Completed
338
“Ya Allah! Umairah! Kenapa boleh jadi macam ni?” aku tak mampu menahan
kesedihan sebaik melihat isteriku itu terbaring lesu di atas katil di
dalam wad itu, dia masih tidak sedarkan diri sedari tadi.
Tangan Umairah yang sejuk kugenggam erat dengan tangan kananku yang
tidak patah, enggan melepaskan dia lagi.
“Dia mengaku yang dia tak mengandung, bila kami dah jalani pendermaan
darah, dia pengsan tak lama kemudian. Setelah diperiksa, rupanya isteri
encik sedang mengandung dan telah mengalami anemia akibat pemindahan
darah tadi. Kami minta maaf kerana tidak memeriksa keadaan beliau
terlebih dahulu.” Doktor berbangsa sikh itu memberitahu aku dengan nada
kesal dan bersalah. Namun aku sudah tidak punya keinginan sekalipun
untuk marah. Yang penting sekarang ialah keselamatan Umairah dan... anak
aku!
“Umairah, saya minta maaf! Saya minta maaf!” air mataku aku biarkan
berjuraian di pipi. Biarlah orang mengata aku lembik, aku tidak peduli,
yang pasti aku terlalu ingin melihat ke anak mata Umairah kembali.
Merenung dia tanpa dia sedari...
Share this novel