BAB 1

Fantasy Completed 3305

Hyera:

Aku membesar di San Francisco, California oleh mama aku yang bernama Yoon Somin.

Mamaku telah berhijrah ke tanah America ini dari Seoul, Korea pada setahun sebelum aku dilahirkan Bersama ayahku.

Malangnya, bapaku telah meninggal akibat kanser semasa aku berumur 2 tahun.

Kini, umur aku genap 19 tahun dan akan melanjutkan pelajaran ke universityn tidak lama lagi.

Kehidupan ibu dan aku sepanjang kami berada di San Francisco agak baik walaupun kami tidak mempunyai hidup yang mewah seperti orang lain.

Kami membuka satu restoran di bandar dan restoran itulah yang telah menanggung kehidupan kami berdua.

Sedang aku membantu mama membersihkan dapur, seseorang telah dating ke rumah kami dan memberikan surat kepada mama. Mama pada masa ini kelihatan risau dan sedih. “Ma…? Surat apakah itu?” aku tanya kepada mama.

“Surat ini dari nenek kamu di Seoul. Dia sekarang sedang sakit tenat dan mahu kamu kembali ke sana.”

Aku bingung. Nenek ? Kenapa aku perlu pergi ke Korea dan meninggalkan mama bersendirian di sini.

Selain itu, aku perlu berjumpa dengan seseorang yang aku tidak pernah jumpa? Ah Aku tidak bersetuju dengan semua ini !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience