Tik tik tik
Titisan air hujan masih kedengaran terkena atap rumah walhal hujan sudah berhenti sedari tadi. Sejuknya suasana malam itu langsung tak mengganggu lena seorang gadis cantik yang membalut tubuh indahnya agar kehangatan memeluknya. Rambut ikal melepasi bahu dibiarkan tanpa ikatan dan mata pula ditutup rapat namun terkesan amat lembut. Sungguh cantik jika dipandang.
Kriukk
Gadis cantik ini terganggu. Bunyi perutnya yang lapar tak dapat mengembalikan lena. Matanya dipejam rapat agar dia kembali lena namun gagal. Dengan amat terpaksa, dia bangun sebelum hoodie ungu gelap yang disangkut di belakang pintu dicapai lalu dipakaikan ke badan. Rambut pula sekadar disisir dengan tangan hanya untuk membetulkan rambutnya yang sedikit berantakan. Beg duit yang terletak di atas meja bersebelahan katil tak lupa diambil sebelum gadis itu menghayun langkah keluar menuju ke kedai berdekatan.
“Agak-agak 7E buka lagi ke? Eh, 7E 24 jamlah!" monolognya seorang diri. Langkah dipercepatkan tatkala tujuan menyapa mata. Pintu kedai serbaneka itu dibuka lalu dia mengambil semangkuk mi segera lalu dibayar di kaunter. Fikirnya, dia mahu makan di rumahnya sahaja.
Lorong yang agak gelap sebelah kedai tersebut menjadi pilihannya kali ini kerana lorong itu antara jalan cepat untuk sampai ke rumahnya. Hening dan sejuk. Tiba-tiba saja dia terasa seperti dia tidak berseorangan. Gadis itu langsung tiada keberanian untuk memandang ke belakang. Diperlajukan langkahnya menuju ke rumah namun suara lain yang tiba-tiba kedengaran membantut langkahnya.
“From the majesty to the demon's spirit, I'm asking you to stop from walk more farther. The abandonment laws including.. ‘listen to your majesty'.."
Crystal terdiam. Peluh secara automatik menitik dari dahinya. Perasaan takut dan ingin tahu bercampur aduk. Dia tak mahu mengambil risiko namun nafas yang sudah terasa di lehernya seperti memberitahu bahawa dia sudah berada di kawasan yang berisiko. Tak sempat gadis itu berbuat apa-apa, lehernya tiba-tiba merasa perih yang amat sangat dan matanya mulai kabur sebelum dia tak sedarkan diri.
•••
Mata dibuka perlahan-lahan. Rasa perih di lehernya masih terasa namun sedikit berkurang daripada semalam. Kepalanya juga berdenyut tak berhenti. Dengan amat perlahan, dia cuba bangun dari tidurnya dan bersandar pada kepala katil. Kepala yang berdenyut cuba dikurangkan dengan urutan perlahan.
Baru saja dia ingin mengenal sekeliling, bunyi pintu bilik terbuka menarik perhatiannya. Nafasnya hampir putus apabila matanya disajikan dengan permandangan yang tak pernah dia sangka. Seorang jejaka tampan berbadan tegap nan tinggi tanpa kain menutup bahagian dadanya. Cepat-cepat gadis itu melarikan pandangannya apabila menyedari bahawa sang jejaka turut memandangnya.
“Are you enjoy the view?" Suara serak basah itu kedengaran seksi pada Crystal. Tak mampu menjawab, gadis itu hanya diam sambil menunduk. Jejaka itu ukir senyum sinis sebelum berjalan merapati ke arah sang gadis. Meja bersebelahan katil dijadikan tempat dia meletakkan piring berisi makanan dan minuman. Crystal yang menunduk dilihat penuh teliti. Interesting. sinisnya sebelum tempat disebelah gadis itu diambil.
“A-awak siapa?" tanya Crystal setelah berperang dengan perasaannya sendiri. Dia takut namun dia mahu tahu siapa lelaki dihadapannya saat ini. Bilik itu hening untuk seketika sebelum suara serak itu kembali menyapa telinga. Sungguh, Crystal belum bersedia untuk disapa suara seksi itu lagi.
“Call me babe, or your majesty."
Gadis itu memberanikan diri mengangkat wajah selepas mendengar jawapan yang tak dapat dia fahami. Jelas wajahnya kelihatan sedikit kebingungan dengan dahi yang berkerut. Kejap, babe? Your majesty? Lelaki yang dihadapannya ini anak raja ke? Macam mana seorang anak raja boleh merayap-rayap luar istana? Ke boleh aje?
“Yes, and I was once being a royal's son. And because of that ‘once', I can go everywhere I want include your place," ujar sang jejaka secara tiba-tiba seperti menjawab persoalan-persoalan yang bermain di fikiran Crystal. Gadis itu tak dapat nafi bahawa cara jejaka itu menjawab persoalannya menarik minat gadis itu terhadap lelaki dihadapannya saat ini. Seperti ada semangat dan sokongan, dia berani bertanya lagi. Nama awak siapa, your majesty? Saya Crystal Moon. Sengaja. Crystal amatlah sengaja bertanya melalui minda dan bukan mulut. Dia mahu jejaka tampan nan menarik ini menjawab soalannya sepertimana jejaka itu menjawab soalan-soalannya sebentar tadi.
Jejaka itu senget. Tak dia sangka gadis itu terpikat dengannya. Tanpa aba-aba, tangan naik mengusap pipi mulus gebu milik Crystal sebelum mengalih rambut yang terurai ke belakang telinga. Merah padam muka Crystal dibuatnya.
“Veían, but I prefer Alexander. Can you?" jawab jejaka itu lagi namun berserta rayuan halus. Seperti dipukau, Crystal mengangguk patuh. Veían mengukir senyum tipis sebelum bibir sang gadis dielus lembut menggoda. Piring yang dibawanya tadi dicapai lalu dia mengambil pinggan berisi makanan sebelum bersedia untuk menyuap sang gadis kerana dia tahu, kesan gigitan itu terasa sakitnya lagi walaupun memasuki jangka masa yang agak lama. Namun Crystal harus terbiasa kerana dia bukanlah vampire biasa yang hanya memerlukan setitis darah untuk bertahan hidup hingga beratus-ratus tahun. Dia berbeza kerana dia ialah pewaris diraja.
Selesai saja menyuap Crystal Moon, gadis yang baru menyelamatkan dirinya makan, dia beranjak untuk menyimpan bekas makanan itu kembali. Niatnya terhenti seketika apabila tangan lembut Crystal memegang lengannya. Mereka bertentang mata buat beberapa saat sebelum Veían kembali beranjak keluar. Crystal pula masih belum melepaskan pandangannya dari melihat jejaka tampan itu berlalu pergi. Hilang saja kelibat Veían, gadis itu tersenyum seorang diri, terkenangkan perbualan mereka yang tak dia tahu bagaimana boleh berlaku.
‘Kalau saya nak panggil awak Veían boleh? Tapi saya janji, bila dekat rumah aje saya panggil awak Veían. Kalau dekat luar, saya panggil awak Alexander.'
‘I don't care, just in case you forget, I'm with you.'
Wahai jantung, berhentilah berdegup laju! Entah mengapa, Crystal seakan-akan mulai selesa dengan kehadiran jejaka misteri itu.
.
.
.
to be continue ..
Share this novel