BAB 5

Humor Completed 74992

“Nani, biar saya tolong.”

“Tak payah. Nanti tuan marah kalau dia nampak.”

Tanganku digawangkan. Kepalaku digelengkan. Aku sengih. “Dia bukannya balik lagi pun.”

“Ehem!”

Tubuhku dipalingkan. Lelaki itu berdiri menjinjing briefcase. Kemejanya sudah basah dengan peluh. Desahan nafasnya semakin kuat. Dadanya pula sudah berombak kencang. Lelaki itu melabuhkan punggung di atas bangku panjang. Briefcase diletakkan di atas lantai. Jemarinya mengesat peluh yang merenik di dahi. Aku sengih panjang. Aku mengesot tubuh mendekati dirinya. Aku duduk berhadapan dengan dia.

Dia pandang aku dengan muka sombong. Aku hanya membisukan diri. Tali leher dirungkaikan lalu dilemparkan kepadaku. Aku ambil lalu aku letakkan di atas briefcasenya.

Ni lah hamba Allah a.k.a si penculik yang malas.

Kasutnya ditanggalkan pulak.

“Kenapa awak peluh semacam ni?” tanyaku hairan.

“Kerja,” jawabnya sepatah.

Heh. Orang yang bekerja mana ada peluh macam ni melainkan…

“Buruh ek?” tebakku.

Keningnya bertaut. Matanya ditala pada wajahku. Bibirnya kosong tanpa senyuman seperti selalu.

“Kau cakap apa?”

“Awak ni buruh ke?”

“Muka aku ni muka buruh ke?” Dia naik angin.

“Adalah sikit-sikit.”

Terus tangannya memegang kepalaku dan kasutnya ditekapkan ke mukaku. Aku meronta-ronta ingin dilepaskan namun tidak berjaya. Wajahku merah dek tidak boleh bernafas. Terasa sesak di dada.
Nani cuba untuk membantu tapi sekali tuan dia jeling, dia dah back off. Senyuman kian mekar di bibir Mr. Penculik.

Selepas beberapa minit, baru aku berjaya menjarakkan kasut super duper wangi itu daripada mulutku. Tajam mataku memandang Mr. Penculik. Terus dia membesarkan matanya. Nak tunjuk tak takut lettuw.

Lelaki itu kembali duduk di atas bangku.

“Kalau kau cakap aku ni buruh lagi, sekali dengan stoking aku sumbat. Faham?” Lantang suaranya.

“Faham sangat-sangat,” gumamku perlahan.

“Kau mumbling apa sorang-sorang tu?”

Aku sengih dan geleng. “Tak ada apa-apa.”

Dan selepas itu… kami senyap. Sama-sama membisukan diri melayan perasaan masing-masing. Nani masih tekun melipat surat khabar yang bersepah dek perbuatan si Mr. Penculik yang akan lempar surat khabar ikut suka hati selepas habis baca.

Aku bawa kedua-dua belah kaki ke dada. Wajahku diangkat. Menengadah langit. Hujung bibirku terlukis senyuman pahit.

“Can I ask you something?”

“Apa?” Angkuh saja dia berkata-kata.

Ceh! Aku tanya kemain lembut. Dia jawab macam aku ni dah rampas bini dia pulak.

“Kenapa awak culik saya?”

“Cuba kau tanya diri kau apa yang kau dah buat sampai aku kena culik kau.”

Dahiku berkerut. Aku kalihkan pandang tengok Mr. Penculik dan dia buat muka sombong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience