1: Sir Lord Astaroth

Other Series 6117

Di bawah hujan renyai yang menyelimuti kawasan perkuburan, Astaroth berdiri tegak, wajahnya menampakkan karisma yang memikat walaupun di tengah kesedihan. Rintik hujan mengalir perlahan di pipinya, tetapi dia tidak peduli. Di belakangnya, Hunter, pengikut setianya, memerhatikan dengan penuh perhatian.

Langit kelihatan kelabu dan muram, seolah-olah turut merasakan kepedihan yang sedang melanda. Di hadapan mereka, sepasang ibu bapa terlihat bersedih, menangisi pemergian anak lelaki mereka, Caster. Tangisan itu menusuk ke dalam hati Astaroth, membuatkan perasaannya bercampur baur antara simpati dan marah. Caster bukan sekadar sahabat; dia adalah keluarga bagi Astaroth.

“Aku akan uruskan segala urusan perkuburan ini. Aku tak nak membebankan keluarga Caster tentang hal ini.” bisik Astaroth berkata dengan nada tenang, tetapi tegas.

"Baik, Tuan." Jawab Hunter yang berdiri di belakangnya.

Hunter mendekatinya, bisikan angin dan hujan tidak mampu menyembunyikan khabar yang dibawanya.
“Tuan, ada seorang perempuan datang melawat kubur Caster. Namanya Kimberly. Dia mungkin mempunyai kaitan dengan kematian Caster.” Hunter memusingkan kepalanya ke sebelah kanan, diikuti oleh Astaroth.

Astaroth mengangguk perlahan dan memandang perempuan itu, memakai blazer hitam, di bahunya terdapat corak burung phonenix berwarna emas.

Kimberly. Nama itu seperti satu penanda dalam ingatannya, tetapi di mana dan bila dia pernah mendengar nama itu? Yang pasti, Astaroth merasa gelombang kemarahan dan rasa kecewa membuak dalam dirinya. Caster telah patah hati akibat perempuan ini. Cinta yang tidak berbalas, satu pengkhianatan yang telah menyebabkan kematian sahabatnya.

“Lihatlah bagaimana kesedihan mereka,” Astaroth berkata, matanya tajam menyoroti ibu bapa Caster yang teresak-esak.

“Kita tidak boleh membiarkan ini berlalu begitu sahaja.”

Hunter memandangnya, tidak dapat menahan rasa ingin tahunya.

“Apa yang akan tuan lakukan?”

Astaroth tersenyum, tetapi senyuman itu tidak menampakkan kebahagiaan. Sebaliknya, ia seperti senyuman seorang pemimpin yang merancang perang.

“Aku akan mendekati Kimberly. Aku perlu mengetahui apa yang berlaku di sebalik semua ini.”

"Baik, tuan. Saya akan uruskan semuanya." jawab Hunter dengan tenang.

Dengan langkah pasti, Astaroth menggerakkan kakinya menuju ke arah kubur Caster ketika semua orang sudah berlalu dari sana, merasakan setiap titis hujan seperti simbol kesedihan dan dendam yang menggunung di dalam jiwa. Astaroth melemparkan sekuntum bunga ros berwarna unggu, warna kegemaran Caster. Melambangkan Caster adalah seorang lelaki yang penyayang dan ceria.

-

Sebulan kemudian.

—Arcturus Holdings—

Sebuah syarikat multinasional yang memiliki pengaruh dalam pelbagai industri. Hari itu adalah hari pertama Kimberly bekerja sebagai setiausaha peribadi kepada CEO syarikat tersebut. Tawaran yang diberikan padanya sangat lumayan, dengan manfaat yang sukar ditolak.

Saat dia melangkah masuk ke dalam lif yang akan membawanya ke tingkat paling atas, di mana pejabat CEO terletak, hatinya berdebar. Pintu lif terbuka, dan di sana berdiri seorang lelaki bertubuh besar dengan wajah serius. 

"Selamat datang, Cik Kimberly," ucap Hunter.

"Terima kasih, encik." Kimberly hanya mengukirkan senyuman tipis, dan melangkah masuk ke pejabat besar di hadapannya.

Ruang itu terasa tegang, penuh dengan aura dominasi dan tekanan yang tidak dapat dielakkan. Matanya sempat melayang pada perabot-perabot elegan dan persekitaran yang mewah—sesuai dengan reputasi syarikat besar seperti  Arcturus Holdings. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum memberi salam.
 
“Selamat pagi,” ucapnya, suaranya sedikit goyah walaupun dia cuba mengekalkan tenang, sambil memandang nama papan nama berwarna hitam merah bersinar di atas meja.

CEO ARCTURUS HOLDINGS SIR LORD ASTAROTH.

Di hadapannya, sebuah kerusi kulit lebar yang membelakangi meja utama mulai berpusing dengan perlahan, seolah-olah waktu bergerak dengan dramatis. Saat kerusi itu berputar sepenuhnya, dengan suit biru yang dipadankan rapi, dia kelihatan luar biasa tampan, meskipun aura dingin menyelubunginya. 

Tatu yang menghiasi sebahagian tubuhnya terlihat sedikit melalui celahan baju, memberi bayangan kekuatan dan misteri. Wajahnya penuh karisma, namun di sebalik ketampanan itu, ada sesuatu yang membuatkan jantung Kimberly berdegup kencang—dingin, tenang, namun penuh kuasa.

Astaroth menatap Kimberly dengan mata yang tajam dan dingin, seolah-olah menilai sesuatu jauh di luar sekadar kelayakannya sebagai setiausaha. Padangannya terhenti ke arah blazer hitam yang menyarung di bahu wanita itu, blazer yang sama dia pakaikan ketika melawat kubur Caster sebulan yang lalu.

"Apa yang kau boleh buat untuk aku... selain daripada menjadi seorang setiausaha?" Suara Astaroth rendah dan dingin saat dia bertanya.

"Saya cekap dalam pengurusan, organisasi... dan mampu menangani tugas-tugas yang memerlukan perhatian mendalam."

Namun, saat dia bercakap, matanya tertangkap gerakan Astaroth yang tiba-tiba bangkit dari kerusinya. Langkahnya tenang, dan tapak tangan kanannya tidak kosong. Majikannya itu memegang sebilah gunting berwarna hitam emas yang tajam bersinar.

Astaroth mendekati Kimberly, Kimberly dapat merasakan ketakutan mula menjalar di hatinya, namun dia menahan reaksi.

'Tenang. Jangan tunjukkan kelemahan. Jangan tunjukkan kau takut.' bisik Kimberly dalam hati.

Astaroth melangkah lebih dekat sehingga jarak antara mereka hampir tiada. Dan dalam satu gerakan tajam, dia menggunting blazer hitam yang membalut tubuh Kimberly. Potongan itu menjalar dari bahu hingga ke sisi, mendedahkan kulit cerah dan licin di bahu Kimberly, seperti kanvas yang kini terdedah kepada mata tajam lelaki di hadapannya.

Kimberly merasa seperti ingin menangis, tetapi dia menggigit bibirnya, menahan emosi yang membuak di dadanya. Blazer itu bukan sekadar pakaian—ia adalah kesayangannya, blazer yang mahal dan melambangkan kekuatannya sebagai seorang wanita yang berdikari. Kini, hanya kerana sekelip mata, benda itu musnah di tangan Astaroth.

"Kau takkan bekerja di syarikat ini," katanya dengan tenang, tetapi tajam. 

Mata Kimberly membulat, dia terkejut dengan kenyataan itu. 

"Sebaliknya, kau akan bekerja di mansion aku. Selama mana aku mahu."

Kimberly segera menggelengkan kepalanya, memprotes dengan suara yang serak dan gemetar.
 
"Tidak. Saya tak mahu—"

Namun, Astaroth hanya ketawa kecil, seolah-olah protesnya tidak lebih dari sekadar gangguan kecil.

"Engkau tiada pilihan," katanya sambil melangkah mundur dengan penuh keyakinan.
 
"Aku boleh tawarkan kau apa saja. Sebanyak mana duit yang kau mahu. Beritahu aku, berapa harga kau?"

Kimberly terdiam, perasaannya bercelaru. Astaroth tahu kelemahannya—duit.

"Berapa pun... asalkan saya boleh mendapatkan segalanya," jawabnya perlahan, suaranya serak dengan nada menyerah yang dia cuba sembunyikan.

Astaroth tersenyum sinis, matanya bersinar dengan kemenangan.

-

Pada malam itu, Kimberly melangkah keluar dari keretanya dan menatap mansion Astaroth dengan perasaan bercampur-baur.  Barang-barang antik menghiasi ruang tamu, dan potret besar Astaroth terpampang megah di dinding, memancarkan aura dominasi dan kuasa.

Ketika Kimberly melangkah masuk, dia melihat Hunter, bodyguard yang sentiasa setia di sisi Astaroth, berdiri tegak di sudut ruang tamu. Matanya yang tajam memerhati, tapi tidak berkata banyak.

"Sir Lord Astaroth berada di bilik tingkat dua," ujar Hunter dengan suara berat dan tanpa emosi.

Kimberly naik ke tingkat dua dan mengetuk perlahan pintu itu, walaupun separuh dari dirinya tidak pasti dia mahu tahu apa yang menantinya di sebalik pintu tersebut.

"Masuk." suara dingin Astaroth kedengaran dari dalam, memecah kesunyian.

Kimberly menarik nafas terakhir, sebelum memutar tombol pintu dan melangkah masuk. Namun, pandangannya segera tertangkap pada bilik mandi di sudut bilik, di mana pintu yang terlipat dibuka sedikit, dan kabus wap air membentuk aura misteri di sekelilingnya.

Suara air mengalir kedengaran jelas, dari dalam bilik mandi, Astaroth muncul, basah dengan air yang mengalir dari tubuhnya, tanpa seurat benang pun. Kimberly merasakan wajahnya merah merona, jantungnya berdegup laju.

Astaroth, menyedari kehadiran Kimberly, menoleh ke arahnya dengan ekspresi yang tidak dapat dibaca. Senyuman kecil bermain di bibirnya.

"Kau datang untuk bekerja atau hanya mahu melihat?"

"Saya... saya datang untuk bekerja." jawabnya dengan suara yang sedikit bergetar, cuba mengembalikan fokusnya.

Astaroth mengangkat kening, dan berkata lagi.

"Ada tetamu yang datang untuk meeting malam ini. Kau perlu bersedia juga."

Kimberly mengangguk, tetapi hatinya berdebar-debar. Saat Astaroth melangkah ke ruang pakaian yang penuh dengan pelbagai jenis pakaian berjenama, dia tak dapat menahan diri untuk mengintai. Aku kena buat sesuatu!

Gerakan Kimberly lincah menyelak beberapa pakaian yang digantung dengan teratur itu. Astaroth hanya memandang kelakuan Kimberly dalam diam. Tak lama kemudian, Kimberly kembali dengan satu suit yang berbeza daripada yang selalu dia pakai itu.

"Kau, sekarang nak jadi stylist pulak? Ke nak upgrade jadi babysitter?" sindirnya sambil ambil pakaian yang Kimberly pilih.

Kimberly menggigit bibir.

"Sebab... saya rasa mungkin tuan perlukan fresh look untuk pertemuan ni. Y'know, impress the guests."

"Impress the guest atau kau nak ambil kesempatan tengok aku bersiap?" Astaroth menyilang kedua-dua tangannya di dada.

Kimberly tunduk malu, wajahnya terus panas macam terbakar, tak tahu nak jawab apa. Dia cepat-cepat beredar dari situ, tak sanggup nak tengok lagi lelaki tu pakai pakaian depan matanya.

Cukuplah tadi dia dah "terbagi perhatian" pada setiap inci tubuh Astaroth, takkan nak ulang lagi? Dalam hati, dia marah diri sendiri.

