alya yang terkejut dengan tindakan bossnya itu terus menolak tubuh farhan dengan sepenuh tenaga nya.
farhan terdorong ke belakang beberapa tapak disebabkan tolakan dari alya itu.
alya mula rasa marah dengan bossnya itu. hilang terus rasa takutnya sebentar tadi.
“apa masalah boss ni, kenapa sampai nak kena buat macam tu dekat saya tadi.boss ingat saya ni perempuan takde maruah ke!"marah alya kepada bossnya.
disebabkan alya asyik dikejutkan dengan kejutan demi kejutan, akhirnya dia jatuh terkulai.
nasib baik farhan sempat sambut tubuh kecil alya itu.dicempung alya dan dibawa ke hospital.
sewaktu keluar dari biliknya, kesemua pekerja nya terkejut melihat alya pengsan di dalam dakapan boss mereka.
*****
setelah membuka sahaja mata, alya nampak semuanya serba putih.
“eh aku kat hospital ke ni?siapa yang bawak aku ke sini?"soalnya pada diri sendiri.
“aku yang bawak kau datang sini,"kata farhan.
“eh boss.."terkejut alya apabila terpandang bossnya yang rupanya berada di sofa sisi katilnya.
“sorry sebab tadi,"ujar farhan memohon kemaafan kepada alya dengan wajah yang serius.
“ish boss aku ni, tak penat ke buat muka serius je memanjang"getus hati alya.
“jangan kutuk aku la, nanti aku potong gaji kau baru tahu"ujar farhan.
“macam tahu-tahu aje"kata alya perlahan namun cukup untuk farhan dengar dengan jelas.
“ni aku ada belikan makanan"bagitahu farhan kepada alya sambil mengeluarkan makanan bungkus yang dibelinya dari bag plastik.
“terima kasih boss."ucap alya kepada bossnya.
ketika alya baru sahaja ingin mengambil makanan itu dari tangan farhan, farhan terus menghalang tindakannya itu.
“biar aku suap kau,"ujar farhan kepada alya.
“eh takpe la boss saya ada tangan, alhamdulillah tak cacat pun..sihat lagi..saya boleh suap sendiri"balas alya dengan sedikit sindiran.
“kau melawan cakap aku, aku potong gaji kau"ugut farhan.dia tahu kelemahan alya adalah itu...setelah dia berkata begitu, alya tidak berani berkata apa apa lagi.
“redha aje lah, dapat boss yang suka memaksa macam ni."getus alya di dalam hatinya.
*****
keesokkannya, alya telah dibenarkan pulang. ain dan najwa pergi ke hospital untuk menjemput alya.
*****
alya mula bekerja seperti biasa pada keesokan harinya.
“alya masuk pejabat saya sekarang" arah farhan kepada alya sewaktu melintasi meja alya.
alya segera membuntuti langkah bossnya dari belakang. buku dengan pen dibawa sekali. maklum lah PA boss, dia perlu mencatat dan menguruskan jadual bossnya.
“ni, kau nampak fail-fail ni.."tanya farhan kepada alya.
alya melihat timbunan fail di atas meja bossnya itu. “nampak boss."balas alya bersahaja.
“aku nak kau cek balik semua kerja-kerja ni and lengkapkan apa yang patut. aku nak kau siapkan semua ni hari ni jugak!"ujar farhan dengan tegas.
dia sengaja ingin mengenakan alya. sepatutnya fail-fail ni di berikan kepada pekerjanya mengikut task masing-masing.
“b...boss serius ke, nak semua ni siap hari ni jugak?"tanya alya kepada bossnya dengan teragak-agak.
“kau nampak aku buat lawak ke kat sini?"tanya farhan dengan nada sedikit keras.
alya terus geleng kepala. dia mengambil kesemua fail-fail itu untuk dibawa ke meja kerjanya.
“ish apa punya boss la, takde hati perut lansung..ada ke patut bagi kerja berlambak macam ni, lepastu nak hari ni pulak tu..dia ingat aku ni robot ke ape."rungut alya di dalam hatinya.
“kau kutuk aku,aku potong gaji kau.'kata farhan,setelah dia mendengar kata hati alya itu
“tsk"alya terus mencebik mendengar ugutan bossnya itu.
farhan hanya membuat tidak peduli melihat alya terhuyung-hayang membawa fail yang banyak itu.
tiba-tiba pintu pejabat farhan dibuka oleh seseorang, pintu yang dikuak terlanggar dengan alya , lalu fail yang dipegang alya bertaburan di lantai.
“eh eh, sorry sorry saya tak sengaja"kata nasri kepada alya seraya membantunya mengumpul kembali fail fail yang bertaburan."
farhan yang melihat kejadian itu terus berdiri tegak. dia tiba-tiba rasa marah pada nasri, kawan rapatnya itu.
“nasri kau ni, menyusahkan orang aje la. yang kau terjah bilik aku macam tu je dah kenapa.lain kali ketuk la dulu pintu bilik aku kalau nak masuk pun, tengok ape dah jadi ni."marah farhan sedikit emotional kepada nasri.
“lek arh bro, yang kau nak emotional sangat ni dh kenapa, yang susah nya bukan kau tapi cik manis ni."balasnya kepada farhan kemudian sempat dia memuji alya.
“erm awak, awak nama ape?"tanya nasri kepada alya sambil membantu alya mengangkat kesemua fail yang telah dikumpul itu.
“tuan boleh panggil saya alya je."balas alya kepada pertanyaan nasri itu.
“eh tak payah la panggil tuan. panggil abang nas aje" katanya kepada alya setelah alya memanggilnya dengan panggilan tuan sebentar tadi.
alya hanya mengukirkan senyuman kepada nasri.
“by the way, nice your names."ujar nasri kemudian melemparkan senyuman manisnya kepada alya. kalau perempuan lain yang tengok mesti dah cair, tapi bukan pada alya adreena.
farhan yang melihat adegan itu mula tak sedap duduk. cemburu mungkin.
sewaktu alya ingin melangkah keluar dari bilik itu, nasri menahannya.
“erm alya, boleh saya mintak nombor telefon awak."tanya nasri kepada alya.
belum sempat alya membuka mulut, farhan terus memotong percakapannya.
“eh alya kau takde kerja ke nak buat, tu semua tu aku nak kau siap kan hari ni tau"katanya seraya mengingatkan alya akan kerjanya.
“maaf boss , saya keluar sekarang ye."ucap alya dan terus berlalu keluar dari bilik bossnya itu.
farhan mula menarik nafas lega.
“woi farhan !! kau ni dah kenapa lain macam je aku tengok... dah la potong line aku! aku baru je nak masuk jarum tadi kat alya tu..."kata nasro kepada farhan seraya melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan farhan.
“lain apanya, biasa aje lah."balasnya kepada nasri, cuba menutup rasa gundah hatinya sebentar tadi.
sementara alya di mejanya.“ dah kenapa boss tu lain macam aje tadi?" fikir alya. “hrmm ape ape lah, sekarang ni aku kena siap kan kerja ni cepat... dah la boss nak hari ni, haih boss ni pun satu, macam la takde hari esok..saje je nak menyusahkan orang la tu."rungut alya di mejanya.
“ke kau dah tangkap cintan dengan alya tu"kata nasri, serkap jarang sambil ketawa terbahak-bahak.
farhan hanya mendiamkan diri dan cuba menghadam kata-kata nasri itu.
“betul ke aku dah jatuh cinta kat alya tu..eh tak mungkin tak mungkin.."gumam farhan kepada diri sendiri.
*****
alya memandang sekilas jam di tangannya.jam sudah menunjukkan jam 7:30 malam.
kesemua kerja-kerja yang diberikan oleh farhan kepadanya tadi telah selesai.alya mula mengangkat punggung ingin pulang ke rumah.
sewaktu ingin melangkah pergi, alya terdengar suara yang datang dari pejabat bossnya.
“la tak balik lagi rupa nya boss aku ni.ingatkan dia balik dah.."kata alya perlahan.
sewaktu melintasi pejabat bossnya untuk ke lift, tiba-tiba dia tertarik untuk mencuri dengar perbualan bossnya itu dengan nasri.
“bro, kau serius la kau dah jumpa darah penawar tu!" ujar nasri sedikit terkejut.farhan hanya menganggukkan kepalanya.
“hah darah? penawar?diorang nak buat apa dengan darah?"ujar alya kebingungan pada diri sendiri.
“so siapa dia?"soal nasri.
sedetik..dua detik..ntah kenapa alya yang rasa gemuruh menanti jawapan dari farhan itu.
“alya adreena.."balas farhan dengan suara kendur.dia kecewa, kenapa perlu orang yang dicintainya...kenapa tidak orang lain, dunia ini memang tidak adil.
alya yang mendengar namanya disebut terus terpempam. “eh, ape kena mengena semua ni dengan aku?"soalnya lagi pada diri sendiri.
“kau tak tipu kan..."kata nasri sambil tersenyum. dia cuba menganggap apa yang dikatakan oleh farhan tadi hanya lah jenaka.
“tak..aku tak tipu, aku serius ni"balas farhan sambil meraup mukanya. wajahnya waktu itu kelihatan sunggul sekali.
“habis tu, macam mana yang kau boleh yakin yang darah alya tu, betul-betul darah yang dapat mengubah kau kepada manusia biasa."tanyanya kepada farhan inginkan kepastian.
alya di luar sana terus terkejut.“dapat mengubah dia kepada manusia kembali?habis tu dia bukan manusia ka selama ni?"soal alya mula ragu-ragu.
“kau pun tahu kan apa kelebihan aku ...aku kan dapat menghidu bau darah manusia, waktu pertama kali aku jumpa dengan alya pun..aku dah dapat bau sesuatu yang berlainan pada darah alya..aura dia kuat sangat..sejak tu la aku mula yakin yang darah alya tu adalah penawar untuk aku,"balas farhan panjang lebar.
alya hanya mampu mendengar sahaja perbualan dua sahabat itu. dia langsung tak mengerti apa yang dibincangkan oleh mereka berdua itu.
“habis tu kau nak buat macam mana? kau sanggup korbankan alya demi kepentingan diri kau sendiri? semata-mata nak jadi manusia biasa..kau sanggup khianati dia?"suaranya sedikit meninggi pada farhan.
“korban kan ape ni? kenapa sampai korban ,khianati bagai ni"soal alya lagi.
“itu la yang aku tengah serabut sekarang ni. aku tak tahu apa yang aku patut buat!"kata farhan seraya memejamkan matanya.
“tapi takkan takde cara lain untuk ubah diri kau sebagai vampire tu kepada manusia biasa?"soalnya nasri
alya yang mendengar perkataan vampire itu terus mati kata..
boss aku vampire!!!"jerit alya.
mcm kurang best la ep ni :-( nnti ada masa sy update next chapter ya ____/\____/\____ | O O | | ~ | \_____________,/
Share this novel