Chapter 5

Fanfiction - KPOP Completed 2075

Tiba sahaja di hadapan pintu rumah usang itu semua orang berdoa supaya selamat pergi,selamat pulang .Ada yang memakai memakai rantai berloket salip(?) untuk melindungi dirinya dari makhluk itu .

"Korang dah sedia nak masuk?".Tanya Tzuyu yang cuba untuk kuatkan semangat.

"Dah!". Jawab mereka semua.

//Krakk// Pintu rumah terbuka dengan sendirinya .Mereka semua perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam rumah.Semua orang berkumpul di tengah ruang tamu membuat bulatan .Tiba-tiba....

//Do.re.mi.fa.so.la.ti.do// Kedengaran bunyi piano di sebuah bilik seperti seseorang menekan key piano bermain lagu itu .

"K-korang dengar tak apa aku dengar?". Tanya Sinb.

"Mesti la dengar.Kuat tu .Tapi dari mana arah datang bunyi tu?".Tanya Jimin sambil memandang sekelilingnya.

"Aku rasa bilik piano yang first kita datang haritu.Bilik yang penuh darah dengan bau hanyir tu". Kata Lisa pula.

"Jom kita pergi tengok". Ajak Jihoon.

"Aku taknak ikut". Eunji menggeleng kepalanya.

"Semua kena ikut".Kata Hyejin lalu berjalan menuju ke bilik itu.

"Awak!!tunggu!". Zelo berlari anak pergi pada Hyejin.Diikuti dengan yang lain.

Hyejin menolak perlahan pintu bilik itu .Tiada orang,numun piano masih lagi mengeluarkan bunyi,sekali pandang seperti orang sedang menekan satu per satu key di atas piano itu.Sehelai kertas tiba-tiba terbang dan mendarat di atas piano.

"Gg-guys..aku rasa tu kertas dare kita". Eunji menunjuk pada kertas itu .

"Jom tengok". Chanyeol melangkah masuk dan terus mencapai kertas itu .

[DO THE DARE!]

"Dare...". Jungkook memejam mata cuba tenangkan diri.

[MINUM AIR ITU! 5 MINIT] Tiba-tiba terdapat segelas air berjalan di atas lantai lalu berhenti di hadapan kaki Jungkook .

"A-aku..?".Jungkook terkejut memandang air bewarna biru itu.

"Andwae!".Lisa sudah mengalir air mata melihat dare seterusnya dikenakan pada teman lelakinya.

"Tunggu!". Hyejin terus mengangkat air itu lalu menghidunya ."Racun! kita semua mesti minum air ni .Kalau dibahagikan, air ini menjadi sikit.Kalau Jungkook minum semua air ni kemungkinan besar dia boleh mati!". Hyejin meletakkan semula gelas itu.

"Tapi dare tu untuk Jungkook, boleh ke kita semua bantu dia?".Tanya Jin.

"Ya,rule game ni bebas, kita hanya perlu jawab apa ditanya dan buat dare apa yang diberi .Rule tidak mengatakan mangsa tidak boleh meminta bantuan orang lain .Tetapi harus melakukan dare yang diberi". Terang Hyejin.

"Kalau macam tu kejap! aku pergi ambil gelas di dapur". Jihoon segera ke dapur mengambil 11 gelas .

"Ada sesiapa haritu bawa air gas tak?".Tanya Sinb.

"Buat apa air gas?".Tanya Jimin.

"Walaupun racun ni kita minum dengan kadar yang sedikit,kita tetap boleh mati .Kita hanya boleh bertahan dalam 1 jam sahaja.Jadi nak tak nak lepas minum kita kena muntahkan semula air racun ni .Agak mustahil kalau kita paksa diri kita untuk muntahkan semula melainkan bantuan air gas". Terang Sinb merupakan pelajar subjek kimia yang paling pandai dalam kelas.

"Aku rasa Daniel ada bawa air tin gas banyak haritu .Kejap aku check beg dia". Jungkook bergegas bangun menuju ke bagasi Daniel.

"Nah,tuang cepat airnya!kita tak banyak masa tinggal!". Jihoon menyusun satu per satu gelas di hadapan semua orang.Manakala Lisa menuang air racun ke dalam gelas semua orang dengar kadar yang sama banyak.

"Ada 10 tin je air gas!". Jungkook meletakkan semua air tin gas di hadapan semua orang.

"Gwenchana,sudah memadai.2 orang kena kongsi air.Siapa rasa dia senang sangat nak muntah?".Tanya Zelo .

"Aku!". Eunji dengan Jin mengangkat tangan.

"Ok, Korang dua kongsi 1 tin air gas ni,minum sama banyak dan yang lain tu minum secepat yang mungkin air ni! korang kena habiskan air gas ni dulu baru minum racun itu,Palli palli!!". Kata Sinb lalu meneguk rakus air tin gas itu walaupun sakit tekaknya menahan gas yang kuat .

Setelah selesai minum air tin gas dan air racun itu semua berusaha untuk memuntahkan semula.Ada yang berjaya muntahkan semula ada yang masih belum muntah lagi.

"Aku tak boleh muntah la!!". Tzuyu menekan perutnya .

"Masukkan satu jari kau dalam mulut.Buat je macam mana sekalipun supaya kau boleh muntah!!". Jerit Chanyeol di sebelahnya .

Beberapa saat semudian selepas buat apa yang disuruh Chanyeol,Tzuyu terus muntahkan semula racun itu."Gomawo". Tzuyu terus menepuk perlahan dadanya.

[ANSWER THE TRUTH!] //Tingg// Satu notifikasi masuk ke dalam telefon Jihoon.

Jihoon membuka notifikasinya . "Giliran aku?". Jihoon terkejut.Semua orang mengelilingi Jihoon menunggu soalan dari game itu.

[ADAKAH ANDA PEMBUNUH?] Soalan ini tertulis di lantai menggunakan darah di mana tempat Jihoon berdiri.

"B-bunuh?". Jisoo terkejut lihat Jihoon.

Sedang sibuk semua orang Hyejin berjalan seorang diri mengelilingi dalam rumah itu.Setiap bilik dia masuk melihat jika ada apa-apa petunjuk namun tidak ada.Tiba di hadapan satu pintu bilik,bilik itu terkunci."Kenapa bilik ni terkunci?". Hyejin masih lagi berusaha untuk membuka pintu bilik itu namun tidak boleh .

"Ya! aku seorang pembunuh!". Jihoon menjawab dengan yakin.

Semua orang terkejut memandang Jihoon . "K-kau pembunuh?". Eunji menutup mulutnya memandang Jihoon.

"Biar betul?".Zelo seperti tidak mempercayai Jihoon.

[ROUND 3 WILL START SOON]

"R-round 3?maknanya tadi betul la....?". Jisoo memandang Jihoon dengan ketakutan.

"Nanti tamat game aku explain". Kata Jihoon.

"Oi budak laki! semua budak laki sini kejap". Hyejin berdiri di tangga.

"Weh Hyejin panggil". Zelo segera pergi pada Hyejin diikuti dengan yang lain.

"Kenapa ni?awak ok?".Tanya Zelo sambil memegang pipi Hyejin.

"Saya ok je ".Hyejin mengangguk . "Aku nak mintak tolong korang pecahkan pintu bilik dekat atas tu ". Kata Hyejin lagi.

"Pintu bilik?". Jin memandang Hyejin.

"Kau tak payah la.Tangan kau tak ok lagi,yang lain ni ikut aku ". Hyejin terus melangkah naik tangga ke tingkat 2 .

"Girls, Kita tunggu dekat bawah je la ". Cadang Sinb.Yang lain hanya mengangguk.

"Aku laki". Jawab Jin sepatah.

"Ishh kau pun tunggu la!". Lisa menolak bahu Jin.

"Korang perasan something tak?". Tanya Jisoo.

"Apadia?". Lisa memandang Jisoo.

"Game ni akan berhenti seketika bila nak masuk round seterusnya .Tapi kita tak tahu bila akan mula ".Terang Jisoo .

"Perasan je .Cuma tak tahu nk cakap apa". Kata Eunji .

//Sretttt ..sretttt// Bunyi seperti sesuatu diseret di atas lantai .

"A-apa tu". Tzuyu memandang sekeliling.

Tiba-tiba.....

"ARRRGHHH!!!!". Eunji terus menjerit apabila seorang wanita tua yang bongkok dengan wajah yang sangat buruk serta rambutnya yang panjang mencecah lantai berdiri sebelah Tzuyu sambil menyeret kapak yang panjang.Tzuyu awal lagi sudah pengsan melihat wanita itu .

"Kenapa tu!!!". Chanyeol , Jimin dan Jungkook terus berlari setelah dengar suara menjerit di tingkat bawah manakala Jihoon dan Zelo masih lagi berusaha pecahkan pintu bilik itu .

"Jangan sentuh bilik itu!!!!!atau kau semua akan mati!!!". Jerit wanita tua itu .Jisoo terus terpelanting dan kepalanya terhantuk di tangga.

"Jisoo yaa!!!". Jin terus berlari mendapati Jisoo .Jisoo memegang kepalanya yang berdarah.

//Dummm// Pintu bilik terbuka setelah beberapa lama mereka menendang pintu bilik itu .

"Huhh!!!". Hyejin terkejut melihat sesuatu....

-BERSAMBUNG-

(A/N; hehe tertanya kan sesuatu tu apa~~~ tunggu chapter seterusnya ;) )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience