BAB 3 : " Best, terima padahnya! "

Action Series 573

" Chell, kamu mau pergi ke mana?!" Kata Venna dengan kasarnya. Gadis berketurunan Indonesia itu, menarik tangan Ochell dengan sepantas kilat. " Suka hati saye hendak kemano." Balas Ochell dengan lagak bermain-main. " Gue akan beritahu papa." " Beritahu kepada ayah sahaja. Dia tak faham dengan bahasa kamu, gadis indo." Kata Ochell ingin menyakitkan hati Venna. " Papa! papa! Gue dikerjain oleh Oc." Belum sempat Venna menghabiskan kata-katanya, Ochell menginjak kaki Venna lalu melepaskan genggaman tangan Venna daripada tangannya. " Aduh! ma! pa!." Teriak Venna sambil mengerang kesakitan. Sementara itu, Ochell mengambil kunci motornya lalu terus beredar daripada rumah itu. Memang sudah menjadi kebiasaan dua beradik tiri ini bertengkar. Lagipun, Ochell tidak dapat menerima kenyataan yang ibunya telah meninggal dunia lima bulan yang lalu akibat penyakit kancer otak. Yang paling menyakitkan hatinya adalah, ayahnya berkhawin lagi dengan seorang janda berketurunan Indonesia yang tidak tahu erti kasih sayang seorang ibu. Sejak hari itu, Ochell selalu diperlakukan dengan kejam oleh Venna dan ibu tirinya tanpa pengetahuan ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience