KENANGAN ZAMAN KECIL

Action Series 2369

“Apa bah yang dalam utak fikiran kau ini? Saya hantar kau pigi sekolah, bukan mau pigi mencubuk dalam tandas sekolah perempuan!!”

Muka ditampar berapa kali.. telinga berdesing, gegendang terasa sakit.. Suara bapa teriak, macam satu kampung boleh dengar.

Sudahlah rumah di kampung ni, kedudukan belah rumah berapat-rapat.. Kalau jiran sebelah nak minta telur ayam, boleh baling jer dekat tingkap dapur rumah jiran tu…

“Kau tidak tau malu kah Benjamin? Hahh..?!!” herdikan bapa, buat badan saya mengelentar ketakutan.. Saya berdiri, kepala tunduk.. takut mau tengok muka bapa yang sedang meletus kemarahan dari tadi…

“Bukan saya…”

Baru saya nak bercakap, lima jari tangan bapa menerpa pipi sebelah kanan.. “Hahhh! Menjawab lagi kau bagi alasan.” Kata bapa saya…

Mama: Sudahlah tu.. Benjamin, mari duduk sini.. kita makan. Jangan buat lain kali.

Bapa: Saya tidak mau dia makan sama kita malam ni.. biar dia ambik nasi sama lauk.. makan di luar serambi rumah. Betul-betul bikin malu saya saja.. Apa yang saya mau jawab sama pengetua sekolah dia bisuk… Sial betul perangai kau ni Benjamin.. Betul-betul kurang ajar. Tidak habis-habis kau buat masalah..

Air mata masih mengalir dari kelopak danau bebola mata anak kampung ini…. Saya melihat nenek ambik pinggan, isi nasi dan lauk..

“Ben.. mari sini duduk sebelah”, sambil tangan nenek menepuk-nepuk tikar mengkuang di lantai ruang tamu…

Bapa ambik pinggan tu, dia tarik tangan heret saya bawa keluar sampai di pintu masuk rumah.. dia bagi pinggan tu kepada saya… “Kau makan di luar serambi rumah.” Kata bapa…

Perut lapar, tapi hati saya ketika itu sangat pedih.. Malu-nya ditampar depan adik beradik.. depan nenek, depan ibu sendiri.. saya duduk di serambi, menyandar dinding.

Terdengar suara mama bercakap.. “Biarlah saya yang pigi sekolah dia.”

******

Awal pagi bagun… bersiap untuk datang ke sekolah… “Ben.. cepat Ben pakai kasut. Nanti kita tertinggal bas sekolah kau.” Kata mama..

Saya bergegas keluar dari rumah, di tangga memakai stoking dan kasut yang telah kekuningan.. ketika berjalan dari rumah menuju ke hujung simpang jalan.. terasa di tapak kaki terpijak kerikil batu.. Tapak kasut dah nipis sangat..

“Mama, saya tidak buat apa yang isi dalam surat disiplin sekolah tu.”

Mama hanya tersenyum melihat saya.. kami menunggu sehingga bas sekolah saya datang di tempat kami menunggu ketika itu..

Dalam beberapa belas minit, satu van berwarna putih berhenti.. Mama saya berjalan ke pintu kereta driver.. “Yub.. ada ruang kah lagi kerusi van kamu.. saya mau ikut sekali pigi sekolah Si Benjamin ni..” Kata mama..

“Cukup-cukup saja ni.. tapi kamu bulih duduk kasih ampung Ben di kerusi kamu” Kata uncle driver van sekolah saya tu..

Sesudah sampai di perkarangan sekolah menengah… kami berdua mama direct jalan menuju ke pejabat guru.

Mama bertanya dengan seorang kerani lelaki tinggi segak kemas, yang ketika itu baru saja nak keluar dari pintu pejabat guru.. Lelaki tersebut bawa kami berdua ke sebuah pintu yang nama melekat pintu itu, tidak asing bagi saya.. Itu bilik Cikgu Goh guru displin di sekolah menengah saya…

Mama mengentuk pintu tersebut, minta izin masuk..

“Masuk..” suara lelaki yang digeruni ramai pelajar di sekolah menengah tu…

Setelah sekian lama mama dengan cikgu tu berbual bincang mengenai kes disiplin saya.. Hukuman tetap dijalankan.. saya digantung sekolah selama seminggu. Walaupun saya berusaha untuk meyakinkan cikgu dispilin itu, tentang hal kejadian dalam, toilet pelajar perempuan.. Cikgu tu tetap tegas dengan pendirian hukuman yang dikenakan kepada saya…

Sebenarnya, kejadian tersebut… saya telah bertengkar dengan seorang pelajar dari kelas peralihan.. Pelajar tu telah menumbuk perut saya..sebab saya membalas ejekan nama bapa dia balik. Siapa tak marah, nama bapa dijadiikan bahan ejekkan..

Kerana terlalu ikut emosi. Saya pukul balas balik.. Pelajar tu mengadu dengan abang sepupu dia yang pelajar tingkatan Lima..

Akibat rasa takut dipukul ramai-ramai oleh kawan abang sepupu dia.. saya berlari dan bertapuk dalam tandas.. Malang-nya.. Tandas yang saya masuk tu, tandas khas untuk pelajar perempuan.

Kedengaran suara sekumpulan pelajar lelaki di luar tandas.. “Woii! Keluarlah kau anjing! Jangan sampai aku masuk dalam tu heret kau keluar.” Saya tak pasti milik siapa suara yang teriak tu.. yang pasti, teriakan tu macam utusan dari jibril menyampaikan kepada saya…

Semakin riuh tempat tu oleh pelajar-pelajar lelaki yang menunggu saya keluar dari tandas tu.. Tiba-tiba, satu ketukan bertalu-talu di pintu tandas hujung sekali tempat yang saya masuk..

“Hoii.. buka pintu ni. Kami tidak pukul kau.. kami mau tanya saja.” Kata suara pelajar tu cuba memujuk saya.. “Come on.. Get out bro.. we can talk face to face.”

Masih pelajar tu ketuk-ketuk pintu.. “what do you want? Leave me alone!” kata saya…

“Bro.. just wanna talk.. be gentle bro. Come on..” sekali lagi lelaki tu cuba memujuk supaya saya keluar.. Siapa lah tidak kenal perangai dorang.. kalau keluar memang jadi punching bag..

“Saya tidak mau keluar.. kamu pukul saya nanti.” Kata saya..

“Noo.. kami tidak pukul kau pun.. just come outside, we want to talk with you..” kata pelajar tu.

“I don’t wanna talk, how many you are there..?" im asking..

“There’s two of us Bro.” satu lagi suara pelajar lelaki bersuara..

“Perfect! Talk to each other both of you..” kata saya…

Tetap dorang masih cuba memujuk.. tapi saya buat don’t know.. sampai lah dorang tinggalkan tempat tu… dalam beberapa masa kemudian, saya keluar dari toilet tu..

Perempuan menjerit bila nampak saya keluar dari salah satu pintu tandas di dalam tu.. Pekikan jeritan banyak perempuan di toilet tu.. seolah macam nampak Justin Bieber..

Yang bengap-nya.. saya cuma keluar dari sana senyum tersipu-sipu… Tangan saya ditarik seorang pelajar perempuan…

Pelajar tu adalah pengawas.. dia paksa saya ikut dia pergi bilik guru.. dia menunduh saya skodeng perempuan dalam tandas perempuan.. Saya yang enggan bagi kerjasama, tidak mau ikut dia..

“Ann, saya tidak cubuk pun perempuan dalam tandas tu.. saya cuma bertapuk (bersembunyi) saja.. Dorang Calvin tengah cari saya.. sebab saya bergaduh sama adik sepupu dia tadi..” kata saya menjelaskan kejadian sebenar..

Ann tidak percaya.. dia seorang saja jalan pergi bilik guru.. saya balik ke kelas saya.. Time nak habis kelas.. Seorang guru, telah berjumpa dengan saya.. dia bagi surat untuk parents saya.. Tapi saya tidak bagi pun surat tu sama orang tua..

Few day, sehingga cikgu tu bagi uncle driver van, untuk sampaikan surat tu kepada orang tua saya… begitulah cerita dia kenapa saya didenda gantung sekolah..

Saya bersama mama telah selesai berurusan dengan guru disiplin.. Mama tanpa henti bercakap mengenai kesilapan yang saya lakukan.. “Kalau kamu tidak sekolah bagus-bagus.. nanti kamu susah mau cari kerja Ben.. Jangan lagi buat masalah di sekolah.. Kalau ada pelajar yang mau bergaduh sama kamu.. kamu lapor saja sama cikgu lain kali.. jangan ambik keputusan sendiri.. “ kata mama…

Sunyi sepi di rumah.. Bapa pergi kerja, nenek masih di kebun sama datuk.. Adik beradik yang lain opkoss belum balik dari sekolah.. Jam menunjukkan 11 pagi..

Hanya kedengaran bunyi babi di kandang belakang rumah.. Bunyi itik, kambing.. Kalau nak dengar bunyi ayam.. tunggu waktu petang atau awal pagi.. dengarlah ayam tu berkokok… Anjing di rumah ikut nenek dengan datuk pergi kebun..

Mama di dapur, tengah buat persiapan untuk masak makanan tengah hari… “Ma.. saya mau pigi pancing ikan di sungai..”

Tapi mama tak bagi keluar rumah… Boring sangat duduk di rumah. Saya jalan kaki pergi di kolam ikan.. lepak di pondok tepi kolam… Tak jauh sangat kolam ikan.. around 1 kilometer lebih saja… Jalan kaki berapa minit dah sampai…

Saya ceduk baja ikan di karung guna gayung mandi.. saya tabor baja ikan di setiap kolam.. pastu duduk balik di pondok… merenung entah apa-apa… Kejadian malam masih berlegar dalam ingatan… sakit hati masih terasa. Duduk layan hati di pondok tu, hingga terlelap..

Terbangun dah petang senja.. Saya pulang di rumah. Dengar suara bapa di atas rumah.. tengah marah-marah. Berulang nama saya disebut… rasa takut sangat nak naik atas rumah… saya patah balik ke pondok kolam ikan… Di pondok, saya bermain dengan soalan yang saya tanyakan kepada diri sendiri dalam hati.. Kenapa bapa masih marah? Kenapa nama masih lagi dia sebut marah-marah?

Bunyi cengkerik mulai berirama… saling berganti dengan alunan bunyi unggas.. Suasana di sekitar pondok kian gelap… Saya sendiri tidak pasti.. masa itu, dah pukul berapa, tapi disebabkan kolam ikan di kampung dikelilingi pokok hutan.. Sangat gelap.. Nyamuk mulai terasa hinggap di kaki.. di tanggan…

Kedengaran bunyi anjing dan suara orang tengah bercakap… saya berdiri, turun dari pondok, melihat ada lampu suluh sedang menghala kearah pondok… “Benjamin…” suara datuk..

Saya tersenyum..

“Benjamin… gelap.. napa tidak pasang unggun api di bawah pondok.. ada kayu api kan..” Datuk bercakap sambal meletak bakul..

“Ini makanan dari rumah.. Mama kamu masak..” Kata nenek…

Rupanya datuk, nenek dengan kakak Rossie datang.. “Janganlah pulang malam ni Ben.. Bapa moginum (Minum arak) sama uncle-uncle di rumah sekarang tu.” Bilang si kakak Ross… walaupun saya baru tingkatan dua, saya faham maksud kakak Ross..

Datuk bakar kayu api.. dia buat unggun api depan pondok sederhana miliknya itu.. Nenek pasang beberapa sumbuh pelita api, yang digunakan dari Milo tin.. isi dalam milo tin tu minyak tanah.. sumbuh dia hanya guna kain..

Saya seorang saja makan bekal dalam bakul yang dibawa datuk.. datuk buat kopi guna cerek kecil.. Kami berempat minum kopi, sambil datuk menceritakan zaman-zaman muda dia sewaktu zaman Jepun…

“Ross, bapa tidak marah kah kau pigi sini..?” Saya bertanya dengan kakak Ross..

“Tidaklah.. bisuk kan cuti juga hari anam (sabtu).. tadi mama yang suruh saya hantar bekal ni sama kau.. Saya ingat kau di rumah nenek.. tapi nenek sama datuk pun mau tangkap ikan, bisuk mau jual awal pagi di tamu…” kata kakak Ross..

Kakak Ross tingkatan enam.. orangnya lebih kurang 145 Cm ketinggian.. berkulit cerah, hidung mancung, mata monolid.. lemah lembut bila bercakap… Walaupun kami bukan adik beradik sedarah daging.. tapi dia tetap layan saya bagai adik kandung..

Kelihatan nenek sedang membersihkan sayur-sayur yang dibawa dari kebun untuk dijual esok pagi.. kakak Ross bantu nenek.. Datuk santai duduk depan unggun api.. Saya memegang gelas berisi kan air kopi masih terasa hangat… sekali sekala, datuk menyampuk cerita antara kakak Ross dengan nenek..

“Ben..” suara datuk menyebut nama saya...

Saya memandang datuk, sambil tangan beberapa kali menepuk di kaki… terasa gigitan nyamuk.. “Yaa.” Saya menyahut datuk yang menyebut nama saya sebentar tadi..

“Jangan makan hati apa bapa kamu buat sama kamu.. dia cuma mahu kamu sedar, hidup ini ada peraturan.. perlu menjaga etika.” Kata datuk…

Datuk sambung lagi bercakap, “Hidup ini, kita kena jadi berani tapi bertempat.. Guna akal bijak dimasa yang sesuai. Bila kita buat jahat… orang akan melihat kejahatan kita saja… kebaikan yang kita buat lebih seratus kali pun, akan terhapus di mata orang.. Hanya sebab 1 kejahatan yang kita buat.. Lebih-lebih pula anggapan orang yang hanya mengenal kita dari mulut ke mulut orang… Tapi lebih teruk, yang sudah sedia membenci kita..”

“Kenapa?” kata saya…

“Sebab orang sudah sedia membenci kita, akan menunggu apa saja kesalahan kita, untuk mengunakan itu.. sebagai senjata menjatuhkan maruah martabat kita di mata orang lain. Ben… Hidup ini, masalah tidak akan bergolek datang kepada kita, selain daripada apa tindakan yang kita buat itu, menjurus ke masalah yang bakal timbul…” kata datuk..

Saya diam sejenak… “Datuk percaya saya masuk di toilet pelajar perempuan tu, cuma mau skodeng perempuan yang keluar masuk tandas?”

Datuk hanya tersenyum… “Mungkin kamu boleh yakin penjelasan yang kamu bagi sama sesiapa pun boleh diterima. Tetapi tidak kepada semua orang Ben… kena ingat, semua orang punya kepala utak cara berfikir tersendiri….”

“Buat apa juga kamu mau pigi (pergi) bertapuk dalam tandas perempuan tu Ben..?” Kata nenek menyoal saya…

“Ntahh nek.. semua berlaku terlalu pantas. Saya cuma tidak mau muka saya lebam lagi gara-gara bergaduh.. Nanti sampai di rumah pun.. kena rutan (rotan) bapa saja.” Kata saya…

Malam itu, kami berempat tidur di dalam pondok bercahayakan pelita api, bara unggun api dibiarkan diluar.. bagi asap untuk menghalau nyamuk liar…

**************************

“Bangun Ben.. pigi kamu mandi.. Kejap lagi kita mau jalan pigi pekan.. Mau berjual di Tamu.” Suara kakak Ross, tangan dia sambil menguyangkan bahu saya..

Noted: Tamu - Tamu ialah pasar yang diadakan secara mingguan di Sabah, Labuan dan juga Brunei yang menjual barangan tani dan keluaran tempatan. Ia juga dikenali sebagai pasar tani atau pasar minggu. Tamu biasanya dibuka sehari atau dua hari mengikut daerah masing-masing.

Liatnya nak bagun awal pagi tu.. rasa tak nak bangun pun ada.. “Ben bangun… kita mau awal jalan ni.” Suara datuk di bawah pondok…

Saya bangun mengeliatkan badan, sambil kedua tangan ke atas.. saya turun mandi di paip tangki air bersebelahan dengan pondok Kolam tu… Sejuk air gravity… best mandi air nature… bunyi gigi berlaga, badan bergetar kesejukan..

“Nah…” Kakak Ross hulur towerl dia bagi saya pinjam…

saya pakai baju yang dipakai semalam.. sebab saya tiada baju gantian. Datuk mengantungkan rambat (Jala ikan) di bawah pondok… bau lumpur awal pagi dibawah pondok.. lumpur dari rambat ikan… Kami berempat tanpa sarapan, jalan kaki menuju ke jalan tempat penghentian menunggu bas tambang, untuk ke pekan tamu…

Setibanya kami di pekan.. nenek dengan Ross menyediakan tempat untuk meletak sayur-sayur kampung dengan ikan hasil menjala di kolam Datuk..

Datuk bawa saya pergi ke tempat jualan makanan… Banyak sangat aneka pilihan makanan.. semua nampak mengiurkan.. kalau boleh, macam semua saya nak balun makanan tu.. Datuk memilih makanan untuk dibungkus..

Makanan yang ditapau kena bungkus guna plastic, lepas tu ada sekali lagi lapisan dari kepingan surat akbar membalut bungkusan plastic yang berisi makanan pilihan datuk tadi.. Datuk beli berapa botol mineral air besar…

Kami berempat sarapan duduk bersila berdekatan dengan jualan kami.. orang tak terkira banyak, sedang lalu lalang, mundar mandir mencari entah apa yang ingin dorang mahu beli.. Sekali sekala, ada yang berhenti di hadapan jualan kami.. bertanya harga ikan sama sayur yang dijual…

Lebih ramai yang bertanya harga, dibandingkan yang bertanya direct beli. Kepuasan di wajah nenek dan datuk tersenyum lebar kelihatan semasa diorang memasukan jualan dalam plastic… senyum tanpa henti pada orang yang membeli…

Kakak Ross membelek belek susun sayur yang orang dah angkat, tapi tak jadi beli.. kakak bagi susun supaya nampak kemas balik.. nenek bercerita dengan kawan dia di sebelah yang turut menjual… kawan dia yang hampir seumuran dia anggaran saya.

Saya berdiri, memangil orang yang lalu lalang melintas depan jualan kami… saya mempromosikan jualan nenek dan datuk.. Bukan mudah untuk ambik alih perhatian orang yang lalu lalang depan saya ketika itu.. Ada yang melintas macam langsung tak nampak saya sedang berdiri tengah mempromosi.. Saya tak kisah pun.. yang penting saya senang dapat sama-sama dengan nenek, datuk dan kakak Rossie..

“Ben.. duduklah kau dulu.. biar kakak yang ganti..” Kata kak Ross.. saya tak mengendahkan kakak saya tu.. Kakak berdiri jalan ke depan jualan, sambil mencuri perhatian orang yang mundar mandir di sana..

Semakin ramai orang berdiri di hadapan jualan kami.. Tapi kebanyakan nya lelaki berumur.. saja mengusik kakak Ross.. Saya melihat seorang lelaki memberi sekeping wang kertas rm5 kepada datuk.. Datuk ambik duit tersebut, dan ambik wang dari pocket baju lengan panjang dia.. sambil menghulur beberapa keping duit kertas kepada lelaki tersebut…

Saya hanya memerhati datuk sebab saya perasaan sesuatu yang tidak kena… saya jalan menghampiri datuk.. ada seorang lagi yang membayar.. orang tu bayar bagi datuk duit wang kertas sekeping Rm10.. datuk memberi beberapa keping not rm1, tapi kelihatan macam banyak sangat… “Tuk, sini saya tolong kira…” kata saya.

Datuk hulur duit kertas, saya kira.. ia berjumlah 13 keping seringgit-seringgit semua.. Sayur yang orang beli tu, satu ikat harga seringgit.. dia beli dua ikat.. Saya pulangkan baki orang tu rm8..

Rupanya baru saya tahu… bukan sahaja datuk tidak pandai mengira.. nenek pun sama juga tidak pandai mengira. Binggung saya macam mana dorang boleh menjual selama ini… patutlah jualan durang memang laku laris.. balik rumah, selalu dorang cerita yang habis jualan mereka. Kalau terkena orang yang diam-diam saja baki dibagi “lebih..” memang kesian lah datuk dengan nenek..

Tak sampai tengah hari, jualan kami dah habis.. Dalam van (bas tambang) nenek yang sedang duduk di sebelah datuk.. tengah mengira duit syiling untuk menyediakan awal buat bayar tambang kami berempat… setelah turun dari kereta van tu.. saya lihat nenek beri duit syiling segengam ditangan dia kepada pemandu kenderaan…

Kelihatan uncle Philip mengira-ngira duit syling di telapak tangan dia.. selebihnya, dpulangkan kepada nenek.. kami berempat jalan kaki pulang di rumah…

Lebih kurang seratus meter di hadapan rumah.. saya sudah terhidu bau masakan mama saya.. Walau baru semalam tidak pulang rumah, rasa rindu dengan bantal selimut.. saya bergegas naik rumah, ambik towerl dan pergi mandi… baru baju tukar.. baju yang semalam tu, bau asap kayu api di kolam ikan…

Keesokan hari, saya ikut lagi datuk dengan nenek pergi ke tamu.. Hanya kami bertiga.. Kakak Rossie tak ikut lagi.. Waktu di tamu, saya memasukkan beberapa sayur dalam plastic.. saya bawa sayur tu ke setiap kedai makan di pekan tu.. tanpa segan silu saya bertanya taukeh yang duduk di kaunter tu, sama ada mau beli sayur-sayur yang masih kelihatan cantik segar bugar..

Begitu pantas jualan sayur habis… hanya tinggal daging ayam kampung beberapa lagi belum terjual.. Saya kata dengan datuk.. seekor berapa ni? Datuk cakap, “Itu kena timbang dulu Ben.. baru dapat tahu harga.”

“Eleehh, mau juga timbang.. duit pun tidak pandai kira.” Bisik dalam hati saya... jahat juga saya masa tu..

“Tuk.. saya jual ayam ni tidak payah kita timbang.. biasa ayam 1 ikur berapa kena jual datuk?” Tanya saya…

Nenek menyampuk.. dia kata kebiasaan ayam kampong seekor kana jual rm10 lebih kurang anggaran.. “Okay.” kata saya..

Saya pergi ke kedai-kedai makan semula.. Tanya sekiranya ada yang ingin beli.. tapi hanya 1 kedai saja yang beli. Dia beli 5 ekor.. saya jual ayam tu seekor Rm12.50… Saya ambik untung tiap seekor ayam tu rm1.50 tiap seekor…

Selebih ayam tu, saya bawa pigi di pasar yang memang khas tempat berjual daging, ikan laut.. saya bertanya orang-orang yang menjual di sana.. sama ada mau beli ayam kampung segar… ternyata sana laku habis.. Cuma orang menjual daging ayam sana, saya perasaan muka dorang kelihatan masam melihat saya..

Saya tengok kertas kotak berwarna coklet yang bergantung di tempat menjual daging ayam, tertulis “1KG: Rm15”.

Baru saya faham.. Saya lalu keluar dari tempat tu.. “Terima kasih ya..” kata saya.

Ketika saya lalu dekat barisan yang menjual ayam, “Minta Maaf.” Sambil senyum kambing waktu itu..

Tengah jalan keluar dari tempat tu… Kedengaran suara sumbang, “Suka-suka saja bawa ayam dari luar jual disini.. kami bayar sewa tau lot tapak ni.”

Tapi hati girang sangat ketika itu.. memang buat saja angin orang bercakap tu. Kocek rasa berat, sebab ada yang bayar guna duit syiling untuk bagi genap rm12.50… Sesampai di tempat nenek dengan datuk yang masih menunggu di tempat jualan Tamu.. Saya bagi bahagian jualan Datuk.. lebihan saya ambik.. saya terus terang beritahu datuk, jumlah harga yang saya jual kepada pelanggan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience