BAB 1

Drama Completed 464

“Lepas habis sekolah nanti, temankan aku pergi ke Ampang Park ya,” usul Nur Shakira kepadaku. “Aku nak beli alat tulis.” Awal-awal lagi Nur Shakira atau mesra disapa dengan panggilan Nur , mengingatkan aku akan permintaannya. Seingat aku waktu itu Ampang Park merupakan satu-satunya pusat beli-belah yang menjadi tumpuan. Yalah tidak seperti hari ini, pusat beli-belah tumbuh bagaicendawan selepas hujan!

“Lepas habis sekolah nanti, temankan aku pergi ke Ampang Park ya,” usul Nur Shakira kepadaku. “Aku nak beli alat tulis.” Awal-awal lagi Nur Shakira atau mesra disapa dengan panggilan Nur , mengingatkan aku akan permintaannya. Seingat aku waktu itu Ampang Park merupakan satu-satunya pusat beli-belah yang menjadi tumpuan. Yalah tidak seperti hari ini, pusat beli-belah tumbuh bagaicendawan selepas hujan!

Tengah hari itu, sebaik-baik terdengar deringan loceng akhir, aku dan Nur berlari ke perhentian bas. Keinginan untuk segera sampai sudah tidak dapat dibendung lagi. Macam-macam yang direncanakan untuk dibeli di sana nanti. Maklumlah bagi aku yang hidup serba terkawal ini… dapat menjengah pusat beli-belah sudah dianggap sebagai suatu rahmat!

Tiba di Ampang Park, Nur segera membeli alat tulis yang dikehendaki. Aku pula hanya memperhatikan gelagat Nur . Kadang-kadang terbit juga rasa cemburu aku kepadanya. Bukan sahaja parasnya sangat cantik, malah Nur juga menjadi kegilaan pemuda di kampung kami. Walaupun aku tidak dapat menandingi rupa dan kemampuan materialnya, yang pasti dari segi akademik, Nur dan rakan sekelas tidak dapat mengatasi aku. Syukur aku kepada Allah SWT atas kurniaan-Nya inI.

Setelah selesai membeli alat tulis, kami segera mendapatkan bas untuk pulang ke rumah. Aku perlu sampai di rumah sebelum pukul 2.30 petang. Kelas tambahan anjuran Kemas untuk murid SRP akan bermula pada pukul 2.00 petang. Aku memang sedar bahawa aku sudah lewat untuk ke kelas. Tak semena-mena aku dihambat rasa takut yang tidak terperi! Pasti ibu akan menyinga jika peraturannya dilanggar.

“Sejak kecil aku dan adik-beradikku telah dibiasakan dengan pelbagai peraturan – masa belajar, bermain, tidur, dan sebagainya. Pelanggaran akan peraturan ini memberikan isyarat bahawa kami perlu bersedia untuk menanggung risikonya!”

Apabila mengingatkan ini, rasa gembira kerana menemani Nur dan membantunya tiba-tiba bertukar menjadi mimpi ngeri.

Sampai di rumah, kulihat ibu telah menungguku di muka pintu. Riak wajahnya ketika itu memang sudah membayangkan nasib yang bakal menimpaku… suatu petang yang akan mencatat sejarah pahit dalam hidupku. “Kau ke mana? Dah pukul 2.30 baru kau balik? Kau tak tahu ke kau ada kelas tambahan pukul 2.30 ni?” Untuk meredakan keadaan dan untuk menyelamatkan diri, aku boleh sahaja berbohong dengan mencipta pelbagai alasan bahawa di sekolah tadi ada perjumpaan atau apa-apa sahaja yang munasabah. Namun didikan ibu dan ajaran guru supaya tidak berbohong menyebabkan aku memilih untuk berterus terang.

“Nah temankan Nur Shakira membeli alat tulis di Ampang Park,” jawabku jujur. Dengan berang ibu mengarahkan aku segera masuk ke rumah. Aku sudah dapat meramalkan tindakan ibu. Tekaanku memang tepat sekali. Sebaik-baik sahaja aku melintasi ibu, dia terus mengayun tali pinggang ke badanku. Aku meraung kesakitan.

Tidak cukup dengan tali pinggang, ibu mencapai kayu penyendal pintu lalu membelasah badanku. Aku cuba lari tetapi ibu seperti kerasukan. Jeritan aku sudah tentu dapat didengar oleh rakan-rakan yang sedang mengikuti kelas tambahan ketika itu. Kebetulan dewan orang ramai, tempat kelas tambahan itu diadakan betul-betul terletak di hadapan rumahku. Ya, Allah manalah nak kusembunyikan rasa malu ini…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience