Sekarang ni aku berada di rumah mama. Sebab apa aku ada kat sini?
Sebabnya Fatfat takde kat sini. Dia pergi Pulau Pinang lagi dan
disebabkan aku bosan terlampau, aku datanglah sini.
“Mama... mana nak letak baju Fatfat ni?” Aku tanya mama yang sedang
mengemas rumah. Baju yang siap dilipat aku angkat tinggi. Hari ni aku
memang sangat rajin kerana tanpa disuruh, aku telah melipat baju mama
dan Lufthi .
“Letak je dalam bilik dia.”
Aku mengangguk sebelum bangkit masuk ke dalam bilik Lufthi yang terletak
di tingkat atas. Ketika aku pulas pintu biliknya, mulut aku terus
terlopong. Kemas gila bilik dia! Baju kotor terletak elok dalam bakul
baju. Segala minyak wangi dengan gel rambut tersusun elok dekat meja
solek. Katil pun bukan main kemas. Tak sangka aku yang Fatfat ni
pengemas orangnya.
Aku meletakkan pakaiannya yang sudah dilipat di atas katil. Kemudian aku
melangkah ke arah meja kerja Fatfat. Semuanya tersusun kecuali beberapa
kertas telah terkeluar dari bakul sampah. Aku mengangkat kertas tadi
dengan niat untuk membuangnya tetapi tindakan aku terhenti kerana aku
seolah-olah mengenali tulisan tangan tersebut.
“FLS!” Aku terjerit sedikit. Ni memang tulisan FLS. Tulisan Fatfat bukan
macam ni!
*Kepada Sasa,*
*Sasa, aku nak mintak maaf dengan kau sebab tak berterus-terang.
Sebenarnya aku ni Fatfat. Aku betul-betul mintak maaf sebab tak bagitahu
kau dari awal yang aku ni Fatfat. Sebabnya aku takut kau tak nak kawan
dengan aku dah lepas tahu aku ni Fatfat. Aku nak bagitahu yang aku
sayang kau lebih daripada kawan baik. Aku sayang kau sangat-sangat,
Sasa. Sayang aku ni berbeza daripada sayang aku pada kawan aku yang
lain-lain. Aku terpaksa menyamar jadi FLS sebab aku takut kau benci aku
dan sebab aku tahu kau suka Ilman . Aku terfikir cara ini je yang paling
terbaik. Aku mintak maaf sekali lagi...*
Aku mengetap gigi. Kertas di tangan aku keronyok kuat.
“Leesa.” Aku berpaling ke arah mama yang terkejut melihat aku. “Lufthi
akan terangkan nanti pasal surat tu. Jangan marah dia ye. Ni salah mama.
Mama yang suruh dia buat macam ni untuk luahkan perasaan dia dekat Rissa.”
“Leesa tak marah dia tapi...” Aku berkata perlahan. “Err... Leesa mintak
diri dulu.” Aku cium tangan mama sebelum berlari keluar dan memandu laju
keretaku. Ketika ini, aku ingin ke Pulau Pinang dan bersemuka dengan Lufthi !
Share this novel