Syazmirah Binti Ishamuddin. Nama panggilannya Mirah. Nama gelarannya Si Miskin. Wajahnya yang bersih dan cantik. Namun, kini wajahnya sudah penuh dengan kekotoran hasil kerja sambilan di dalam mahupun di luar Sekolah Elit yang sistem pelajarannya setaraf Universiti. Dunia cerita yang dihasilkan ini tidak ada dalam dunia sebenar. Cerita ini berada dalam alam lain sejajar dengan masa dan tempat dunia sebenar. Kembali kepada cerita gadis ini, dia berusia 20 tahun yang menyertai sekolah ini sebagai seorang pelajar biasiswa yang ditaja oleh pihak sekolah. Sekolah ini mengambil pelajar yang bijak, cantik, kacak, dan kaya. Tetapi, dalam kes Mirah pula berbeza. Saya sebagai penulis pun belum mengetahui punca utama Mirah mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajarannya di sekolah ini selama 2 tahun. Saya ingin merungkai cerita ini dalam bab-bab yang bakal tiba.
* * *
(Bunyi loceng seperti loceng sekolah Jepun). Suasana kelas seperti di Universiti Malaysia. Besar kelas itu seperti dewan. Kerusi seperti di pawagam. Bertingkat-tingkat kerusinya. Meja bersambung panjang. Lampu seperti di dewan hotel. Terdapat banyak penghawa dingin yang disediakan bagi kemudahan para pelajar. Para pelajar ini sedang sibuk mengulang kaji bagi sesi soal jawab yang bakal disediakan dalam subjek yang berkaitan. Sekarang ruang hadapan meja tertumpu kepada Mirah. Alamak Mirah sedang tidur dalam kelas. Apa yang berlaku kepada dia? Saya sendiri pun tak tahu. Kelihatannya, ruang di sebelah Mirah yang nyenyak tidur hingga mengeluarkan air liur, Ungku Azirah Bin Tengku Azuanlian Syah. Nama panggilan Zirah. Pelajar paling popular, cantik, kaya, sangat bijak dalam kelas itu. Dalam fikiran Zirah, “Mirah ni asyik tidur. Dasar pemalas”. Ternampak sengihan di wajah Mirah yang sedang tidur. Bertambah panaslah hati Zirah. Lupa saya terangkan, Mirah ni orang yang paling termiskin dalam sekolah itu. Semua menyangka Mirah ni, pemalas, bodoh, dan hodoh, kerana baju yang dia pakai tu selekeh. Sebab itulah imej dia pun selekeh. Sekali lagi saya kata, Mirah ni digelar Si Miskin. Sungguh teruk rakan sekelas dia ni. Tapi, Mirah ni tak faham erti apa itu benci. Yang dia tahu, dia sentiasa tersenyum dan gembira. Dia dengan dunianya sendiri sahaja.
Harap maaf penulisan saya tidak sempurna. Penulisan ini hasil hobi saya bermula pada tahun 2017. Apa yang baik ambil, apa yang tak baik maafkan saya. Terima kasih!
Share this novel