Completed
1494
Dalam suasana yang riuh-rendah di dalam kelas 5 Anggerik itu,seorang pelajar sedang tidur semasa sesi pembelajaran sedang dijalankan. Pelajar tersebut bernama Ana Humairah. Ana seorang pelajar yang malas untuk belajar malah kerja sekolah yang diberi oleh gurunya langsung tidak dibuatnya. Ana juga suka ponteng sekolah dan suka tidur di dalam kelas. Sudah banyak kali dinasihati oleh gurunya namun bagaikan masuk telinga kiri keluar telinga kanan saja.
Pada hari cuti sekolahnya,dia hanya duduk menonton TV.
Lantas ibunya puan Alina memanggilnya untuk berbincang tentang keputusan peperiksaan Ana yang kian merosot tetapi Ana hanya mengendahkan nasihat dan teguran ibunya. Ana merupakan anak tunggal manakala ayahnya sudah lama meninggal sejak umurnya sembilan tahun.
"Ana,dengar tak ibu cakap apa tadi? Marah puan Alina apabila melihat anaknya yang tidak menghiraukan ucapannya.
"Dah la ibu, Ana penat nak dengar ibu membebel je" tengking Ana sambil memandang ibunya.
“pang” satu tamparan hinggap di wajah mulus Ana.
"Ibu tak perna pun tampar Ana selama ni. Puas hati ibu" Ana berlari ke luar dari rumah sambil menangis.
Kakinya melangkah tanpa arah tuju sambil menangis. Dia sangat rindukan ayahnya pada waktu ini.
Dalam perjalanan,Ana yang sedang berjalan itu terlanggar dengan seorang remaja perempuan. Lalu remaja itu memandangnya sambil meminta maaf.
"Kenapa awak menangis?" Tanya Ana apabila melihat remaja yang mungkin umur sebaya dengannya.
"Saya lari rumah sebab mak saya tak bagi saya pergi sekolah,saya berhentikan sekolah sebab mak saya tak mampu nak tampung pembiayaan sekolah" ujar remaja itu sambil menangis.
"Mak saya lumpuh,dia kemalangan pada minggu lepas jadi ibu dah tak boleh kerja" sambungnya lagi.
"Tak baik awak buat mak awak macam tu.kesian mak awak kat rumah tunggu awak balik" nasihat Ana. Terbit rasa simpati terhadap remaja itu. Terlintas di fikiran Ana tentang perkara tersebut. Dia berfikir,kenapa dia malas belajar sedangkan ramai lagi kat luar sana yang ingin pergi ke sekolah sepertinya tetapi dia pula malas hendak bersekolah.
"Mulai hari ni,aku akan belajar bersungguh-sungguh,terima kasih ya Allah sebab dah hantar seseorang untuk menyedarkan diriku" ucap Ana dalam hati.
Lalu dia berjalan pulang ke rumahnya kembali.
"Assalamualaikum ibu" Ana meluru ke arah ibunya lalu dipeluknya erat tubuh tua ibunya.
Dia berasa menyesal dengan perbuatannya.
"Waalaikumsalam" jawap puan Alina apabila melihat anaknya yang sedang memeluknya sambil menangis.
"Ibu,maafkan Ana sebab tak hormat ibu. Lepasni Ana janji Ana akan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya" ujar Ana. Dia bertekad untuk membuat ibunya bangga kepadanya.
"Alhamdulillah..takpa ibu tak perna pun marahkan Ana,ibu hanya nasihat je. Baguslah kalau Ana dah sedar,lepasni belajar bersungguh-sungguh tau" puan Alina berasa bersyukur dengan perubahan anaknya itu. Dia mengucapkan syukur kepada Allah. Dia amat gembira dengan perubahan Ana Humaira.
Ana Humaira memberikan tumpuan yang sepenuhnya didalam kelas. Dia sudah tidak ponteng sekolah dan dia tidak lagi tidur didalam kelas. Semua kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu kepada dia akan siapkan dan menghantar kerja sekolahnya kepada cikgu. Cikgu-cikgu yang sedar akan perubahan Ana disekolah itu amat lega dan bersyukur. Mereka tidak perlu lagi mendengar aduan tentang pelajar itu.
Hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar tingkatan 5 itu akhirnya menjelang jua iaitu peperiksaan SPM. Ana dan yang lain bertungkus-lumus untuk menjawap kertas soalan itu dengan cermat. Dia berharap agar keputusan yang akan keluar nanti dapat membanggakan semua cikgu-cikgunya dan terutamanya sekali ialah ibunya yang tersayang.
Selepas beberapa bulan,akhirnya keputusan peperiksaan SPM telahpun keluar pada hari ini.
Ramai pelajar yang sedang berkumpul didalam dewan untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM mereka.
Ana dan ibunya berjalan masuk ke dalam dewan. Dia berasa gementar untuk mengambil keputusan peperiksaannya.
Setelah lama menunggu akhirnya keputusannya berada ditangan cikgunya yang berada di atas pentas dewan.
Alangkah terkejutnya dia apabila dia merupakan pelajar yang mendapat 9A. Lalu pelajar di dalam dewan mula bertepuk tangan. Dia berasa gembira dan gementar lalu dia berjalan menaiki tangga dewan. Selepas mengambil keputusannya dan bergambar dia menuju ke ibunya lalu dipeluk dengan erat.
"Alhamdulillah akhirnya anak ibu ni dah berjaya. Ibu doakan semoga terus berjaya walau dimana pun Ana berada" ujar puan Alina sambil tersenyum memandang anaknya itu,dia berasa sangat gembira.
"Aminn..terima kasih ibu" ujar Ana sambil tersenyum.
***
TAMAT
#Ok thank you for readers sebab dah baca,jangan lupa komen dan vote ok. Sorry kalau cerita ni hambar,author kehilangan idea pada saat ini
Share this novel