Rate

1

Short Story Series 998

"Aku sampai mati pun tak akan jatuh cinta dekat kau la perempuan!"
ditunjal kepala si isteri.

Rambut di tarik kasar, "Hei! kau dengar sini banyak lagi perempuan yang lagi cantik dan menyelerakan aku la! kau ni sampah! tahu sampah?! sampah tu bertutup sebab busuk! kau berlitup sebab busuk! huh entah siapa nak kan kau! dasar sundal! phui!!" diludahkan tepat di muka Medina.

pintu di hempas dengan kasar. begitu la setiap hari yang dihadap oleh medina. kadang kala seminggu suaminya tidak balik.

Medina menahan dengan penuh sabar, sebagai isteri kena taat kepada suami kerana syurga di bawah tapak kaki suami. Dia taknak jadi isteri derhaka dan nusyuz. semoga Allah pelihara hati dan sifat suaminya.

**********

"kau dah kena pukul teruk macam ni pun nak bela dia lagi ke dina?" soal jiran nya merangkap kawan baikknya.

Tasha menggelengkan kepala, tak faham dengan prinsip medina, kalau dia la mahu dia lari dan report kepada pihak berwajib.

"Aku bukan apa! dia suami sha"

naik jelik tasha mendengarnya, kalau suami dia buat perangai macam ni dia hantar je ke penjara! rasakan!

" Balik balik tu je lah ayat kau! aku faham dia suami kau! tapi suami apa yang pukul kau sana sini? ludah muka kau! tarik rambut kau? curang pulak tu dasar spesis Alip ajis!" Dihambur kuat oleh tasha. Geram tahu!

satu keluhan berat dilepaskan.

" Aku tak pernah doa yang buruk buruk pasal dia, aku berharap dia menjadi suami yang taat dan baik yang mampu menjaga aku, membimbing aku ke syurga."

Sayu tasha melihat wajah putih bersih sahabatnya.

"Tapi dia tak berubah kan?"

"one day dia akan berubah juga sha, cepat atau lambat je" Medina tersenyum bahagia.

Share this novel

Maryna
2024-05-08 04:14:05 

saya tak tipu wakk,comfirm awak bole jadi penulis terkenal. tapi awak kena la rajin up. nanti saya tolong iklankan novel awak yer?

Maryna
2024-05-08 04:13:20 

WEEE, PLS LA CHLEO. Kenapa laa awak ni kalau dah buat novel yang bagus tu taknak lanjutkan? Pls la wakk, aku suka gila la ciri khas kata2 dia camni


NovelPlus Premium

The best ads free experience