Series
10326
Ariana lega kerana akhirnya dia selamat sampai di rumah. Sebelum masuk rumah dia mencuci kaki dengan air yg tersedia di dalam baldi Di tepi tangga masuk. Selepas masuk rumah Ariana terus meluru kedapur untuk meminta maaf kepada nenek nya kerana pulang ke rumah lambat. " Nenek nenek!! " panggil Ariana " Ye sayang, alhamdulillah kamu balik juga. nenek risau tau tak syukur lah ya allah " Nyahut nenek " Maaf nenek tadi hujan lebat jadi Ariana singgah sebentar di rumah kak leha, bila reda hujan barulah dapat mengayuh haa. maaf ye nek " Jawab Ariana dengan tipu kerana takut nenek nya akan marah jika dia menceritakan hal sebenar. " yeke? alahai nasib baik lah. lain kali kalau jadi lagi seperti ini minta singgah je dekat rumah sesiapa yang kenal. kan semua orang kampung ni kenal cucu nenek yang ayu dan comel ni " kata nenek. " hihi nenek ni. okay nenek. Ari takkan lupa pesan nenek " jawab Ariana. " dah la pergi sana karang demam haaa kesian kat cucu nenek ni " kata nenek nya lagi . Ariana berkata lagi " tidak mengapa nenek. Ari kan kuat hehe. okay lah Ari mandi dulu ye " sebelum mandi dia sempat mencium pipi nenek dengan mesra. Nenek tersenyum dan lalu berkata ' kalau aku dah tak ada nanti, siapa lah mahu jaga cucu kesayangan aku ni haih. Allahuakbar " ...
Share this novel