" Bainur aku dapat tahu dari abah kau yang kau dapat tawaran masuk universiti H. Betul ke Bainur?". Bainur itu aku. Wanita yang suka lepaskan peluang yang diberikan. “ Aku malaslah nak sambung belajar lagi, cukuplah dengan adanya sijil SPM, buat apa nak belajar lagi, aku nak kerjalah Bella". Bella kawan aku yang paling rapat sejak tadika dan dia jugalah idolaku. Bella sering berada bersama aku tidak kira susah mahupun senang. Aku tinggal bersama abangku Baifiq. Orang tuaku sibuk berada di luar negara menguruskan bisnes resort sehingga lupakan kami disini pulang pun cuma dua tiga kali itupun pulang cuma untuk memberi duit. Aku punya keluarga yang bagus, tapi aku tak suka berharap dan bergantung dengan keluarga. 036××× “Hello, abah, Bainur ni. Bainur nak minta maaf sangat, Bainur terpaksa tolak tawaran tu, Bainur nak kerja bah". “ Hello, Bainur kalau macam tu uruskan bisnes abah dekat sini, lagipun sini gajinya mahal". “ Maaf Bainur tak minat dengan bisnes bisnes ni abah. Bainur dah fikir masak masak Bainur nak berdikari cari duit sendiri, Bainur pun nak jadi macam orang lain yang boleh kerja cari duit sendiri tanpa harapkan orang tua. Abah izinkan Bainur buat apa yang Bainur suka ye?". “ Baiklah kalau ini yang Bainur inginkan, Abah benarkan tapi dengan syarat Bainur kena cari sesuatu kerja yang halal dan tidak memalukan orang tuamu”. Itu syarat abah aku kepadaku. Seperti yang aku inginkan, aku mencari kerja, dah banyak kawasan yang aku pergi, tapi aku tidak berkenan sampailah aku terjumpa satu iklan tertampal di premis kedai, aku membaca dan cuba menelefon. Dan inilah kerja pertama aku. Pertama kali juga aku merasainya dan mempelajarinya. Kalau abah dan mamaku tahu pasti diorang marah dan malu. Pekerjaan ini aku rahsiakan daripada abah dan mama. Cuma abang dengan Bella sahaja yang tahu. Aku lepaskan peluang itu demi kerja ini, tapi aku suka sangat, sebab pengalaman yang aku cari. Dari situ bermulanya pahit manis dalam hidup aku sebagai seorang pekerja.....
Share this novel