MAJLIS PERKAHWINANnya dengan Huwais kini tinggal seminggu lagi apabila kedua dua pihak bersetuju mengadakan majlis itu selepas bertunang sebulan yang lalu... Berdebar usah di kata lah, dia tak tahu adakah HUWAIS ingin mengahwininya dengan perasaan cinta atau sebaliknya. Dia telah buat solat istikharah dan jawapannya adalah Huwais. Doa dia termakbul ingin mendampingi lelaki itu 7tahun yang lalu, bermacam macam cara dia pikat hati lelaki itu tapi hasilnya tetap sama. Huwais tetap degil juga dengan beku dia tu. Kini dia tengah menggubah barang hantaran perkahwinan dan menolong anak anak dara yang lain mengisi gula gula dalam bekas.
Aesya kau buat apa kat sini. Pergi sana jangan kacau kitorang nak gubah barang hantaran. marah Syaz, Nura, Wardina dan Zarra.
Alah korang ni... aku bosan lah duk terperap dalam bilik. aku nak juga tolong gubah gubah barang hantaran ni. Walaupun aku nak kahwin aku kena juga tolong apa apa yang patut ni tak aku malas nak isi lemak. Betul tu Syaz, biarkan dia buat kerja tak payah duduk melenggang sangat lah dalam bilik tu. jawab Ibu. Apalagi Aesya tersengih lah bila Ibunya menyokongnya untuk menolong budak budak perempuan buat kerja..
Setelah segala persiapan dilakukan siap. Ia disimpan di dalam bilik stor barang apabila majlis belah pihak aku, barang barang tu akan di keluarkan..
************************************
Wahhhh cantiknya muka kamu ni Aesya. Mak Ida tak perlu solek muka kamu lebih lebih dah sebab muka kamu tu dah naik seri. Apa orang kata seri pengantin..Okey dah siap, Now kamu pergi pakai tudung kejap lagi majlis akad nikah dan pihak pengantin lelaki akan sampai.
Majlis akad nikah dijalankan di rumah Puan Raudhah di Bangi baju pernikahannya berwarna putih ia diadakan secara sederhana sahaja apabila di majlis pihak lelaki baru diadakan dengan begitu Grand. Dengan design pakaian pengantin dari pereka fesyen terkenal iaitu Fazziera Bridal's dan Pelamin bertemakan Winter...baju pengantin perempuan berwarna biru laut dan lelaki bertuxedo hitam..
Pintu bilik diketuk oleh Puan Raudhah..Dah besar dah anak ibu, mesti Daddy dan Mummy kamu bangga kan sebab anak kesayangan dia akan berkahwin dengan lelaki yang dicintainya...Ibu pun bangga sebab dapat jadikan Aesya sebagai anak yang solehah dengan didikan.. Jangan derhaka kepada allah ya Sayang dengan kata kata suami dan selalu berbincang apabila ada masalah... Baik Ibu. jawab Aesya.. Dipeluk tubuh tua itu seeratnya..pintu bilik dikuak oleh 4sahabatnya Syazlina, Nura, Wardina, Zarra... Haihhh dah nak kahwin sahabat kitorang nih..Jom selfie sebelum turun..Ibu masuklah sekali dengan kitorang... 1 . 2 . 3 . klikk klikk..peace..
Dahh jom turun pengantin lelaki dah sampai tu. jangan bagi tok kadi tertunggu tunggu, Setelah yakin dengan dirinya..Dia dibawa turun kebawah oleh 4sahabatnya...dibawah ada Haris, Syafiq, Damian, Faiz dan lelaki yang berhadapan dengan tok kadi..lelaki yang akan menyinari hidupnya HUWAIS IDRA.
Okey dah boleh mula..? tanya tok kadi kepada semua orang diruang tamu apabila pengantin perempuan sudah duduk di atas bantal dibelakang.. apabila dapat anggukan dari semua orang dan kedua dua pengantin majlis pun bermula dengan bismillah...
Bersaksikan Wali kepada pengantin perempuan, Tuan Huwais Idra bin Tuan Hanaf Aku nikahkan dikau dengan pengantin perempuan nya Aesya Munira bt Dato Munif Andrel dengan mas kahwinnya RM3000 ringgit tunai..
"Aku terima nikahnya Aesya Munira bt Dato Munif Andrel dengan mas kahwinnya RM3000 ringgit tunai."
"SAH...??" dipandang beberapa saksi...setelah wali dan saksi menganggukkan kepala maka Sah lah Aesya menjadi PEMILIK HATI MR. DIMPLE'S...
"SAH!!!" Alhamdulillah......dan doa dibacakan oleh tok kadi... menitis air mata Aesya apabila dia harus memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak anak nya nanti.
Dipeluk Ibu dan Mama. Segala nasihat yang diberi oleh ibu dan Mama dihadam sebaik baiknya... Kini tiba masanya untuk sarungkan cincin ditangan.. tangan kanan dihulurkan kepada Huwais. Cincin Tiffany n Co yang elok cantik ditengok selepas itu dia sarungkan pula ketangan suaminya itu... Dahinya dicium lama..terpejam matanya disebabkan flash kemera dan hangat ciuman pertama dari Huwais..
Siap bergambar Huwais dan Aesya disuruh menukar pakaian pengantin berwarna peach dibelah Puan Raudhah... Majlis diadakan dengan sejumlah 200 orang yang hadir..di sebelah ibu dibuat sederhana kerana keesokannya diadakan secara grand di Hotel Hilton Kuala Lumpur.
Share this novel