Rate

Bab 6

Drama Series 735

Keesokan harinya pun tiba, sedang Khaira bersiap opah datang menghampiri. Opah sepertinya telah bersiap memakai tudung dan berbaju kurung. Semalam opah ada memberitahu Khaira yang kakinya telah sembuh dan ingin bekerja semula pada hari ini.

"Betul ke opah dah sembuh? Kalau kaki opah tak elok lagi, opah rehat je dulu." Khaira memandang opahnya.

"Betul opah dah sembuh. Kaki opah dah okay dah ni."

"Jadi opah nak pergi kerja hari ni?"

"Iye. Lagipun opah dah cuti lama. Bosan duduk kat rumah."

"Kalau macam tu okaylah jom."

Mereka pun berjalan ke rumah datin. Setibanya dirumah datin opah memberi salam pada datin yang berada diluar rumah.

"Assalamualaikum datin." ucap opah Khaira.

"Waalaikumsalam Nek Yah. Nek Yah dah sembuh?" soal datin dengan prihatin.

"Alhamdulillah. Dah datin."

"Baguslah."

"Saya nak ucapkan terima kasih pada datin sebab bagi saya cuti. Saya pun nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima cucu saya bekerja disini." ucap Nek Yah. Khaira mengangguk.

"Sama-sama Nek Yah. Takpelah saya masuk ke dalam dulu." kata Datin Fadhilah. Nek Yah mengangguk. Datin pun berlalu pergi.

Manakala Khaira dan Nek Yah ke dapur membantu Tati. Mereka memasak pelbagai hidangan untuk hari ini.

"Ira, tolong letakkan nasi ni kat depan cu." opah memberi sedulang nasi briani.

"Okay opah." Khaira pun membawa dulang tersebut ke depan.

"Kak Tati, nasi dah siap."

"Ha, letak sini."

"Baik."

"Family datin dah sampai ke kak?"

"Ada yang dah sampai dan ada belum. Jap lagi kot. Kenapa?"

"Oh.. Takde apa. Takpelah Khaira masuk dapur dulu."

"Okay." Khaira pusing belakang dan secara tidak sengaja dia terlanggar seseorang.

"Ops." Khaira terkejut.

"Sorry." kata seorang wanita.

"Maaf." balas Khaira.

"It's okay." kata wanita itu sambil tersenyum.

Khaira mengangguk. Dia terus ke dapur semula.

"Macam pernah tengoklah orang tadi. Tapi kat mana eh?" Khaira mengomel sendirian.

"Siapa eh?"

"Ira." tegur opahnya.

"Ye opah."

"Kenapa cakap sorang-sorang?"

"Takde opah tadi.."

"Nek Yah, Khaira, family datin dah sampai bolehlah siap-siap hidang." sapa Tati.

"Oh, okay kak Tati."

Nek Yah pula mengangguk lalu mereka pun melayani tetamu yang hadir. Usai makan mereka mengemas dan membasuh pinggan. Manakala keluarga datin berbual diruang tamu.

Khaira membasuh pinggan didapur manakala opahnya solat zohor sebentar.

"Hai Khaira." tegur Nil yang ingin membasuh tangan.

Khaira tersenyum dan memberi laluan untuk Nil membasuh tangannya.

"Cantik awak hari ni." puji Nil sambil mengelap tangan. Walaupun sebelum ini dia menganggap gaya Khaira agak membosankan. Tetapi hari ini Khaira nampak cantik. Mungkin kerana baju kurung cotton yang mempunyai corak bunga merah jambu menampakkan Khaira sangat manis.

"Hah?" Khaira terpinga-pinga dengan pujian Nil. Dia hanya berdiri tegak sahaja.

"Awak ni. Takpelah sambunglah basuh pinggan tu." kata Nil sambil tersenyum. Entah mengapa hari ini dia rasa senang hati melihat Khaira.

"Okay." jawab Khaira kebingungan.

Nil pun ke ruang tamu dan sertai ahli keluarganya yang lain. Mereka rancak berbual hingga ke petang hari. Setelah itu, saudara mara datin pun pulang ke rumah masing-masing. Begitu juga Nek Yah dan Khaira, waktu bekerja mereka telah tamat untuk hari ini.

"Penatnya hari ni opah." kata Khaira sambil berjalan beriringan dengan opahnya.

"Biasalah cu. Kerja apa je yang tak penat."

"Hm.."

"Tadi Ira nak cakap apa masa kat dapur rumah datin?"

"Hah? Ada ke? Er.. Lupalah opah." balas Khaira. Dia benar lupa tentang itu.

"Oh.."

"Tak penting pun opah."

"Iyelah."

Mereka pun sampai dirumah lalu membersihkan diri, solat, makan malam dan rehat kerana masing-masing telah pun kepenatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience