BAB 4 - USTAD JADI-JADIAN

True Story Series 4142

Ustad Hakim memang baik dengan masyarakat setempat. Dia membuat rutin harian mengajar quran kepada anak didiknya. Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan dalam kumpulan mereka. Satu hari ada seorang kenalannya yang dia lihat semakin maju berbeza dengan sebelumnya. Ustad Hakim asyik memanggil kenalannya itu yang dikenali dengan panggilan Kak Anim. Kak Anim seorang yang rajin berusaha sehinggalah dia berjaya. Suatu hari Ustad Hakim berjumpa dengan Kak Anim bersama rakannya yang lain atas urusan kerohanian sekadar sembang kosong. Begitulah selalunya dia panggil dan setiap kali makanan yang mereka telah makan. Mereka akan suruh Kak Anim bayarkan. Sampailah satu hari Ustad Hakim datang jumpa Kak Anim. “Wah... Kak! Semakin maju nampak”, tegur Ustad Hakim kepada Kak Anim. “Jangan lupa saya kak, rezeki dekat akak tu ada rezeki saya”, kata Ustad Hakim. “Jika Ustad berusaha untuk rezeki yang berkat in syaa Allah ada rezeki Ustad di situ, contohi saya berusaha keras sampai siang malam tak tidur. Barulah dikatakan ada rezeki Ustad disitu”, kata Kak Anim dengan wajah yang bersahaja. Semenjak itu Ustad Hakim tidak berani jumpa dengan Kak Anim.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience