Series
129
Oktober 2020
Baek Ho-rang bercakap dikerusi di pentas studio dengan mikrofon sambil membaca cerita yang dihantar oleh pelajar sekolah itu dan komen-komen yang dihantar oleh penonton kerana dia sedang membuat acara langsung. Baek-Ho-rang pun mula membaca cerita itu "Sebentar tadi, kawan-kawan saya berhenti menjadi kawan saya. Kemudian, teman lelaki saya ditinggalkan saya kerana itu. Dia kata dia tak boleh bercinta dengan saya sebab merek dah putuskan hubungan dengan saya dan kami tidak setaraf. Tapi... apa yang buat saya berang ialah sehingga saya masih menyayanginya. Jika saya minta dia jangan pergi, adakah itu buat saya jadi orang gila? " Baek Ho-rang menjawab soalan dari cerita itu "Huh...Ya, Awak memang dah gila." Seorang demi seorang pelajar pun menghantar komen. [teruk betul teman lelaki dia, saya tak tahu pun Sekolah Tinggi Seoyeon buat begini] dan sebagainya. Baek Ho-rang pun mengkomen tentang cerita yang dibacakan olehnya sebentar tadi "Kalau awak nak teruskan hidup, cuba mencapai jangkaan dia, awak boleh minta dia jangan pergi. Kalau tak, anggap awak bertuah untuk si tak guna macam dia kerana tinggalkan awak." Semua penonton pun menyorak tanda gembira dengan komen yang diajukan oleh Baek Ho-rang. Seseorang pun komen [Nama Ho-rang setanding dengan orangnya. Dia macam harimau].
Baek Ho-rang pun menyambung komennya "Oh, ya. Bekas teman lelaki. Awak sedang menonton ini?" Kini, Selepas pelajar yang berada di luar studio itu melihat siaran langsung mereka berkata "Saya nak tengok dia depan-depan la". Mereka pun bergegas menuju ke studio langsung di sekolahnya itu. Selepas penonton siaran langsung itu mendengar tentang cerita itu, mereka semua itu pun mengkomen [Lelaki itu memang tak guna, Saya tak faham dengan bekas teman lelaki dia]. Baek Ho-rang pun menyambung komennya " Saya tak tahu awak di tahap mana tapi... sedarlah diri." Para penonton itu pun menyorak sekali lagi. Kini, Baek Ho-rang ingin membaca komen-komen yang dihantar oleh penonton dan berkata "Kita dapat banyak komen sekarang... Sekarang tinggal 40 saat lagi yang tersisa". Masa terus berjalan. Tiba-tiba terdapat satu komen yang Baek Ho-rang sangat terkejut, ia tertulis [Dah tiba masanya untuk awak berundur, Ho-rang]. Tidak lama kemudian, terdapat seseorang menghantar pautan dan selepas penonton Baek Ho-rang melihat isi pautan itu. Mereka semua terkejut dan mula komen sesuatu yang negatif seperti [Dia sangat jahat, Kalau saya jadi dia saya takkan buat begini, saya betul-betul tak nak jumpa dia, jangan terpedaya dengan dia, kenapa dia kejam sangat ?!] dan sebagainya. Baek Ho-rang pun menekan pautan itu yang tertulis " Inilah kebenaran tentang Baek Ho-rang" tiba-tiba lampu tertutup.
Share this novel