CHAPTER 1

Short Story Series 811

"Aku dah bagi masa seminggu untuk kau bayar balik duit aku ! Pandai pinjam pandai bayar lah sial !" Satu das tembakan dilepaskan tepat ke arah kaki lelaki tersebut.

"Aku janji aku bayar ! Tolong bagi aku sikit lagi masa !" Jawab lelaki itu dengan kesakitan.

"Bro,dah berapa kali ayat tu keluar dari mulut engkau ? Telinga aku dah berdarah dengar apa yang kau cakap tu." Lelaki yang berjaket kulit hitam mengacukan pistol ke muka lelaki yang sudah mandi darah.

"Aku bagi masa untuk kau mengucap,cepat sikit.Malaikat maut dah tunggu kau ni !" Jawab lelaki berjaket hitam.

Lelaki tersebut mengikuti apa yang disuruh oleh lelaki berjaket hitam.Mengucap disaat ajal sudah dekat dan sudah di depan mata.

Bang !

Satu das tembakan yang tepat dan cukup membuatkan lelaki yang lemah itu tidak bernyawa.

"Aku tak nak tahu pasal mayat ni.Yang aku tahu kau orang cari adik beradik atau ahli keluarga mayat ni." Suruh lelaki misteri itu.

"Baik tuan !" Jawab anak buahnya.

"Dah bereskan semua.Aku tak nak kau orang tinggalkan bahan bukti." Lelaki itu menyerahkan pistol yang digunakan oleh dia kepada salah satu anak buahnya.

Lelaki berjaket hitam atau dikenali sebagai Jeno adalah seorang manusia yang berhati dingin namun terselit sifat kasih sayang apabila dia berdepan dengan orang yang dia sayang.

Memukul,membunuh dan menindas adalah pekerjaan dia yang tetap.Namun demi menyembunyikan identiti sebenar dia di depan orang yang dia sayang,dia terpaksa mengunakan identiti lain.

Jeno mempunyai dua identiti yang sangat berbeza.Identiti pertama yang berkerja sebagai pengutip hutang,pembunuh upahan atau mafia.Identiti kedua iaitu seorang yang baik,seorang usahawan yang berjaya dan dikenali seluruh negara.

"I'm back !" Jeno menutup pintu setelah masuk.

"Tuan." Panggil seorang pembantu wanita yang cukup berumur.

"Mama macam mana ? Masih tak sedarkan diri ?" Tanya Jeno.

Pembantu itu hanya menggeleng menandakan tiada perubahan yang berlaku kepada Puan Jennifer.

Jeno menghela nafas berat.Sudah bertahun dia menunggu mamanya sedarkan diri.Berpuluh doktor yang sudah cuba merawat tetapi keadaan masih sama.

Jeno membawa diri ke bilik.Sekeping gambar diambil dari laci meja.Gambar yang sudah dicoret.

"Kalau kau tak tinggalkan mama,ini semua takkan terjadi." Gambar itu digenggam.

"Abang !" Seorang gadis datang memeluk Jeni dari belakang.

"Irish,kan abang dah cakap nak masuk ketuk dulu." Tegus Jeno dengan lemah lembut.

"I-Irish dah ke-ketuk lah abang." Gagap Irish.

Irish adik tiri Jeno.Meskipun pangkat dia hanya saudara tiri atau anak luar nikah daripada hubungan terlarang bapa kandung Jeno pada saat itu.Irish adalah kanak-kanak yang berusia enam tahun dan mempunyai kecacatan mental.

"Irish nak apa ?" Tanya Jeno.

"Irish lapar,nak makan Kfc." Irish duduk atas riba Jeno.

"Kalau kita pesan boleh tak ? Abang letih hari ini." Jawab Jeno yang terpaksa.

"Alaaa Irish nak makan dekat sana." Ajuk Irish.

"Okey,okey." Jawab Jeno.

"Adik pergi suruh bibib siapkan adik,nanti abang turun." Ujar Jeno yang kelelahan.

"Kenapa nanti." Tanya Irish bengong.

"Sebab abang nak mandi,tukar baju.Tak tengok ke abang dah berpeluh ?" Jeno mengambil tuala.

"Baiklah." Jawab Irish dengan nada yang comel seraya keluar dari bilik Jeno.

"Haha,comel." Bisik hati Jeno

Jeno turun seusai bersiap.Mata dia melirik mencari adiknya,Irish.

"Mana Irish ?" Tanya Jeno.

"Dekat sofa tu,penat menunggu sampai terlelap." Jawab bibik.

Jeno menghampiri adik dia yang sudah ketiduran.Rambutnya dibelai lembut.

"Irish bangun.Nak pergi makan tak ?" Jeno menjadi alarm.

"Hrmmm,kenapa abang lambat.Letih Irish tunggu." Kata Irish yang masih dalam tidur dia.

"Maafkan abang,jom pergi makan.Hari ini Irish boleh pilih makanan apa yang Irish nak.Tanda minta maaf abang." Balas Jeno.

"Okey jom pergi." Tambahnya lagi.

"Jom !" Irish teruja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience