jangan mati sudah. Mari. Mari kita, mari kita Bergembira tepuk tangan sama-sama Kita menari sambil langkah kanan kiri Goyang badan goyang kaki Hoore hoore hip hip hoore Hoore hoore hoore hoore Hip hip hoore hoore hoore Bergembira Bergembira ha ha ha ha La la la la la la la la Bergembira Okay habis. Walaupun sebenarnya lagu tu belum habis lagi. Tapi sampai situ je yang aku ingat nak buat macam mana? Hahah. Sempat lagi aku nak nyanyi dalam hati. Owh, sampai mana tadi? Ah, ya. Kami mengikuti Orm. Rupanya ada satu pintu kecil yang menuju ke bahagian lorong bawah tanah. Ada lagi lorong kata bawah ni rupanya. Lorong tersembunyi. Tak ramai yang tahu, kata Orm. Akhirnya kami berjaya keluar ari tempat itu. Wah, tempat gelap tadi bertukar terang. Kami terkeluar di tempat yang agak jauh dari istana. Bagus! Orm keluar dulu and then baru aku. Seterusnya yang lain - lain. Yang terakhir barulah Ratu Marissa. Aku terjeda. Eh, muka Ratu Marissa... Sama macam mama aku. Ah, mungkinkah? Mungkin aku salah orang kut. Tapi, kenapa aku rasa.. Pelik? Ratu Marissa menghampiriku dengan muka yang agak pucat dan matanya sudah merah menahan tangisan dan kemudian dia terus memelukku. Aku terdiam, terkedu, terjeda, terkejut, tak faham apa yang berlaku, semua ada. Yang lain hanya melihat. Selang beberapa minit Ratu Marissa memelukku, dia mula menangis sehingga bahunya terhenjut sekali. Sebak pulak aku dengar. Agak lama jugaklah Ratu Marissa memelukku. Akhirnya dia meleraikan pelukan dan memandangku. Aku juga memandangnya. Lama. Sembab sudah mukanya. Mungkin kerana lama sangat menangis ditambah lagi dengan muka pucatnya. "Lea, maafkan mama. Maafkan mama sebab tinggalkan kamu." Ucap Ratu Marissa dalam sendu yang masih bersisa. Aku bertambah terkejut. Terus aku terduduk membuatkan Ratu Marissa slash mamaku terkejut dan turut sama terduduk. Nafasku sudah turun naik. Nak naik semput pun ada. Eh, aku mana ada semput. Tapi macam ada tanda - tanda dah. Kepala terasa pening tiba - tiba. Macam tak percaya. Ratu Marissa tu... mama aku? Air mata mula mengalir bagaikan air terjun yang deras. Mama! "Ma, kenapa mama tinggalkan Lea? Lea rindu mama! Lea rindu mama sangat - sangat! Papa tak sayang Lea. Papa kata mama pergi sebab Lea. Papa kata papa benci tengok Lea sebab Lea punca mama hilang. Betul ke, ma? Lea mintak maaf, ma. Maafkan Lea. Sebab Lea mama terpaksa pergi. Maafkan Lea!" Rintihku sayu sambil menangis sampai tak cukup nafas. Tersangkut - sangkut sudah nafasku. Aku sudah meraung kalah budak tadika hilang teddy bear. "Tak, tak! Tak, sayang. Bukan salah Lea. Salah mama. Salah mama! Ya, salah mama. Sebab mama, kamu dibenci oleh papa. Sebab mama, kamu tak dapat merasa kasih sayang dari seorang ibu. Kasihan kamu. Maafkan mama. Maafkan mama kerana tidak menunaikan janji mama. Mama dah janji untuk kembali secepatnya. Namun malangnya, mama tak buat pun." Mama cuba menyalahkan dirinya pula. Aku menggeleng laju. "Tak, mama dah tunaikan dah. Sekarang Lea dah jumpa mama. Lea tak kesah fasal papa sebab Lea ada mama." Kataku tersedu sekali sekala. Kemudian kami berpelukan. Lagi sekali. Lama. Lepas tu aku rasa aku tertidur kot. Atau pengsan. Entahlah, aku pun pasti. Seingat aku lepas tu aku dah tak sedar apa - apa. { End Emylea POV } *** { Fayzal POV } Wahahahaha. Airy tu sebenarnya Safryna? Tak ku sangka, tak ku duga betul! Kenapa aku tak percaya pada mulanya? Sebab Airy BEREKOR dan Safryna pula BERKAKI. Ada faham? Nak tahu macam mana aku boleh percayakan dia? Jom kita flashback. <_ flashback_=""> "Tapi, macam mana Saf boleh bertukar jadi manusia berkaki?" Aku menyoal Safryna selepas dia mengaku bahawa dia adalah Safryna yang aku kenal 6 tahun yang lalu. Safryna menghembuskan satu hembusan nafas sebelum menjawab pertanyaanku. "Saf kan keturunan diraja. Kami yang berketurunan diraja ada satu kebolehan, boleh mengubah ekor kepada kaki. Faham?" terang Safryna. Aku sudah terangguk - angguk faham. "Tapi kenapa Saf nak ke darat? Dan kenapa selepas 3 bulan kita berkawan awak hilangkan diri macam tu je?" Soalku lagi. Aih, sejak bila ada sesi soal jawab bersama Ratu Airy ni? "Sebenarnya Saf dah lama mengintai Ayz dengan Yan..." Wait, Yan? "Yan? Sapa tu?" Aku menyampuk saja nak mintak kena hempuk kalau boleh nak kena tumbuk sekali. Cakap macam berani hek, kau ni Fayzal. Dah kena nanti baru nak menyesal sebab mulut ni celupar sangat baru tahu. "Yan tu Daiyanlah." Kata Safryna memandangku. Aku buat muncung kerbau nak selfie. Safryna tergelak. "Okay, okay. Saf panggil Daiyan. Fayzal je Saf panggil Ayz. Okay, puas hati? Nak dengar tak jawapannya? Ke nak sibuk fasal nama Daiyan?" Kata Safryna tersenyum manja. Aku mengangguk dan senyum sampai ke telinga kemudian patah balik dan belok selekoh belah kanan dan berhenti kat traffic light simpang empat. (Okay, author dah melalut dengan teruknya.) "Saf dulu suka tengok apa yang makhluk kat darat buat. Satu hari Saf ternampak ada 2 orang budak ni. Diorang lelaki. Seorang berkulit putih, seorang lagi seperti gula - gula. Dekat 2 minggu jugaklah Saf bersama Bubble asyik mengintai diorang. Suatu hari Saf buat keputusan untuk berkawan dengan mereka. Pada mulanya ayahanda Saf tak bagi. Tapi setelah dijamin oleh Bubble, akhirnya ayahanda bagi jugak. Sejak hari tu Saf berkawan demgan diorang diperhatikan oleh Bubble dari jauh. Tapi nasib tak menyebelahi Saf, ayahanda Saf sakit kemudian meninggal dunia dan Saf terpaksa menggantikan tempat ayahanda sebagai Raja. Sejak tu Saf tak dapat nak berjumpa dengan dua orang budak tu lagi. Sedih tak cerita ni? Sedih, kan? Tapi lepas 6 tahun kemudiannya mereka berjumpa semula dan bercadang untuk berkahwin. Tamat." Phew, panjangnya cerita Safryna. Boleh buat novel ni. Aku tersenyum dan kemudian menepuk tangan dengan bersemangat. "So, macam mana? Ayz nak tak kahwin dengan Saf?" Soal Safryba buat muka comel macam Puss dalam cerita Puss In Boots tu. Aku berpura - pura berfikir. Kononnya. Padahal dalam hati, sekarang pun boleh. Hahah. "Cepatlah!" Desak Safryna menarik - narik tanganku. Mahu ada yang tercabut sebelah tangan ni kang. Safryna dah tarik muka saudara itik sebelah angsa. Aku ketawa. "Salah tu. Macam ni patutnya." Aku melutut dihadapannya mrmbuatkan dia terkejut. "Sudi tak awak jadi ratu di hatiku? Untuk.. Like forever? Saya takde cincin atau emas untuk diberi sekarang. Tapi saya akan beri awak cinta saya sepenuhnya kepada awak. Sudia tak awak jadi sahabat, isteri, ratu dan peneman hidup saya?" Aku melamar Safryna. Ceh, ayat ciplak kat buku betullah. Biarlah nak romantik sekali sekala. Safryna menekup mulutnya dengan tangannya. Terkejutlah tu. Dia sudah menangis terharu. Lah kot. "Saya sudi!" Hm, tengok ! Ini Fayzallah. Petik jari je. "Dah, dah. Jangan nangis. Tak cun nanti." Pujukku apabila Safryna masih lagi dalam hujan. "Hey, saya ni cun lagi tahu tak! Tu yang awak suka tu." Balas Safryna dalam sendu yang bersisa. Aku tersengih. Betullah tu. Heheh. "Yow, yow! Bubble and Daiyan in the house, yo! Opps, sorry. Are we interrupting something or what?" Daiyan masuk tanpa memberi amaran. Terkejut aku. Nasib takde apa - apa jadi. Panjang lagi umur aku. <_ end="" flashback_=""> { End Fayzal POV } ToBeContinue.
Share this novel