Di dalam pejabat besar di tingkat dua, suasana tegang menyelimuti. Solomon, seorang tetamu lelaki gentleman yang berpenampilan rapi dengan sut mahal, mengambil tempat di hadapan Astaroth. Dia mempunyai senyuman yang menawan dan pandangan yang tajam. Setelah saling bertukar salam, Solomon mengalihkan pandangannya ke arah Kimberly.

“Wah, siapa yang menyangka Astaroth memiliki setiausaha yang begitu cantik?”

Solomon berkata dengan nada menggoda, matanya melirik ke arah dada Kimberly yang terdedah memakai dress code sesuai untuk meeting pada malam itu.

Kimberly berasa tidak selesa. Dia menahan rasa marah dan berusaha untuk kekal profesional.

“Terima kasih,” balasnya dengan suara yang sedikit tersekat, tidak mahu memberi lebih perhatian kepada pujian yang terasa seperti satu penghinaan.

Astaroth, tanpa mengalihkan pandangannya dari Solomon, menambah.

“Kimberly akan mencatat semua perbincangan penting kita hari ini. Jadi, tolong fokus.” Suaranya tenang, tetapi ada nada peringatan yang tidak dapat disangkal.

Solomon hanya senyum mendengar kata-kata Astaroth itu. Walaupun di dalam hatinya, dia tergoda dengan setiap wanita di depannya itu.

Setelah seketika, Kimberly keluar dari bilik mesyuarat untuk meneguk air di pantry, berusaha menenangkan diri. Ketika dia mengisi gelas dengan air, Solomon muncul dari belakang, memberikan senyuman menggoda.

“Kimberly." dia memanggil, sambil menyentuh bahunya sedikit.

Sentuhan itu membuatkan Kimberly terkejut, tetapi dia menahan diri, tidak mahu bersikap kurang ajar. Solomon adalah tetamu penting bagi Astaroth, dan dia tidak mahu mencetuskan sebarang masalah.

“You darling, cantik betul you dalam dress biru ni." puji Solomon, memandangnya dari atas ke bawah.

“Kalau boleh, I nak enjoy apa yang ada di sebalik dress ni.” Nada suaranya penuh dengan godaan, seolah-olah mencabar Kimberly.

Darah Kimberly berdesir, hatinya berdebar-debar. Dia tahu Solomon sedang bermain dengan bahaya. Walaupun ingin menjawab dengan pedas, dia tahu situasi ini tidak memihak kepadanya.

“Saya hanya buat kerja saya,  Tuan Solomon. Tak ada masa untuk bermain.” balasnya dengan tenang, berusaha mengekalkan nada suara yang profesional.

Tapi Solomon tidak peduli. Dia hanya tersenyum lebar.

“Come on, kita semua tahu ada lebih banyak dari sekadar kerja, right? Kecantikan macam ni patut dihargai, dan I rasa majikan you tak memberi perhatian yang cukup.”

“Sorry, saya perlu kembali.” katanya tegas, meletakkan gelas airnya dan cuba melangkah pergi.

Namun, dengan cepat, Solomon menarik pergelangan tangan Kimberly, menariknya dekat sehingga tubuh mereka bersentuhan dada ke dada. Jantung Kimberly berdegup kencang, rasa takut dan marah bercampur aduk dalam dirinya.

“Let me go, Solomon." pintanya, suaranya tegas meskipun hatinya bergetar.

Solomon hanya tersenyum, matanya bersinar dengan rasa ingin tahu dan sedikit cabaran.

“Kenapa? Kita sedang berbual, bukan?” katanya dengan nada penuh selamba, seolah-olah tidak peduli dengan permintaannya.

Dia mendekatkan wajahnya, jarak antara mereka semakin rapat, dan Kimberly dapat merasakan nafasnya yang hangat.

Tanpa memberi peluang kepada Kimberly untuk menjauh, Solomon memberikan satu ciuman lembut di bibir merahnya.

Rasa terkejut dan marah menyerang Kimberly dalam sekelip mata, seolah-olah dunia di sekelilingnya berhenti berputar. Dia berusaha menolak Solomon, tetapi kekuatan lelaki itu terlalu kuat.

“Hey! Apa yang kau buat ni?!”

Enjoy my new novel! :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience