Prologue

Fantasy Series 898

Wolf Kingdom yang terletak disebuah kawasan di salah satu bumi balkan iaitu Bosnia. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk ke dalam kerajaan itu. Pada suatu hari, Wolf Kingdom menerima ancaman daripada orang luar . Penduduk di Wolf Kingdom mula rasa tidak selamat kerana selama ini mereka hidup aman damai tanpa sebarang ancaman

Faye Alexia, salah seorang pewaris kerajaan itu mula risau apabila anaknya, Diana Casandra diculik. Nasib mereka baik kerana Diana pandai mempertahankan diri. Dia berjaya melepaskan diri. Mulai hari itu , pihak istana mula mengetatkan kawalan di istana.

Faye percaya ini semua angkara pengkhianat yang ingin menggulingkan Wolf Kingdom. Musuh mereka menggelarkan diri mereka sebagai Black Roses . Hmmmm Rose bunga kegemaran isteri adik kepada Atuknya Viagra

Diana sepatutnya menjadi pewaris namun, dia hanya mampu memimpin angkatan perang kerana dia mempunyai seorang abang yang bernama Alexis.

Dia tidak tahu bagaimana Alexis yang terpilih. Sedangkan kalau mengikut pengalaman, dia lebih layak. Dia tidak kisah. Apa yang dia kisah, macam mana dia nak cari Alexis? Alexis tinggal di luar Wolf Kingdom. Maka disebabkan menjadi tanggungjawab Diana untuk mencari Alexis, Diana terpaksa keluar ke dunia luar . Dunia luar sangat .... Sangat asing bagi Diana.

Faye bukanlah ibu kandung Diana. Diana hanyalah anak susuannya dan juga anak kepada abangnya, Aris Alexia. Aris telah dibunuh oleh musuh mereka. Musuh yang ingin menjahanamkan Wolf Kingdom. Ketika itulah, Alexis terpisah daripada keluarga mereka. Alexis dibawa ke suatu tempat yang dia sendiri tidak tahu.

Ibu Alexis, berada di dunia luar atas arahan Mikhail, iaitu raja sebelum ini.  Aris sebenarnya pemerintah seterusnya tetapi.... dia terpaksa menjadi permaisuri disebabkan Aris dibunuh. Kalau boleh dia memang tidak mahu menjadi permaisuri

"kenapa Diana tak boleh jadi pewaris mama?"Soal Diana

"Kerana bukan kamu yang terpilih sayang. Mama pasti Alpha ada sebab tersendiri. Alpha tahu apa yang terbaik. " Jawab Faye sambil menghidangkan makanan tengah hari. Alpha merupakan gelaran bagi ketua serigala. Yes Wolf Kingdom dirahsiakan daripada mata dunia disebabkan keunikan konsep pemerintahan di sana. Wolf dan manusia bekerjasama membangunkan sebuah kerajaan. Unik bukan?

Mikashah , seekor serigala yang kehilangan ibu dan ayah disebabkan dibunuh ketika pengkhianat menyerang Wolf Kingdom  terkejut apabila diberitahu bahawa dia akan menjadi alpha yang seterusnya . Kesetiaan, kerelaan untuk berkorban dan kebijaksanaannya menjadi asbab kenapa dia dipilih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience