Bab 1

Short Story Series 1504

CINTA ?

Ia bagaikan duri beracun,
Menyakiti sesiapa yang menyentuh,
Seperti sebuah tanaman,
Makin kau baja makin dia tumbuh mekar,
Begitulah cinta,
Makin kau layan makin dalam perasaan,
Ingin aku lupakan rasa ini agar ianya tidak dapat lagi menyakitkan hatiku sendiri,
Namun andai ianya semudah itu…

02/07

Aku menutup kemas buku catatanku. Angin sayu membaluti tubuhku, aku menghadap ke luar tingkap. Pandanganku kosong, sekosong-kosongnya. Hatiku terasa pedih mendengar khabar kau menyukainya. Dasar mata keranjang!

Aku benci mempunyai rasa cinta ini kepada sesorang seperti kau. Terasa aku kerdil berada di hadapan kau. Ah! Benci. Kau sempurna, perempuan berlumba-lumba mendapatkan kau.

Aku? Usah disoal, tiada sesiapa yang akan menyukaiku walau hanya aku perempuan yang tinggal di muka bumi ini.

“Teha, subjek geo dekat bilik SAL. Jom turun .”

Aku terkedu. Alamak! Hari ini giliranku untuk bentang, aku bangun kalut mencari buku teks di loker belakang. Kotak pensil yang berada di atas meja ku capai laju sebelum mengekori langkah Mira sambil jantungku berdetak pantas.

Tersengih kerang busuk aku saat kaki melangkah masuk ke dalam bilik SAL. Semua mata tertumpu ke arah kami berdua. Aku menjeling tajam dengan bibir yang tersengih ke arah kawan-kawan perempuanku yang menyindirku. Aku tahu aku lewat.

“Teha, awak bentang hari ni. Dah siap ke slide ?”

Aku mengangguk. Ipad aku ambil sebelum duduk. Bunyi daun pintu dibuka mengalihkan perhatianku, terjengul wajah Sayyid. Aku terpempan, tidak sangka dia hadir setelah lama sibuk dengan latihan sukannya.

“Teha .”

Aku mengawal riak wajah, dengan lafaz bismillah pembentangan ku mulakan. Boleh pula lidah aku berbelit menyebut koriolis, habis merah padam wajahku diketawakan seisi kelas. Selesai memberikan pembentangan, aku menyembunyikan diri di belakang Mira. Malu.

“Teha ,” panggil Mira perlahan.

Aku mendongakkan kepala yang tertunduk malu. Kening kananku diangkat.

“Tadi Sayyid tengok aje kau. Fokus gila dia masa kau bentang, bibir dia pun duk tersenyum-senyum .”

Aku diam walhal dalam hati dah berbunga-bunga. “Betul ke ?” hanya itu yang terucap di bibir. Aku bukan jenis yang pandai ekspresikan perasaan aku.

“Lah, aku tahulah. Aku saja je perhati dia since kau kata kau suka dia. Nak tengok dia suka kau tak, and aku rasa dia ni banyak wooo suka sama lu .”

Aku tertawa kecil. Banyak betul slang minah ni.

HARI ini aku terkedu lagi,
Juga keliru dengan sikapmu,
Benarkah tadi tengahari kau seperti itu?
Sebenarnya apa yang kau sembunyikan dariku?
Banyak soalan yang tidak terjawab di fikiranku,
Adakah kau menyukaiku?
Sudahkah kau berpunya?
Siapa yang kau puja?

Ah! Tolong jawab pertanyaanku…

22/07
10.20 p.m.

Aku melepaskan pena. Seketika fikiranku melayang jauh. Masih ku ingat saat kita masih berumur 15 tahun. Aku sudah pernah menyukainya kerana wajahnya yang tampan dan senyumannya yang menawan itulah membuatku semakin menyukainya.

Di dalam kelas, anak mataku selalu bertembung dengan anak mata hazelnya. Sehingga pada satu tahap, aku merasakan aku dan dia sudah jatuh cinta satu sama lain. Tetapi sangkaanku meleset sama sekali. Bukan aku yang kau suka, kan?

Aku tahu itu setelah aku mulai rapat dengan salah seorang teman sekelasku. Namanya Sahira, wajahnya amat cantik mempunyai iras Arab.

Aku mendapat tahu bahawa kau selalu menghantar surat kepadanya. Terlalu kecewa hati ini mengetahui kau menyukai kawan terdekatku.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengikhlaskan. Namun setelah lama, kawanku mula mengatakan yang dulu dia pernah menjodohkan Sayyid denganku. Ini kerana dia selalu perasan Sayyid kerap memberi isyarat padaku dan mencuri lihat ke arahku.

Aku terkejut. Sumpah, tidak pernah aku sedar akan semua itu. Perasaanku yang mengecup kembali mekar untuk kali kedua. Aku harap aku boleh kembali ke saat itu, saat aku dan dia saling suka menyukai.

Assalamualaikum, maaf lama menyepi. Nah, a little suprise for all of you. Just a short story. InshaaAllah, after siapkan novel ni I will continue Matahariku 2. Enjoy ur reading.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience