BAB 1 (PROLOG)

Romance Completed 339523

Qaseh terkedu seketika tatkala lensa matanya tertumpu ke arah satu pelamin yang megah di dewan itu atau lebih tepat lagi itulah dekorasi pelamin impiannya

Wajah suaminya disamping ditoleh dengan wajah yang penuh tanda tanya

Lidahnya kelu untuk berkata ,dia terlalu terkejut dan tidak percaya

"Abang harap sayang suka dengan semua ni ,maafkan abang sebab terlambat "
Ucap Luth Alfian menahan sebak

Serasa dada makin menghimpit ,Qaseh terlalu sebak saat ini . Tubuh suaminya dirangkul lembut sebelum kedua -dua mereka diarak masuk ke dalam dewan itu

Pengapit kiri dan kanan menemani langkah mereka

Qaseh merangkul lembut lengan suaminya dan mereka berjalan masuk ke dalam dewan dengan wajah yang sarat akan kegembiraan dan pasti terselit luka tapi bibirnya sarat akan senyuman

Mereka berdua diarak sehinggalah ke pentas pelaminan ,dibantu pengapit pengantin perlahan-lahan duduk di atas pelamin itu bak Raja dan Permaisurinya

Di atas pelamin ,

"Abang .."
Bisik Qaseh perlahan

"Yer sayangg "

"Terima kasih .."
Nada Qaseh berubah sebak tapi dia kekal senyum agar tidak mengundang mulut makcik bawang

"Maafkan abang sebab terlambat untuk buat semua ni untuk sayang ..."
Balas Luth Alfian dengan senyuman ,matanya mula berkaca

Qaseh hanya mampu senyum dan menikmati sahaja majlis persandingan ini

Lensa kamera memenuhi ruangan dewan itu ,ucapan tahniah serta pelukan sanak saudara berhamburan keluar dari mulut ke mulut

Senyuman bahagia mekar di wajah ,silih berganti tetamu naik bergambar dengan pengantin

Majlis yang sungguh megah itu berlangsung meriah tanpa sebarang gangguan seperti yang dirancangkan oleh Luth Alfian sendiri

Ini adalah hari bahagia untuk isterinya dan dia berasa lega apabila apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar

Beberapa jam sebelum majlis tadi

"Seriously you nak buat majlis ni dengan dia and you membelakangkan i isteri pertama you Luth "
Tempik Wina dengan wajah tegang tapi suaminya langsung tidak mengendahkan dirinya dan terus mempersiapkan diri untuk majlis pada malam ini

"Luth pandang muka sekarang ..you jangan Ignore bila i cakap please "
Tempiknya lagi sehingga menampakkan urat di bucu dahi

Luth memberhentikan tangannya seketika dari memakai neck tie ,wajahnya juga sudah berubah garang lalu dia menoleh ke arah Wina

Wina terjegil melihat wajah tegang suaminya itu ,dia mula salah tingkah kerana takut untuk menatapi mata helang itu

"Stop it Wina ..i'm warning youu"
Ujarnya kemudian dengan nada tegang

Wina terbata di situ

"I bagi you amaran jangan kacau majlis ni atau dengan serta merta jatuh talak 3 ke atas you ..you fahammm "
Sekali lagi dia memberi amaran tegas

"Youuuuuu .."
Giginya berlaga sesama sendiri kerana terlalu geram ..dia memang sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi

"Fineeee ..lantak youu lah "
seusai berkata begitu dia terus keluar dari bilik dengan perasaan marah yang membuak-buak

Hallo guys hopely korang enjoy dengan cerita ni Alhamdulillah setelah berehat selama sebulan Ain kembali dengan cerita baru Hopely korang sentiasa support Ain dengan sentiasa menulis komen bermoral Tq

Share this novel

Guest User
2024-04-19 17:19:28 

geram kan

Guest User
2024-04-18 18:39:18 

test_account

Rohaya Ramli
2022-10-24 23:02:42 

cerita ini dah ending ke belum?


NovelPlus Premium

The best ads free experience